Jangan Merendahkan Orang Sebab Kau Pun Tidak Setinggi Mana

Kadang - kadang sesetengah golongan manusia terlalu mudah memburuk - burukkan orang yang mereka langsung tidak kenal secara luaran apatah lagi dalaman dan bertambah malangnya lagi apabila mereka memburuk - burakkan orang yang mereka langsung tidak cuba untuk kenali secara lebih dekat. Aku tak nafikan kadang - kadang aku juga pernah berfikiran buruk tentang seseorang yang menunjukkan perilaku yang menjengkelkan atau aneh pada pertemuan pertama atau seterusnya kerana secara teorinya kita menilai seseorang insan itu buat pertama kalinya melalui apa yang kita lihat atau rasa pada pertemuan pertama.




Tetapi, bagi aku janganlah engkau terus - terusan menghukum seseorang itu dengan kata - kata kejian atau pun apa yang kau fikirkan jika engkau sendiri tiada inisiatif untuk cuba  mengenali atau mendekati insan tersebut terlebih dahulu. Sebagai contoh, kau melihat seorang insan berpakaian selekeh, berambut panjang tidak terurus serta bermuka masam. Mungkin kau boleh berkata bahawa insan tersebut tidak waras orangnya pada pandangan pertama kau tetapi kau tidak boleh terus menetapkan di dalam kepala kau bahawa insan itu tidak waras atau lebih tepat engkau menuduh dia sebagai seorang yang gila tanpa engkau sendiri pasti siapakah sebenarnya insan tersebut. Mungkin beliau adalah seorang polis yang menyamar sebagai orang gila untuk menyiasat sesuatu kes. Siapa tahu? Kau tahu?

Seperti juga apabila engkau melihat gadis yang engkau kata liar yang pergi ke kelab untuk bersosial dan sebagainya. Engkau tidak boleh terus membuat kesimpulan bahawa gadis seperti itu tidak solat kerana adakah engkau berada disisinya 24jam sehari seminggu sebulan setahun? Mungkin betul tekaan engkau tetapi jika tiba - tiba gadis yang engkau kata itu solatnya 5 kali sehari sedangkan engkau pula solat jumaat pun menghitung hingga minggu ke-3 baru hendak ditunaikan bukankah engkau lebih teruk dari gadis itu? Macam mana?

Jadi, kita sebenarnya tak tahu pun adakah seseorang insan itu betul - betul seperti apa yang kita fikirkan pada pandangan pertama kita. Jadi, tak salah untuk kau berkata orang itu gila pada pandangan pertama kau tetapi jangan kau terus membuat kesimpulan dan menyimpan serta menetapkan di dalam otak kau bahawa orang itu adalah gila buat selama - selamanya. Itu adalah contoh sahaja. Aku boleh katakan sebenarnya aku agak kecewa dengan sikap segelintir manusia yang suka membuat kesimpulan yang terlampau - lampau seolah - olah benda itu adalah fakta atau kebenaran sedangkan benda itu hanya andaian semata - mata.




Aku tak menyalahkan mereka jika kesimpulan itu dibuat hanya untuk diri sendiri tetapi kenapa perlu disebarkan kepada orang lain tambah - tambah orang luar seolah - olah kau mahu memberitahu satu dunia bahawa apa yang kau fikirkan itu seolah - olah adalah satu perkara yang benar yang telah disahkan oleh semua orang yang bertauliah untuk menuduh insan itu seperti ini dan insan ini seperti itu? Gembirakah kau dapat memburukkan, memalukan atau menjatuhkan insan yang langsung tak pernah membuat apa - apa kesalahan pada kau? Adakah kau jenis manusia yang gembira melihat penderitaan orang lain? Kau tahukah apa sebenarnya masalah yang dia sedang hadapi?

Mungkin hari ini kalian gembira menjadikan dia sebagai bahan gurauan atau ejekan kalian tapi jangan terkejut jika suatu hari nanti kalian akan menyesal dengan apa yang kalian telah lakukan pada insan tersebut. Pada waktu itu sanggupkah kalian menjilat kembali ludah yang telah kalian lontarkan di jalanan bertar? Aku rasa sudah tiba masanya kalian berkelakuan seperti seorang dewasa. Buka mata! Buka minda! Ubahlah kelakuan kalian! Belajarlah untuk meminta maaf pada insan yang telah anda hina sambil mengharapkan maaf anda diterima beliau.



P/S : Kadang - Kadang Mereka Lupa Bahawa Mereka Juga Pernah Melakukan Apa Yang Mereka Kata Itu! Oh, Aku Lupa Yang Manusia Sememangnya Mudah Lupa!

25 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Susah nak jangka hati budi seseorang Hans.
    Memang tak boleh cepat menilai seseorang kalau setakat tengok luaran. Vee jarang menilai orang yang nampak selekeh, sosial, buruk ke... tapi Vee selalu salah menilai orang yang nampak baik tapi sebenarnya tak.
    Sigh...

    BalasPadam
  2. setuju ape yang abang hans katekan...manusie selalu nampak dan fikir diri sndiri je yang bagus dan betul...bagi mereke....orang lain salah dan teruk...sikap begini perlu dielak kan..huhu

    BalasPadam
  3. errr!
    aku sgt2 setuju entry kau..
    wlpun pada mulanya first impression ptg..
    tp jgn terus-terusan mghukum..
    kenal dgn lebeyh dekat okeyh!

    BalasPadam
  4. 1st tgk tajuk entry agak tergelak gak la.. sebab tjuk tu mengingatkan aku masa aku form 1 dulu..

    'Jangan Merendahkan Orang Sebab Kau Pun Tidak Setinggi Mana'

    dulu, aku suka cakap cani, 'yess! aku tinggi dari kau!' then satu hari tu, ada cikgu tego aku.. 'awq tu tak setinggi mana pown!'

    tapi bila dah baca entry dalam.. aku kembali siyus.. jujur, aku pun perna bagy persepsi buruk kat org.. bukan pernah lagi, rasanya.. selalu.. dan aku ta nafikan.. manusia sebenarnya mempunyai satu perasaan yang mengatakan.. dirinya lebih baik.. even org tu.. rendah keyakinan diri.. sedikit sebanyak akan terdetik gak.

    thumb up lah tuk kau!

    BalasPadam
  5. okeyh,tajuk tue dah terase

    suke panggil orang kecik padahal diri sendiri kecik aka pendek (tak tinggi!)

    huuhhu,sorry ngarut jap

    tol3, tak bek hukum terus-menerus

    dulu cam tue gak pikir

    dah makin ''besar'' nie, dah taw dah

    tarak pikir macam-macam lagi

    BalasPadam
  6. setuju sangat2...
    sokong entri ni sgt2...=D

    sebelum menilai org lain baik kita tgk diri kita ni dulu..da ckup baik ke utk nilai keburukan org...

    BalasPadam
  7. memang semua manusia ni ada ego dia, dia tak knal kita dia dah cakap yang bukan2, lepas tu perasan unique...aku mmg tak suka manusia macam tu, lagi2 perempuan...huh!

    BalasPadam
  8. Slm. Setuju. Dan N3 ko ni beri aku idea utk buat n3 baru.
    Jom singgah baca Kau Fikir Kau Cool Sangat Ek???

    BalasPadam
  9. part gadis liar aku kurang seteju sebab Allah pernah berfirman
    'Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar'

    BalasPadam
  10. juliana : yups...kadang2 apa kita sangka itu sebenarnya berlawanan :)

    lelakiJAHAT : yups...harus belajar untuk mengelak dari melakukannya

    gadis gula2 : thanks

    bun : berfikir tu tidak dapat dielakkan cuma macam yang ditaip jadi jangan terus membiarkan benda yang difikir itu sebagai betul

    batrish : yups :-)

    nazri : sabar2..lelaki perempuan semua ada sikap2 macam nih :-)

    Burn : owh..entry baru?hehe..bagus2

    Faiz : dan ko kena ingat kenapa masih ada orang yang bersolat tetapi masih melakukan kejahatan..dan ada satu kisah..aku lupa...ada seorang nih perompak tak silap aku...dia memang sangat jahat tapi oleh sebab dia tidak penah tinggalkan solat maka dia ditempatkan ditempat orang beriman iaitu syurga...senang cakap kita tak boleh menilai orang dari satu segi sahaja... :-)

    BalasPadam
  11. manusia mmg xley lari dr wat silap kan.. :)

    BalasPadam
  12. muhasabah diri itu yg penting.. Kerna manusia kekadang alpa dengan apa yang dia ada..

    BalasPadam
  13. mmg kene la tajuk entry nih! arep betul2 geram bila someone cube untuk rendahkan orang len!! macam die tuh hebat sangt,,,bkn boleh bwk kubur pon@betul x?

    BalasPadam
  14. bro Hans sorri...aku tetap tak bleh sokong explanation ko sebab janji2 Allah kepada hamba dia memang kita tak boleh tolak...ko kena ingat kita masuk syurga bukan sebab solat atau ibadah kita...tapi keredhaan Allah..ko rase kes perompak tu disebabkan solat die ke???mungkin kebaikan die yg lain...come on..kalo ko tak tinggal solat 5 waktu...takkan ko takde rase langsung rase bersalah masuk clubbing...just sharing:)

    BalasPadam
  15. Khairul Atikah @ Cik Yuki : sabo jer lah.. :-)

    Niezs : yups..tapi kena belajar untuk mengelakkan lah

    khaifaiz : betul2

    arep : uish..kenapa nih? ada marah sesiapa kah? sabo2

    faiz : sebenarnya ko yang tak faham apa aku tulis...haha..ko kena faham betul2..apa yang aku cuba terangkan dekat sini ialah jgn kita terus judge seseorang itu sebab kita sendiri pun tak sempurna mana..aku letak kan contoh disitu jgn bila kita tengok seseorang itu jahat bermaksud dia jahat keseluruhan..di dalam diri setiap orang itu pasti masih ada kebaikan..memang masuk syurga tu atas keredhaan Allah..dan aku tak suruh pun ko sokong aku dan aku nak ko perbetulkan apa ko tulis...maksud aku disini tka pernah pula aku tolak janji - janji Allah..ko dah salah dalam pengertian ko terhadap entry yang aku tulis nih..pasal perompak tu pula..kisah tentang perompak itu difokuskan kepada hal solat dia..memang la masuk syurga atas keredhaan Allah cuma apa aku nak cakap manusia itu boleh berubah menjadi baik dan jangan kita nilai seseorang itu hanya dari satu segi..aku menulis panjang disini sebab aku rasa ko dah tersalah faham apa aku cuba sampaikan.. aku pun hanya berkongsi dan jangan kata aku menolak janji Allah pula sebab aku tak pernah tolak pun. harap malum :-)

    BalasPadam
  16. Kalau ludah ke jalan bertar takpe Hans, kalau ludah ke daun keladi lagi ok... Tak lekat ke daun.. haha.. Nway, syukur dengan apa yang ada...

    BalasPadam
  17. love this entry.
    banyak yang mungkin tersedar, terjaga dari tidur dalam ego.
    banyak yang suka mengenang buruknya org daripada mengenang sejuta kebaikan yg telah diperlakukan.
    wahana budaya setempat mungkin yang mengamalkan untuk menilai dari sudut oandangan kali pertama tanpa usul periksa. Kaangkala menjengkelkan. Namun, kalau dah banyak kali berlaku, itu memang jadi sifat kekal individu terbabit barangkali..apapun, janganlah suka merendah-rendahkan orang apatah lagi secara tak langsung mengaibkan. tak pasal2 pahala ditutupi dengan dosa kata.. betul tak?

    BalasPadam
  18. Amir : yups..bersyukur selalu

    Fifiey : Alhamdulilah...akhirnya ada pembaca yang betul - betul memahami apa yang saya cuba sampaikan. Yups..betulah apa yang awak tulis tu. Sama dengan mesej yang saya cuba sampaikan melalui entry ini :-)

    BalasPadam
  19. actually 1st impression tu melalui apa yg kita tgkkk, kalau buruk,burukla kot dan kalau baik tetap baik. Namun lagi afdal kalau bole mengenal rapat,masa tu leh kenal siapa dia sebenarnya...

    BalasPadam
  20. bro hans aku faham entry ko dan aku setuju 100% ko punye entry...aku pon x suke sgt dengan perangai org buruk sangka ni...aku rase contoh tu je tak sesuai...:)

    BalasPadam
  21. faiz : hahaha...aku pun faham apa ko maksudkan cuma maybe ko punya kefahaman tertumpu pada satu perkara jer lah kut...tak apa..satu hari nanti ko akan faham kenapa aku taip benda tu..cuma aku tulis panjang2 dkt atas tu aku nak bagitahu ko satu jer yang aku tak pernah tolak hukum Allah..jadi,jangan salah faham pasal benda tu. Pasal contoh kurang sesuai tu maybe tu pandangan ko tapi aku tetap suka contoh tu. Mungkin aku ada sebab dia! (^_^)Y

    BalasPadam
  22. 1 soalan utk Hans yg ensem...
    sanggupkah seorang ibu telah berjanji kepada anaknya beberapa puluh tahun yg lepas & janji tu x ditunaikan? oleh kerana janji tersebut, adik beradik sanggup berpecah belah demi kepentingan hak sendiri & ibu kandung sendiri sanggup membuang 2 drpd 5 anak kandungnya???
    terima kasih... =)

    BalasPadam
  23. Dmitri Lum : sanggupkah? aku rasa soalan ini patut dijawab oleh ibu - ibu diluar sana..lagi pun adakah soalan ini ada kaitan dengan entry ini? haha. aku no komen sebab soalan nih xlengkap. sebab aku tak tahu apa benda yang dijanjikan. jadi, tiada jawapan daripada aku. :-)

    BalasPadam
  24. semua insan ada kelebihan dan kekurangan masing2.

    tidak siapa yg mengetahui seseorang itu melainkan Allah dan dirinya sahaja. seperti iceberg, cuma 30 peratus yg kelihatan..selebihnya masih berada di dalam air.

    ramai yg menilai seseorang berdasarkan 30 peratus yg dilihat.

    30 peratus..kalu markah peperiksaan masih belum lulus lagi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama