Terasa Diri Macam YB Pula Semalam

Fuh! Sangat penat! Tak tahu kenapa! Sekarang terasa jasad ini mudah sangat lesu walaupun hanya berjalan - jalan dalam tempoh yang cukup singkat! Pelik kerana hal ini amat berbeza berbanding dahulu. Dulu jikalau disuruh berjalan berbelas - belas jam pun masih lagi tidak terasa apa - apa tetapi kini memang lain. Cara jasad ini menunjukkan tanda kepenatan pun sangat pelik. Penat seperti baru lepas berlari daripada dikejar anjing hitam yang sangat garang. Agak merisaukan aku sebenarnya!


Mungkin Aku Perlukan Ini

Hari ini juga sangat bersejarah dan sangat bermakna pada aku sebab buat pertama kalinya aku berjumpa dengan beberapa orang blogger yang aku anggap macam adik - adik aku(budget aku ada adik) yang aku tak sangka akan berjumpa secara berdepan dan dirancang. Alhamdulillah seronok cuma aku sedikit kecewa dengan diri aku sendiri sebab kepenatan yang aku sendiri pun pelik dan tak sangka. Wajar agaknya aku berjumpa doktor nanti untuk tahu kenapa badan aku memberontak sebegini. Jika tidak mungkin aku lagi banyak bercakap daripada tadi dan mungkin juga aku akan dihalau daripada kereta kerana tidak berhenti bercakap.


Iklan Contest Kejap...Hahahaha


Seronok juga sesekali keluar dengan orang muda. Diri yang muda terasa lebih muda(Sila ambil beg plastik dan dekatkan dengan mulut anda untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku). Apa - apapun, sekali lagi aku minta maaf kerana aku rasa aku sangat membosankan kalian semalam. Kadang - kadang terfikir juga kenapa budak nih diam jer. Adakah aku membosankan? Okay! Aku membosankan! Hahahaha! Jangan menaruh harapan yang tinggi dengan menganggap aku mampu memberi nilai humor yang hebat kerana aku sebenarnya tak mampu.

Berlari Sepantas Mungkin


Lepas berjumpa kemudian berkejar pula menyelesaikan urusan tugas kuliah yang diberi. Memang bertungkus lumus membuat dan memikirkan pelbagai cara untuk menjadikan satu naskhah itu begitu bernilai hinggakan malam hampir bertukar kepada pagi barulah selesai tugasan itu. Memang hari ini sangat sibuk. Sibuk dengan pelbagai urusan yang melahirkan pelbagai benih perasaan di dalam diri aku yang berasa gembira, kecewa, sedih, bercita - cita tinggi dan akhirnya menyedari aku bukanlah manusia yang sempurna di mata orang lain seperti yang aku harapkan.

Moga hari esok aku akan kembali menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang mempunyai masa rehat yang mencukupi. Mungkinkah cita - cita aku itu menjadi kenyataan? Persoalan yang bakal terjawab esok...


P/S : Doakan Aku Menjawab Semua Soalan Kuiz Mandarin Esok Dengan Betul

13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Uihhhh En Dato Y.B nak mintak peruntukan sikit boleh takkkk???

    BalasPadam
  2. mandarinn? serious ko amek mandarin? fuyoo, ni hau ma? tu je la. haha
    goodluck brader john

    BalasPadam
  3. da kena mule exercise sket tu hans..
    kalo x lrt joging,men bdmnton je sekali 2 smgu..da ok..:)

    BalasPadam
  4. lu kan popular hans :) n goodluck :)

    BalasPadam
  5. xde ke gmbr jumpa blogger tu hans? terasa diri muda kan? hehehe..

    gud luck!

    BalasPadam
  6. diam tu lebih baik..hehe...

    kuiz mandarin sng je..jgn riso.. =)

    Jom Lawat Blog Bardboo

    BalasPadam
  7. kalau ada gambar bolehlah upload bagi kitorang tengok hehe.

    good luck kuiz mandarin

    BalasPadam
  8. bz bz bz.. huhu..

    mane pic dgn blogger muda itu? nak tengok!! >.<

    BalasPadam
  9. amir : tu la pasal

    bro shak : thanks abang..

    afzainizam : encik YB pun xcukup budget :-)

    asybedazzle : dui..xiexie

    semarak api : malas...ari2 dah berjalan..kira jogging la tu..

    naz : yer lah ko bro...ceit

    khairul antasha : ada dkt diorang..entah elok ker tak pic tu...kalau xelok malas nak letak...hahahaha

    bardboo : kuiz cancelllllllll...tension aku

    amirez : kalau pic tu hensem den upload la bro... :-)

    arief arf : quiz cancellllllllllllll...tensionnnnnnnnnn

    mra : minta dekat abang woody ko...eh..benda tu ada dkt ezany..suruh dia edit2 lah...hahahah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama