Setiap detik hidup ini pasti kita terpaksa atau dipaksa untuk mengalami atau membiarkan diri kita dihinggapi oleh masalah - masalah ciptaan insan lain sama ada yang dekat dengan kita atau pun melalui masalah yang ditimbulkan oleh orang luar untuk kita selesaikan mengikut akal, kata hati atau pun nafsu diri sendiri.
Sememangnya setiap orang mempunyai persepsi atau pandangan yang sangat berbeza antara satu sama lain. Warna hitam tidak semestinya merupakan warna yang suram bagi semua orang. Begitu juga dengan warna merah yang bukan semua orang lihat sebagai bentuk ancaman dan begitu juga dengan kategori warna yang lain.
Kadang - kadang kita terlalu takut untuk memberitahu sesuatu kebenaran sedangkan kebenaran itu semestinya akan diketahui juga dikemudian hari cuma waktunya sahaja yang berbeza sama ada terlalu lambat atau cepat sahaja. Memang ada sesetengah perkara yang kita perlu sembunyikan tetapi ada juga perkara yang sebenarnya kita perlu memberanikan diri kita sendiri untuk bersuara supaya diakhir nanti kita tidaklah menyusahkan orang - orang sekeliling sedangkan kita pula bergembira menjalani hari - hari yang mendatang.
Tak dinafikan semua orang mempunyai sifat pentingkan diri ini jadi tidak perlulah bersusah payah untuk menafikannya kerana masing - masing akan memahami tindakan kita itu. Apa - apapun, masing - masing sudah dewasa bukan? Sudah tahu fikir baik buruk. Sudah tahu fikir untung rugi. Sudah tahu curi peluang sana sini. Sudah tahu ambil kesempatan di situ dan di sana. Jadi, tak ada apa yang perlu disembunyikan. Berterus - teranglah secepat mungkin supaya masing - masing tidak rugi dan ia secara tidak langsung menguntungkan kedua - dua pihak. Bukankah begitu lebih baik?
P/S : Banyak Betul Habuk Dekat Shah Alam Nih! Penat Korek Hidung! Hahaha!
selagi insan tu bernyawa,selagi itula mcm2 isu akan kuar...rencah kehidupan...warnakan hidup yg mcm2 warna nih..
BalasPadamitulah manusia bro
BalasPadamkepelbagaian karakter dan ragam
variasi kehidupan
apapun, teruskanlah hidup dgn org2 yg disenangi
ya ampunnn.. gambar yg last tu.. terkejut den..
BalasPadammanusia mmg byk ragamnya. biar baik ataupun buruk..
BalasPadamhidup ni complicated..
BalasPadamterberenti bernafas kejap tgok gmba last tu. :P
BalasPadamsaket mata+hidung.. memang penderitaan khdupn... -_-"
BalasPadamganas gambar bawah tu wei!
BalasPadamhaha.. x dpt imegin if hans k0rek idung cam gtu..
BalasPadamidup xde isu rase buhsan plak kan...
BalasPadamerm tang mane yg kate iklan jadi besau tu?yg sidebar kiri ni atau bawah posting? dah taruk width dan height nye?
biase la manusia kan...macam karenah dah ragam yang berjuta-juta macam peel..
BalasPadamramai org pentingkan diri kan....
BalasPadamjom main sembunyi2 hans..hehe
BalasPadamcamtula manusia kalo dah xingat dosa pahala...
BalasPadampakailah penutup mulut & hidung, takdalah kene habuk.
BalasPadamx bole tahan la gambar last tuh...lawak pun yer,ganas pun yer...hehe
BalasPadamhe laughs at my dreams,
BalasPadambut i dream of his laughter.
aku suka ayat tu. haha.
mcm ko la, selalu gelakkn aku.
:DD
ko buat entry ni tuju kat sapa? berterus terang?? apa berlaku ni? hmm...
BalasPadameh! ko kena tag!! hehe
Berterus terang adalah jalan yang terbaek....
BalasPadamPencuri kabel di belasah
gambar nak best! hahaha
BalasPadamselagi bernyawa..selagi tu lah isu xlapuk dek hujan,,ngee
BalasPadambiasa la dh nama pun hidup..hidup tak susah, cuma kdg2 kta je sama ada sngaja atau tak wt hidup jd susah
BalasPadamKo kena hati2 maksudnya tu.. Byk orang byk lah ragamnya...
BalasPadamNama Pun Manusia bro.. sabar je le.. hehe
BalasPadamkita hanya manusia biasa...ttp trkdg kita perlu brterus terang w.pn ianya amat menyakitkn..
BalasPadampsstt!!!!brapa kilo dpt hasil melombong lubang idung tu...hi....
kadang2 pentingkan diri nih baguih jugak.tp bergantung pada tempat dan situasi la...klu sentiasa nak pentingkan diri pun susah la jugak...
BalasPadamhee
(*^_^)
BalasPadamnak berterus terang pun kna fikir gak apa penerimaan org nanti.. mcm nak luah perasaan..tkut org reject plak..hehe
BalasPadamberani kerana benar, takut kerana salah. tapi sememangnya terus teran tu adalah jalan terbaik...Nice entry
BalasPadamp/s :aku sendiri kadang takut nak gtau yang benda tu salah aku..ish!
hahaha.. <--- gelak sbb tgh pk cara ko korek hiding!!!
BalasPadamsetuju...nama pon kehidupan,so macam2 lah perkara yg kita kena lalui...kena berfikiran positif la...
sakit sebab mendisplin kan diri..huhu
begitulah namanya kehidupan.. :)
BalasPadampergh...suka entri ni! "he laughs at my dream, but i dream of his laughter" suke!!!
BalasPadamcakap biar jelas, sembang jangan deras :P nice post :D
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com