Modem Streamyx Dah Kembali Bekerja....Yehaaaaaaa!!!

Akhirnya hari ini modem baru streamyx telah datang mewarnai rumah sewa ku yang tak adalah berwarna sangat. Hohohoho! Alhamdulillah! Aku tak perlu lagi pergi ke Mcd untuk online seperti semalam. Hahahaha! Semalam gua online sampai ke Subuh. Gua settle kan assignment gua tapi ada lagi sikit nak kena selesaikan. Gua dah lemau punya pasal lepas tu gua online lah. Hahahaha!




Sudahnya gua tak tidur lah semalam dan yang best tu gua pergi melantak roti canai pepagi buta dengan member gua dekat Khalifah di Seksyen 7 tu. Dari Mcd meredah hujan renyai - renyai ke sana sebab nak bersarapan. Kuikuikuikuikui! Memang gua rasa kaki gua masa atas motosikal tu dah macam beku dah sebab sejuk gila. Sebab sejuk punya pasal gua melantak 2 keping roti canai. Sedap pula roti canai dekat situ. Ikut hati macam gua nak makan lagi sekeping tapi gua fikir ini semua nafsu semata - mata jer nih. Risau juga gua dengan perut gua nih. Ada jin ker apa? Member gua dah carut - carut dekat gua sebab makan banyak! Hahahaha!




Lepas tu gua sampai rumah dalam pukul 7 pagi. Sepatutnya pukul 9 pagi gua kena pergi perpustakaan dekat menara sultan abdul aziz tu sebab nak siapkan skrip dokumentari gua tapi mungkin rezeki gua kut sebab hujan lebat gila jadi gua pun boleh layan tidur lah sebab member - member gua pun nak gerak macam mana sebab hujan lebat gila. Alhamdulillah! Dapatlah gua tidur sekejap dan pukul 11.30 pagi macam tu baru gua bergerak ke sana.




Adoiyai! Ada event apa entah dekat sana tapi yang gua pelik tu macam mana pihak yang buat event tu boleh buat event mereka dekat tepi perpustakaan. Memang bising sudah! Kalau setakat ceramah ker apa gua tak kisah sangat tapi ini pertandingan karok ker apa entah. Gua dengar suara orang menyanyi jer. Adoiyai! Stress! Tapi bila hujan balik dalam pukul 2-3 petang macam tu gua rasa gembira gila sebab gua dah tak payah nak dengar suara diorang. Hahahaha!


Apa - apapun, gua dah berjaya menyiapkan skrip dokumentari walaupun gua rasa banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Namun, memang rasa gembira lah sebab walaupun penat dari pagi sampai ke petang buat kerja tapi dah berjaya siapkan kerja dengan jayanya. Dan alhamdulillah sebab dah boleh online dekat rumah sambil baring - baring. Kehkehkeh!




Gua tak tahu kenapa tetapi gua memang rindu gila dekat beberapa orang member maya gua yang gua memang rapat. Gua pun pelik pehal lah gua nak rindu diorang sebab bukan diorang peduli pasal gua pun. Kalau diorang peduli pasal gua alhamdulillah lah. Entah! Hidup memang pelik barangkali! Rindu pada orang - orang yang secara azalinya tak adalah pertalian persaudaraan dengan gua pun. Entah! Okaylah! Nak layan Final Raja Lawak kejap. Assalammualaikum!


P/S : Aku Harap Mereka Pun Sayang Aku! Amin!

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. biase bro. hidup ni.. kalau tak pelik.. tak BEST! tak indah pown

    BalasPadam
  2. oh..ohh.. nk jugak modem strymix.. wifi kampus byk kena block.. -_-"
    lama tak jengok hans~

    BalasPadam
  3. tahniah2....musti pasni tak jd gelandangan lg kat McD...kikiki

    BalasPadam
  4. slamat berjaya..confirm on9 24jam asnie..hehehe sila sediakan duit utk byr bulanannye...hehehe

    BalasPadam
  5. terima kasih rindu gua..
    hahaha...

    tahniah anda memang pelajar hebat!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama