Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Hans Punya Blog. Baiklah! Hari ini saya tertarik untuk berkongsi dengan anda semua pembaca blog saya tentang jenis - jenis dengki yang terdapat dalam diri manusia yer. Jadi, saya ada merujuk pada satu entry nih dan saya tertarik dengan entry tersebut. Jadi, saya huraikan dengan kefahaman saya tentang 4 jenis kategori dengki yang wujud dalam diri manusia.
Kategori dengki yang pertama ini ialah manusia yang tidak suka pada nikmat atau kelebihan yang ada pada insan lain dan beliau akan sedaya upaya berusaha dengan pelbagai cara seperti dengan memfitnah atau pun melakukan sesuatu perkara yang secara tidak langsung akan menghilangkan nikmat yang dimiliki orang yang didengkinya tersebut.
Kategori dengki yang kedua pula ialah manusia yang lebih kurang sama seperti kategori pertama tetapi bezanya disini ialah manusia yang mempunyai sifat dengki itu bukan sahaja cuba menghilangkan nikmat manusia yang didengkinya itu tetapi juga cuba untuk merampas nikmat tersebut untuk dirinya sendiri.
Kategori dengki yang ketiga ialah manusia yang mempunyai hasad dengki pada insan lain tetapi manusia jenis ini tidak cuba untuk merampas atau cuba menghilangkan nikmat atau kelebihan orang lain dengan ucapan mahupun perbuatan. Dengki untuk kategori ini tidaklah dikatakan berdosa tetapi dinasihatkan agar menghilangkan perasaan ini secepat dan seboleh mungkin kerana mungkin ia akan bertukar menjadi sifat negatif dan membiak penyakit hasad dengki di dalam diri kita.
Kategori dengki yang keempat pula ialah manusia yang mempunyai sifat dengki pada manusia lain tetapi manusia jenis ini tidak pernah cuba untuk melakukan apa - apa untuk merampas atau menghilangkan nikmat atau kelebihan insan terbabit tetapi manusia ini akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapat atau merasakan nikmat dan kelebihan seperti yang insan itu miliki.
Saya tertarik untuk berkongsi jenis - jenis dengki ini kerana kadang - kadang saya berasa pelik dengan manusia - manusia yang saya pernah jumpa sama ada dalam kehidupan saya sekarang mahu pun di dunia maya. Adakalanya saya terfikir kenapa perlu ada sifat dengki yang memberi aura negatif dalam diri kita.
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana selama saya hidup dimuka bumi ini alhamdulillah rasanya saya tidak pernah lagi terlibat dalam kategori pertama dan kedua cuma saya pernah menghadapi manusia kategori kedua iaitu bekas kawan baik saya sendiri. Sampai sekarang saya pelik kenapa insan tersebut sanggup melakukan perbuatan sebegitu terhadap saya. Bukan sahaja saya tetapi ada lagi seorang dua yang juga kawan baiknya(ketika itu) juga menghadapi nasib seperti saya sedangkan kami menganggapnya seperti saudara kami sendiri ketika itu. Itu pengalaman saya sewaktu bersekolah dahulu.
Dahulunya saya berada di kategori ketiga mungkin dimana sifat dengki itu memang wujud tetapi saya tidak pula melakukan sesuatu perkara untuk menjatuhkan orang yang saya dengki atau cuba memburuk - burukkanya. Kini saya rasa jika saya mempunyai sifat itu saya lebih ke arah kategori keempat dimana saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapat nikmat atau kelebihan yang diidamkan dengan usaha sendiri.
Bagi saya tidak perlulah kita ikutkan sangat bisikan syaitan ini. Saya sebenarnya tertarik untuk menaip tentang ini berikutan video yang dibuat oleh 4 orang manusia yang saya tak tahu betapa 'tinggi' akal mereka yang ditujukan untuk Anwar Hadi yang popular dengan Vblog beliau. Saya betul - betul kecewa dan malu menonton video tersebut.
Kenapa? Kerana video tersebut dimulakan dengan takbir Allahuakbar dan kemudian disusuli dengan carutan dan makian serta kata - kata yang langsung tidak membina. Saya agak sedih kerana saya melihat masyarakat kita sekarang macam ada sesuatu yang tak kena. Saya pun mengaku saya bukanlah sempurna mana tetapi saya masih waras untuk berfikir benda - benda yang boleh saya katakan sebagai tidak masuk akal yang tak sepatutnya dihasilkan dan dijadikan bahan tontonan untuk orang ramai.
Saya tahu kita tidak boleh buatkan semua orang sukakan kita sebab sebaik mana pun kita pasti kita akan ada musuh yang sentiasa menanti untuk menjatuhkan kita. Jadi, saya harap sangat kepada insan - insan yang masih berfikiran seperti 4 orang insan tersebut agar tolonglah kikis dan lenyapkan segera perasaan hasad dengki sebegitu kerana anda bukan sahaja merendahkan maruah sendiri tetapi memalukan insan - insan yang ada kaitan dengan anda.
Kita kini hidup di zaman yang penuh dengan cabaran. Bukalah minda dan berusahalah ke arah kejayaan. Jangan mundurkan diri anda dengan perbuatan - perbuatan yang tak berilmiah sebegitu. Saya sebenarnya tidak mahu mengiyakan kata - kata orang yang saya dengari sejak di bangku sekolah rendah lagi kerana bagi saya ia amat pahit untuk diterima tetapi rasanya saya terpaksa juga akui bahawa itulah puncanya orang Melayu tidak maju.
Bukannya orang Melayu ini tidak maju kerana tidak bijak atau berbakat tetapi sayangnya orang sekeliling mereka yang berketurunan dan seagama seperti mereka lah yang akan menjatuhkan mereka sendiri dan bukannya orang lain. Sedih bukan?
Ini adalah pandangan peribadi saya berdasarkan banyak perkara yang saya lihat sejak kecil hinggalah kini dari pada perniagaan hinggalah kepada pelajaran. Apa pula pandangan anda?
P/S : Mulut Kita Mampu Untuk Mengucapkan "Jauhi Hasad Dengki"
Tetapi Bagaimana Pula Dengan Hati Kita? Mampu? Buktikan!
aq jenis yang ke empat.. kot.. **dari pndangan diri sendiri la.. manusia ni senanya ta lepas dari rasa dengki sbb kita ada nafsu.. kalau nak kawal dengki.. kena kawal nafsu dulu.. hhuhu
BalasPadamowh. baru je tngok vdeo 2 ptg tadi.
BalasPadamtertanye2 apa relevannya vdeo 2 dmulakan dgn Allahuakbar pas2 duk maki2 org. haisy -_-'
bengang btol tgk video tu...dengan khalimah Allahuakbar..tapi pastu mencarut2...
BalasPadamsaya jenis kelima. haha :D
BalasPadammoga Allah jaukan aku dari dengki pertama dan kedua tu..
BalasPadamrasnya lum pernah kot masuk kategori tu..
nauzubillah..
manusia ada macam-macam jenis. dalam dunia maya mungkin kita boleh menangkis atau lari dari manusia seperti ni tapi.. dalam alam nyata kita tak boleh.. jadikan semua tu pengalaman hidup untuk terus mendewasakan kita.. jangan mengalah encik hans.. :)
BalasPadamngapalah dok nak dengki kat org...dpt duet ker..tak kan..dapat dosa lagi ada..
BalasPadamdengki ni takde lain. hati tak BERSIH sebenarnya. mengadap Allah tak cukup 5kali sehari mungkin salah satu sebab gak dengki tu bernanah dalam diri.
BalasPadamaku pn tak suka video tu..kalo x suka sama A.H sekalipun, x perlula buat video benci camtu..siap takbir lg..main2 lak dgn takbir eh..
BalasPadamxmo lah dengki2... no gud lorr.. huhuhu
BalasPadamtq this info.sya mihon share dlm blog sya ye.tq.
BalasPadammoga dijauhkan semua dengki2 ni.hati masih tk bersih lagi
num 1 dengki yg biasa aku lalui, tp tu ntuk positif la kan, cb bersaing sihat dlm kelas. tatahu plak anwar hadi camtu der
BalasPadammintak dijauhkanla sifat dengki ni, kalau dengki positif ok la... hm
BalasPadamSusah klu dah ada PHD (perasaan hasad dengki) ni kan.. Mintak2 sampai mati takde perasaan mcmni.. Eh.. dengki utk kebaikan ok ape.. dengki nak jadi org berjaya, org kaya.. hehe.. Asalkan jgn menjatuhkan org lain.. :)
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com