Biar Putih Tulang! Jangan Kuning Gigi!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Hans. Hari nih gua memang sibuk gila mencari bahan - bahan dan gambar - gambar untuk dokumentari gua dekat Arkib Negara. Memang seharian jugalah gua berkampung dekat sana. Apa - apapun, seronok sebab ilmu gua semakin bertambah dan berkembang sewaktu gua berada di sana.




Waktu balik tadi entah kenapa tiba - tiba gua rasa pening kepala. Dah lama gua tak rasa 'mabuk kereta' nih jadi gua terpaksa tidur untuk elakkan daripada termuntah ker apa. Kalau tidak satu masalah pula kalau gua muntah dalam kereta. Jadi, akhirnya tibalah gua dekat Shah Alam dan gua bersama rakan - rakan pergi lah minum sekejap dekat Restoran Barra nih. Lagi pun masing - masing pening kepala jadi nak rehatkan diri sekejap dekat situ.




Tengah minum - minum nih tiba - tiba datang lah seorang pakcik nih. Gua tak pasti dia daripada Pakistan ker Nepal ker atau India tapi tiba - tiba dia datang dekat meja gua. Lepas tu dia bagi sekeping kertas kecil yang telah di laminate yang tertulis ayat - ayat Al-Quran tapi sebab gua pening kepala jadi gua tak tengok lah ayat - ayat daripada surah apa.

Lepas tu gua pun tak faham apa dia cuba sampaikan sebab kemudian dia angkat tangan dan baca doa. Panjang jugalah apa yang pakcik tu baca. Lepas tu gua dengar dia sebut "Ikhlas!Ikhlas!Ikhlas!" tapi gua memang tak nak beli sebab gua pernah terbaca ada beberapa kes yang kadang - kadang ada orang yang manipulasi ayat - ayat Al-Quran nih dengan ubah 2-3 ayat. Jadi, gua tolak lah cara baik.




Tiba - tiba si pakcik nih bising - bising dekat gua. Gua pun tak faham apa yang dia cakap sebab dia cakap bahasa negara dia cuma gua dah lah tengah pening kepala dan tiba - tiba dia membebel - bebel tepi gua. Ikut hati gua tadi rasa macam nak mengamuk pun ada tapi nasib dia membebel - bebel sekejap dan kemudian pergi ke meja lain. Memang gua bengang betul dengan pakcik tu!

Gua tak tahu apa dia membebel tapi gua rasa maksud dia mungkin,"Aku dah penat - penat baca doa dekat kau! Lepas tu suruh kau beli tapi kau tak nak beli! Tak guna! Kedekut!" Datang dekat negara gua lepas tu paksa gua beli - beli barang lu pula! Gua taknak beli boleh pula lu bebel - bebel dekat telinga gua. Ikut hati macam gua nak hentak meja pun ada tadi. Kalau korang semua berada dekat situasi gua rasa - rasanya korang buat apa? Hahahaha!




Lepas tu gua nampak dia pergi dekat setiap meja kemudian baca doa dan suruh orang beli. Ada yang bagi sampai RM5. Ada yang tak mahu bagi derma macam gua juga tapi tak ada pula si tua tu membebel - bebel dekat yang lain. Gua cakap dekat kawan gua,"Apa dia ingat dia baca doa dekat setiap meja dalam kedai nih doa dia tu boleh makbul ker kalau dia tak ikhlas? Kalau ikhlas tak adanya dia nak membebel kalau orang lain tak nak beli. Ini memaksa - maksa pula. Siyot betul!"




Malaysia nih tak ada tindakan undang - undang ker dengan orang - orang macam nih? Jemu betulah gua bila setiap kali makan datang macam - macam jenis orang minta duit. Kalau betul - betul diorang tu tak mampu atau kekurangan fizikal gua boleh terima tapi sebab gua tahu 99% mereka tu menipu yang gua bengang tu. Baru - baru nih gua nampak seorang wanita buta dipimpin oleh seorang wanita celik tapi yang ajaibnya wanita 'buta' tu pula yang pimpin wanita celik tu lepas dia dah habis minta derma. Macam mana?

P/S : Gua Rimas Dengan Penipuan - Penipuan Murahan Nih!

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. weng3...

    donia ini ponuh dongan penipuan...

    jangan sampai tertipu dah... hoho

    BalasPadam
  2. kadang2 macam kesian,
    tapi sebenarnya dorang ambil kesempatan dari sifat pemurah rakyat Malaysia.
    dah lama baca blog ni,tapi tak pernah komen hihihi.
    izinkan list kan blog ni di blog saya ya?

    BalasPadam
  3. ala ada ja orang macam tu mai sampai ke sekolahhh . masuk kelas2 menjual .. hee . taktau nak kesian ka tak kesian .

    BalasPadam
  4. dah pernh terkena time study dulu, memg pacik tu sebok dok bace doa pastu dok ulang2 iklas2 je..ingtkn dye nk konfemkn kitorg ni iklas ke mmbeli, kitorg pon dgn sengal mengangguk smbil brkate iklas iklas...haha, lurus lalang sungguh ngn tipu daya dunia nih ! :P

    BalasPadam
  5. bukannya bolh percaya sgt dieorg nih..

    BalasPadam
  6. wahhh.. ada jugak ke macam nie. tak pernah kena pulak aku. aku baca cerita hang pun dah rasa macam nak meletup. siap bacakan doa tuu. :P

    BalasPadam
  7. betul la bro.diorang ni kaya macam tu jer,kaau betul ada cacat cela,lain la citer,ini sihat tubuh badan apa semua,
    boleh plk dia marah2 ko bro.ko jirus jer ngan air panas.biar menggelupur.dah orang tak kasi dah la.
    ramai sangat la yang menipu..kadang terfiir baik nak kasi atau tak..aduhh.serba salah tul

    BalasPadam
  8. wow,hans g arkib? ape cer di sana?
    org msia ni pemurah sangat.
    baik kita menderma dengan ikhlas atau melalui saluran yg betul.

    BalasPadam
  9. dulu penah kena , mula kata ikhlas . tengok 10 inggit satu . cm siot je . udah xberduit

    BalasPadam
  10. kaizen : sebab tak tertipu la aku tak bagi...

    wan : owh..list jer...thanks

    fathiah : entah...aku xberminat dengan mereka

    aniline : hehehe...pengalaman

    yellow : memang tak boleh percaya

    ed shahir : tahu xper...panas kut

    amry : sebab ramai penipu aku memang susah nak percaya

    Gimi : itu la pasal

    miss nina : betul2

    pengemis dunia : wah,aku ingat pengemis mana nak marah2 aku tadi..rupa2nya nick name jer...ekekeke...

    BalasPadam
  11. xleh percaya sngat org cmtu skrg..tp kesian lak

    BalasPadam
  12. hah.betul2.
    Nabi pun tak suruh umatnya meminta2 kan.

    hm..tp tak suka betul kalau org paksa beli ayat2 tuh. bkn mls baca.cuma mcm hans ckp la.ade org kate tukar2 ayat.

    heh.xphm ngn dunia skang~

    BalasPadam
  13. haha~ adoi.. aku kalau org mninx derma.. aku tak bgy duit.. aku bagy makanan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama