Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Hans Punya Blog. Yeahhhhhhhhhh! Nampaknya pada hari ini saya telah pun menerjah sebuah lagi kedai makan untuk dijadikan sebagai salah satu pilihan kepada anda yang sudah pening kepala kerana asyik memikirkan tempat manakah yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat untuk anda menikmati makanan bersama keluarga mahu pun insan yang tercinta.
Jadi, pada episod ke-5 ini, anda sekali lagi akan bersama saya, Hans dalam rancangan Jalan - Jalan Mari Mengketedarah(JJMM). Kali ini saya akan membawa anda semua ke Restoran Sany Char Kuew Teow Tasik Titiwangsa untuk menikmati menu istimewa kita pada hari ini iaitu Char Kuew Teow Special dan Potato Spring.
Char Kuew Teow Biasa = RM4.00
Char Kuew Teow Special = RM5.50
1 Set(2 Potato Spring) = RM5
Restoran Sany Char Kuew Teow ini terletak di Tasik Titiwangsa iaitu di Belakang Istana Budaya, Kuala Lumpur dan saya hanya berpeluang untuk merasai 2 menu di atas bersama seorang 'artis' jemputan saya iaitu Fizi yang merupakan rakan kelas merangkap budak rumah saya. Suasana di restoran ini meriah kerana ia berkonsepkan keluarga dan selain daripada 2 menu di atas, anda juga berpeluang untuk merasai pelbagai lagi menu lain seperti satay, burger oblong dan pelbagai jenis nasi, tomyam dan sebagainya.
Pada pandangan peribadi Hans sendiri, kedua - dua menu ini boleh lah tahan sedapnya dan harganya pun agak berpatutan. Jadi, apa yang anda semua tunggu lagi? Cepat - cepat lah terjah dan rasai sendiri kesedapan menu - menu di atas yer. Baiklah! Sampai disini sahaja rancangan JJMM kita pada episod kali ini. Moga berjumpa lagi di lain waktu bersama saya Hans, pengacara alam maya anda. Byeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!
Pada pandangan peribadi Hans sendiri, kedua - dua menu ini boleh lah tahan sedapnya dan harganya pun agak berpatutan. Jadi, apa yang anda semua tunggu lagi? Cepat - cepat lah terjah dan rasai sendiri kesedapan menu - menu di atas yer. Baiklah! Sampai disini sahaja rancangan JJMM kita pada episod kali ini. Moga berjumpa lagi di lain waktu bersama saya Hans, pengacara alam maya anda. Byeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!
P/S : Bila TV3 Nak Offer Jadi Pengacara JJCM Di TV3 Nih?? Hahahaha!
sedap ke charkuey teow kt stu
BalasPadamiszieylyanziy : boleh lah tahan tapi tak boleh lawan dekat Penang & Kedah lah sebab situ asal makanan tu...hohohoh
BalasPadamkau kalau bab makan no 1 kn?
BalasPadamapa beza char kuew teow biasa ngan special?
zikery : yg biasa sikit...yang special lebih sikit n ada telur dan udang lebih...hohoho
BalasPadamsedap ! ok lapar...hehe
BalasPadamCKT aku 3.50! hehe.. adeh. lapar! kau sile lah jadi JJCM kat blog! keh3! tapi len kali, next episod, bawak laa akuuuuuuu
BalasPadampotato spring tu apehal mahal? ke mmg cmtu hargenya.
BalasPadamdamn it. napa la singgah sini waktu malam. kan dah lapar. huhuhu.
BalasPadamdamn it. napa la singgah sini waktu malam. kan dah lapar. huhuhu.
BalasPadamputeri ain : hahaha..gi makan
BalasPadammra : aku pun orang yg bawa...hahaha
asybedazzle : entah..aku rasa mmg cenggitu lah harga dia
bro shuk : hahahaha...tahan2...esok pagi bangun awal2 gi makan roti canai
potato spring byk tu rm5???
BalasPadambapak murah..
kalu kat kemaman maunya 6-7 hengget..
mentang2 ler bandar oil n gas..
serba serbi mahal..
T_______T
meleleh air liur tgk..
BalasPadamwalaweh...terangkat tu bla tgk...sodapnya...blakang IB yek. blik kl buln 4 ni nak gi try lah..huhu
BalasPadammakan kt restoren nelayan lagi best..heheheheh =))
BalasPadamsebut nama je dah terasa sedap.. kedai tu buka pukul brape?
BalasPadamweee~~ sany char koey teow.. terbaik.. sedap sangat..
BalasPadamNi peminat char kway teow...
BalasPadamcilakak!menggelodak perot aku weyh!
BalasPadamTerasa lapar plak..huhu..
BalasPadamhanss terliorrr
BalasPadamauntie dah gi dah..tapi lupa ambik gambar..ambik gambar tulisan tu yer
BalasPadamwahh.. nmpk sedap
BalasPadamChar megi ada x hwhehe
BalasPadampukul brpe buka kdai?
BalasPadampkul brpe open kdai
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com