Memori 2010 Seorang Blogger


Aku tak tahu kenapa tetapi tiba - tiba rasa macam bersalah pula kalau tolak pelawaan Blogger Daus Pozi yang mengajak aku untuk menyertai segmen nih. Sebelum nih selamba jer aku buat tak tau. Hahahaha! Jadi, aku terangkan serba ringkas lah tentang memori 2010 aku sebagai seorang blogger.

Walaupun dah 2 tahun dah blog nih wujud tetapi secara hakikatnya baru aktif berblog sekitar bulan 12 tahun 2009. Bermula Januari 2010 hinggalah Disember 2010 aku memang tidak henti - henti menaip pelbagai jenis entry. Blog nih memang mengalami banyak perubahan besar sama ada dari segi isinya, penulisannya atau pun layout dan juga banner blog nih. Kepada sesiapa yang membaca blog nih dari tahun 2009 pasti nampak banyak perbezaannya.

Jumlah komen serta bilangan followers yang memang meningkat dengan mendadak hasil dari kerajinan membalas komen serta blogwalking serta juga beberapa entry yang mungkin menarik perhatian pembaca seperti entry lucu, berita semasa atau pun lirik lagu dan review filem. Memang aku sendiri pun tak sangka juga dan kerana jumlah yang meningkat mendadak nih membuatkan aku kena lebih berhati - hati sewaktu meluahkan sesuatu atau berkongsi pendapat.

Serangan anonymous dan beberapa blogger yang tidak sependapat dengan aku pun pernah berlaku. Pada permulaannya memang aku agak down sikit tetapi sekarang dah tak ada apa - apa dah sebab semua blogger pernah rasa benda nih. Biasalah sebab kita tak dapat puaskan hati semua orang dan belum tentu yang menegur kita itu mereka betul. Adakalanya memang aku silap dan pernah juga memohon maaf tetapi jawapan balas dari mereka - mereka itu membuatkan aku menyesal memohon maaf. Hahaha! Apa - apapun, menjadi blogger memerlukan kita bersedia dari segi mental kerana kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah dan sifat. Jika tak tahan dengan dugaan nih memang blog nih dah lama ditutup.

Tahun 2010 juga menyaksikan aku bersahabat dengan pelbagai blogger daripada budak sekolah sampaikan yang dah berkeluarga, pelbagai latar belakang pendidikan dan dengan pelbagai pegangan hidup. Alhamdulillah! Aku selesa dengan kebanyakan daripada mereka. Pernah juga bertemu dengan beberapa blogger di luar sana secara tidak sengaja. Yeah! Mereka baik dan peramah! Aku tak boleh letak semua nama sebab rasa - rasanya memang ramai sangat yang aku suka berkawan. Aku nih jenis bila aku dah selesa dengan orang tu maka aku memang suka menyakat atau bertegur sapa. Orang yang selalu jadi mangsa sakatan aku tu mesti mereka tahu sendirilah. Hehehe! Apa - apapun, kena berhati - hati sebab ada juga blogger yang sebenarnya penipu. Penipu dari segi menyamar menjadi orang lain. Kadang - kadang yang lelaki menyamar jadi perempuan dan begitulah sebaliknya. Jadi, diharap semua lebih berhati - hati.

Tahun 2010 juga menyaksikan aku menang pelbagai contest anjuran blogger dan juga memperoleh sedikit wang daripada iklan nuffnang dan juga kotak iklan di blog. Alhamdulillah setengah daripadanya aku simpan dan setengah lagi aku buat belanja jika menghadapi waktu sesak di Shah Alam yang tinggi kos hidupnya. Dan kehidupan di luar sana juga menjadi sedikit berbeza kerana rakan - rakan pun tahu aku ada blog. Kadang - kadang menjadi mangsa usikan mereka juga. Adakalanya tak rasa apa - apa. Kadang - kadang rasa lucu dan ada ketikanya rasa marah pun ada. Bergantung pada mood! Hahahaha!

Apa - apapun, memori 2010 sebagai seorang blogger memang menyeronokkan sebab mengajar aku lebih terbuka, lebih berani, belajar mengenai manusia dan semestinya gembira mempunyai ramai kawan - kawan baru. Aku sebenarnya kurang gemar bila ada orang bertanya tentang tips nak tambah followers pada aku. Hahaha! Tetapi, aku cakap elok - elok jer lah. Tak marah pun! Sebenarnya, aku pun tak ada tips dan tak tahu nak bagi tips apa.

Senang cakap korang jadilah diri sendiri. Kalau korang hebat bab komputer buatlah entry pasal komputer. Jika minat sukan taiplah entry pasal sukan! Jika suka tentang agama buatlah entry pasal agama! Senang cakap jadi diri sendiri sebab dari situ entry korang akan jadi menarik! Macam aku nih suka merepek jadi memang merepek lah entry aku! Hahaha! Followers tu tak payahlah cari sebab mreka akan follow kalau mereka nak. Insyaallah!

Okaylah! Dah panjang menaip. Itu jer lah kut Memori 2010 aku sebagai seorang blogger. Moga tahun hadapan akan lebih menggembirakan aku untuk setia menjadi blogger lagi. Insyaallah!

Jika ada sesiapa nak menyertai segmen nih boleh lihat 

24 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. awesome.

    first time rasenye sampai sini.

    nak ucap happy nu year.

    semoga tahun ni lebih baik drp tahun lepas :)

    Jemput datang jenguk blog yee ; "This is my story".

    BalasPadam
  2. aku suke entri ko nie bro, sedikit sebanyak dapat membantu aku jugak kot berdasarkan dari pengalaman ko tu, memang menarik! aku sbnrnya suka membaaca je kot, nk comment2 nie malas sikit, tp lps nie aku akan komen stiap ape yg aku baca, ehehe

    BalasPadam
  3. hpy new year bro..
    x sgka byk kngn ko ye,
    tp bgus la..sume tu buat kita jd lebih matang..
    btl x?huhuhu..
    pape pon, teruskan prjuangan sbagai seorang blogger..


    Kepentingan Ranking Blog Korang

    BalasPadam
  4. Ada banyak jugak ape entry ko yang best dan tak merapu.. Huhu..

    Apa-apa pun, kita sezaman dalam penubuhan blog.. Semoga kita semua terus maju dalam dunia blog.. Yang penting ukhwah sesama blogger tu boleh kita semua eratkan lagi.. Heehee.. :)

    BalasPadam
  5. ada blog ni best..boleh tambah ilmu.
    biar la org nak ckp apa..
    asalakn kita buat benda yg betul..

    BalasPadam
  6. saya suka part 'jadilah diri sendiri'..memang sangat betul :)
    menulislah dari hati.kita sendiri akan puas hati.n insyaAllah orang yang baca pun akan puas hati.heee

    happy blogging!

    BalasPadam
  7. Salam hans,
    kenal kau sejak kau cakap ko ex student kat Melaka.

    entry yg oaling aku ingat
    tak silap aku pasal parking kereta.

    ada tak entry tu.

    ha ha ha ha
    atau aku komen entry pakwe lain ek.
    tapi kompemlah, pasal parking kereta.

    BalasPadam
  8. happy new year
    hope all your dreams and wishes come true !

    BalasPadam
  9. aku antara orang terawal baca blog kau. betul?

    kau dah MATANG hans! good boy! haha.

    aku pun dah ada blog baru ;)

    BalasPadam
  10. muaz nak contohi hans,muaz masih baru dlm blog...ambik ilmu kat sini

    BalasPadam
  11. happy blogging and keep it up..
    happy new year :)

    BalasPadam
  12. sis mmg jeles dgn cara hans tulis entry..cukup detail lah bg sis..jarang trtinggal isi2 pnting...ahakss yg berkluarga tu dah sah2 antaranya sis kan?
    kita dah kenal2 ramah mesra di alam blog ni genap setahun kan?lebih dah pun..sejak contest top commentator tu...thanx 4 being one of my loyal blogger friend ye hans :) nice to know u

    BalasPadam
  13. ngeh3... aku macam nak join, tapi dah tamat... hohoho

    BalasPadam
  14. hai hans ...nak ucap
    selamat tahun baru 2011
    semoga tahun ini lebih memberi sinar yg bermakna ....
    sama-sama kita cari

    BalasPadam
  15. rasa semangat berkobar-kobar baca entry terbaru ni adek hans.. hikhik.. teruskan menulis yer.

    BalasPadam
  16. memori yg boleh bantu aku dlm dunia blogger ni. thanks for sharing.. ^^

    BalasPadam
  17. happy new year hans..
    mmg bykkan kenangan bergelar blogger ni terutama yg femes mcm hans ni.. apa2 pun gud luck k..

    BalasPadam
  18. keep up the good work..

    semoga tahun 2011 lebih bermakna..

    Kalau sudi, boleh share azam 2011 anda di sini :

    http://tuanbri.com/blog/2010/12/tahun-2011-azam-anda/.

    Tiada hadiah
    Tiada Peraduan
    Tiada kutukan

    The Power of Sharing!

    BalasPadam
  19. yo! selamat tahun baru 2011! :) aku baru dpt surf internet. kesian kat aku. huk3

    BalasPadam
  20. wah~ membantu ni~ 2 in 1~ haha~ semoga terus ber-bloging yep~

    BalasPadam
  21. menarik entry ko ni hans...betul tu hans. berblog ni bukan hanya sekadar menulis. banyak perkara kena tahu.biasalah kita kalau berblog tak semestinya bersependapat dengan kita kan.... kapidup bro!!!mantap dah blog ko niii

    BalasPadam
  22. Welcome..Happy..New..Year
    ╔══╦══╗╔╦╗  
    ╚═╗║╔╗║║║║ 
    ╔═╝║║║║║║║ 
    ║╔═╣║║║║║║    
    ║╚═╣╚╝║║║║    
    ╚══╩══╝╚╩╝
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat maju jaya di harapankan tahun ini adalah lebih baik dari sebelumnya....

    Pasang niat, Satu matlamat , satu iltizam, satu semangat dan laksanakan dengan tekat .... harus berubah buat terbaik... Jangan hangat-hangat tahi ayam...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama