Perasaan Bila Berhadapan Dengan Manusia Psycho

Sudah lama gua tak merepek meraban dekat blog kesayangan gua nih. Tentang Contest Situasi Hans pula ia masih lagi berjalan sehingga 3 April nanti. Nampaknya, penyertaan boleh tahanlah dan gua mengharapkan lebih banyak penyertaan lagi selepas nih.

 Meh Join Lekas Meh! Hahaha!

Baiklah! Gua nak tanya dekat ekau semua nih...pernah tak berhadapan atau berkomunikasi atau pun berkawan dengan orang yang psycho sepanjang ekau semua hidup nih? Hahhh!!! Kalau pernah tu nanti silalah kongsi pengalaman atau perasaan ekau semua sepanjang korang berkawan atau jumpa orang yang psycho dalam hidup ekau di ruangan komen yer.


Bagi gua pula sepanjang gua tahu apa itu maksud psycho dan gua rasa gua dah berjumpa dengan 3 orang yang agak psycho. Orang pertama adalah Danella(Bukan Nama Sebenar) tapi bagi gua ini adalah tahap - tahap biasa jer lah. Nak tahu click jer dekat nama Danella tu sebab gua dah link kan ke entry terus.


Orang kedua yang psycho yang gua pernah jumpa pula waktu gua diploma dulu. Fuh! Ini memang cuak kut! Mamat nih memang psycho habis. Masa dia mula - mula jadi tu gua tak risau sangat lah. Setakat datang pukul 2 - 3 pagi ketuk - ketuk pintu bilik gua minta maggi tu tak ada apa sangat. Lepas tu dapat tahu pula mamat nih pukul 3-4 pagi merayau - rayau selongkar tong sampah dekat hostel. Itu pun gua tak cuak lagi. Tapi bila gua mimpi dia ada pisau potong daging dan mimpi gua menjadi kenyataan memang gua dah cuak habis dah. Paling gua cuak bila mamat nih lempang roomate gua yang tak bersalah. Siap patah kut cermin mata member gua. Hahahaha! Memang psycho gila mamat tu!


Baru - baru nih pula gua berjumpa lagi seorang mamat yang lagi psycho. Fuh! Mula - mula gua ingat mamat nih nerd jer jadi gua tak kisah sangat lah. Tapi makin hari mamat nih makin berkelakuan pelik dan bila dah sah mamat nih memang psycho...FUHHHHH!!! Agak cuak disitu! Sekarang nih psycho dia tak ada lagi lah pukul - pukul orang ker bawa pisau ker apa tapi satu masa nanti mungkin benda itu boleh berlaku. Haih! Macam - macam benda pelik dia buat setakat gua kenal dia nih. Pergi fakulti hari - hari tapi tak masuk kelas. Bila gua tanya kenapa tak masuk kelas dia kata,"Ada kelas ker hari nih?" Gua pun pelik juga jadinya. Dah tu kau datang sini buat apa? Ukur bangunan? Tapi memang betul mamat nih ukur bangunan pun. Entah apa lah dia cari gua pun tak pasti. Apa - apapun, semua yang gua jumpa nih jadi macam tu masing - masing ada sebab.


Ada yang dilanda tekanan disebabkan keluarga. Ada yang tertekan gara - gara belajar. Macam - macam lah! Gua memang kasihan melihat mereka - mereka nih tapi gua pun tak dapat nak hilangkan juga perasaan cuak gua sebab orang - orang macam nih boleh bertindak di luar kesedaran tanpa kita jangka. Apa - apapun, gua rasa kalau ekau semua stress maka luahkan dan buang stress itu. Masa inilah rakan - rakan ekau semua penting. Jangan pendam stress tu sebab dari stress yang terlampau tu tiba - tiba ekau dah jadi pelik semacam. Mulalah tiba - tiba ada 'Kawan Khayalan' ciptaan akal sendiri dan lepas tu terus berubah jadi psycho.


Apa - apapun, gua sarankan kalau ekau semua stress maka hilangkan lah stress tu secepat mungkin. Jangan biar stress tu bermahajarela dalam kepala ekau semua. Kalau tidak tak mustahil ekau semua pun boleh berubah jadi orang yang psycho. Jadi, senyum - senyumlah selalu! Paling tidak jika tak yakin untuk luahkan masalah dengan rakan - rakan mahu pun keluarga, ingatlah Allah tu sentiasa ada untuk dengar masalah dan doa kita. Okay! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. pernah jugak.. serius scary.. sampai lukakan tangan sendiri lak tu.. huhu

    BalasPadam
  2. dulu2 clasmate ak yg sorg ni sgt psyco smpi jadi kes polis... x_X...

    BalasPadam
  3. la tansa zikullah~~ jangan lupa ingat allah.. saya suka ayat ini :)

    BalasPadam
  4. tak pernah alami lagi kot.. org2 macam ni maybe tak reti nak kawal tekanan.. bila nak cerr kat kawan2, dowg wat doono je.. jadi la catu kot~

    BalasPadam
  5. opis mate pun ada saiko.. tak suka nengok org lebih sikit... kuek dongki nyo...

    BalasPadam
  6. sbnrnya, time skolah dulu, ada seko awek ni mmg npk normal diluaran. tp bla da lama kenal, barulah kita tau yg dy psiko. sb apa akak kata g2, sb sejk form 1 dia akn menaruh hati pada tiap lelaki mengikut tingkatan. tu kira tak pelik la, tapi yg jadi pelik bla dia suka jaja hal2 tu, cakap itu ini, cam meroyan psl mamat yg dia suka tu.

    bla kita tya kat mamat tuh, mamat tu ckp, bual ngn awek tu pon tak pnh. ada skali awek tu dtg pepagi ari letk bear kat tpt duduk dy n ckp mamat tu yg bagi, apakah? dy siap bawa bear tu gi perhimpunan n tunjuk kat semua kengkawan dy. bla kengkawan tya, dy cakap mamat tu yg bagi. mamat tu yg paling lama menjadi bahan psiko dy akhirnya tensen ngn peristiwa tu sb malu.

    dy ajak awek tu jpa n berterus terang. tapi awek tu tak mau. lain plak bla dy ceta kat mem2 dy yg mamat tu nak ngorat dia.

    lastly, mamat tu pon kepoh kat kengkawan dy tak hingin ngn awek tu. awek tu jd malu, pastu ajk mamat tu jpa n lempang mamat tu, apakah?? sapa yg salah sbnrnya.

    bley kira spi abes skolah la dy paling gila ngn mamat tu melainkan mamat2 yg lain. semua org kata awek tu psiko sb suka wat bda yg bukn2.

    tu bru 1 cerita. blom lagi yg psiko pas kena rasuk...huahhahha..klu nak cerita pasti spi sok tak abes. sb awek ni pnh jadi bahan cerita akak time menulis kat skolah dulu. spi skrg pon klu ada terjumpa, npk cam dy tak sehat lgi...huhu

    BalasPadam
  7. pena-pena.. die sampai nk bunuh dip lagi.. adui.. gilak

    masalh kat skola dulu... die kene tngkap meniru time trial.. ta pasal2 die tudh dip pulak. padahal. org dok dpn dia. tak logik

    BalasPadam
  8. pergh menakutkan, sekarang manusia cepat stress~

    BalasPadam
  9. aku pernah jumpa..masa sekolah lama dulu. seorang perempuan...fuh! Dasyat. Amukan seorang lelaki. Boleh dikatakan dia bijak tapi ada perangai pelik.entah la belalang. stress kot..

    hurm,best tak jadi psycho?haha

    BalasPadam
  10. Aku pernah jugak jumpa budak psycho camtu... Malam2 buta dia panjat pagar rumah nak jumpa pakwe dia.. Aku yang tgh tdo kat rumah pakwe dia ingtkan pencurik.. Nasib baik dia bagi salam... Wahhhh.. Mmg psycho gila lah dia tu...Sekarang nie kawan aku kahwin ngan pompuan lain dah... Fuhhh.. Nasib baik.. haha..

    BalasPadam
  11. kalau pukul 3-4 pagi jalan jalan blog orang apa pulak yek

    BalasPadam
  12. dekatkan diri dgn Allah..InsyaAllah terhindar dr segala suma tu..

    BalasPadam
  13. Skgni aku tgh hadap sorg pmpuan psyco,sangat scary la dy ni. .mcm org gila meroyan pn ade. .Dy tuduh2 aku bukan2 sdangkan bnde xwujud. .Smpi ckp nk santau aku la ape la. .Gile ptg ni aku nk kne jumpa dy. .

    BalasPadam
  14. Mcamane kalau teman hidup anda

    BalasPadam
  15. Macam mana kita nak atasi orang yang kuat psycho nie?

    BalasPadam
  16. macam mana kita nak atasi orang yang psycho nie?

    BalasPadam
  17. macam mana nak atasi orang yang kuat phycho nie?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama