Filem:
Hikayat Merong Mahawangsa
Pengarah:
Yusry Abd Halim
Genre:
Sejarah, Aksi & Peperangan
Pelakon:
Stephen Rahman Hughes, Dato Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera,
Khir Rahman, Nellie Ng, Wan Hanafi Su & Etc.
Sinopsis:
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?
Sumber : Sinema Malaysia
Ulasan Tuan Punya Blog:
Sebelum tu memang aku tak sangka aku berpeluang tengok filem nih pada pukul 12.00 malam tadi dekat Mid Valley. Walaupun tempat duduk baris dua di hadapan tadi dan ada sedikit gangguan suara semasa awal tayangan tetapi alhamdulillah aku berjaya menonton dari awal hingga akhir. Jadi, aku amat berbanggalah dengan hasil daripada KRU untuk filem terbaru mereka ini. Jadi, aku beri komen dan pandangan peribadi aku secara ringkas jer lah dibawah ini yer.
- Aku memang suka filem epik dan juga sejarah jadi memang aku suka menonton filem ini sebab ia ibarat benda baru pada aku. Menarik!
- Suara latar yang menceritakan tentang kisah ini sebenarnya unik. Mungkin ada sesetengah orang akan ketawa tetapi bagi aku jika aku ialah orang asing yang tidak tahu bahasa Melayu mesti akan terasa keindahan bahasa Melayu. Tahniah pada pemilihan suara latar yang unik dan komersial tu.
- CGI dan kesan khas yang menarik. Ada yang betul - betul nampak seperti realiti dan sangat hidup. Tetapi, ada juga yang kelihatan seperti kartun atau pun kurang tahap realitinya. Apa - apapun, sangat menarik dan banyak perubahan jika dibandingkan dengan filem Cicak Man dan Magika.
- Watak Merong Mahawangsa dan watak Kamawas memang menarik. Aku suka lakonan mereka. Memang nampak hidup dan ada aura. Watak Merong lakonan Stephen Rahman Hughes tu memang kena lah dengan karisma dan badan dia yang tegap tu. Manakala watak Kamawas yang dipegang oleh Khir Rahman memang buat aku menyumpah jer. Hahahaha! Tahniah!
- Adegan komedi yang dilakonkan oleh Nellie Ng yang memegang watak dayang kepada puteri memang melucukan. Hahahaha! Tak kering gusi melihat keletah watak nih.
- Babak aksi pula ada yang mengagumkan dan ada yang mengecewakan. Mengagumkan tu bila melihat kepada pertarungan mereka yang cukup bertenaga dan tangkas. Mengecewakan pula bila ada babak - babak perlawanan yang seperti dicepatkan atau yang diulang semula seperti pada babak - babak akhir perlawanan di dalam filem.
- Watak Kesum lakonan Dato Haji Rahim Razali pula kelihatan seperti A.Samad Said dan Gandalf(watak di dalam The Lord Of The Ring). Hehehehe!
- Babak penggunaan cermin untuk menewaskan tentera musuh pula pada mulanya agak membanggakan tetapi kemudian hati terdetik,"Betul ker nih? Macam tipu jer!" Aku tak pandai sangat bab - bab sains nih jadi tak tahu lah betul ker tak tapi aku masih merasakan kurangnya logik disitu tapi aku layan jer.
- Aku suka kisah cinta yang cuba di paparkan di dalam kisah ini yang lebih kepada kebebasan dan kuasa politik. Cuma sayangnya kelebihan itu tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.
- Penggunaan bahasa sastera dan juga bahasa asing memang menarik dan merupakan sesuatu yang baru. Terasa sangat indah bahasa ini.
- Kesan bunyi dia terbaik! Tahniah!
- Ada babak yang kadang - kadang membosankan dan ada babak yang sangat - sangat membuat aku teruja.
Sebenarnya banyak lagi nak ulas tetapi cukuplah sampai disini jer. Nak tahu korang pergilah tengok sendiri. Jadi, aku ucapkan tahniah kepada semua krew produksi dan juga pelakon - pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem epik yang cukup hebat nih.
Memang masih banyak lagi yang boleh diperbaiki kerana dengan kos RM8 juta mana mungkin kesemua kesan CGI atau kostum mampu dihasilkan dengan hebat tetapi KRU secara tak langsung telah meletakkan satu tahap yang tinggi kepada mereka sendiri serta pembikin filem Malaysia lain yang berminat untuk menerbitkan filem epik yang lebih baik dan hebat di masa akan datang.
Jadi, aku sebagai anak Malaysia bangga menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa kerana filem ini telah memberikan aku satu keyakinan bahawa Malaysia juga sudah mampu menghasilkan filem epik yang hebat dan menarik. Jadi, aku memberi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk filem ini. Tahniah sekali lagi.
P/S : Moga Pihak KRU Akan Menghasilkan Filem Epik Yang Lebih Hebat Yang Bukan Sahaja Disokong Kuat Oleh Kesan CGI Tetapi Juga Dari Segi Jalan Cerita. Tahniah!
pergi tak ajak...
BalasPadamhuk3..
hehe...
btw sabtu ni baru nak pi tgk...
kat mid juga hehe
dan teruja sampai tak dapat jumpa aku yang hanya diselangi beberapa baris kerusi kannn..
BalasPadamokay, part suara latar tu memang terbaik aah! aku minat kot.. susunan ayat sastera memang aku tabik. skrip semua mmg ak bagi A+..
part cermin masa lawan tu mmg aku garu2 kepala aa.. xlogik kan?
mase Pak Kesum keluar, aku dah gelak2 dah.. adeh.. mmg serupa rupenye.rambut xleh blah..
ape2 pun, jalan cerita mmg best!
and kalau dibandingkan filem2 melayu, aku mmg suke yg ni la.. xnmpk mcm malaysian yang buat ! thumbs up! hehe
eazy : aku memang cadang nak tengok Sabtu tapi tiba - tiba hari minggu aku diganggu oleh fakulti...sebab tu aku tengok tadi
BalasPadamMra : hahaha...mana aku tahu ko nak tgok tadi....hahahaha...tapi layan kan filem tadi..cuma aku harap lepas nih KRU kukuhkan lagi skrip diorang
BalasPadamsepatutnya aku tgk filem ni pada ptg td (10 mac) tayangan pukul 3.30 ptg di TGV Mesra Mall.. tp kerana badminton, aku cancel nk tgk filem ni.. tp bila nak keluar rumah dlm kul 5 (sbb game start kul 5.15ptg), kwn plak sms badminton cancel! hangin satu badan bro! pokemon btol..
BalasPadambrader john, semua review bagi 4.5 bintang. hangpa pakat neh. hahaha :D bila nak dpt tngok, hm
BalasPadamNampaknya kualiti filem arahan adik-beradik KRU mania ni mmg hebat2 belaka.. Pertama kali tgk iklan filem ni pun dah "wow"..
BalasPadamFilem epik yang kawan tungu2 nih..
BalasPadamsaya yakin 40 juta..haha
BalasPadam*so jeles sebab tak boleh tengok
Nampaknya byk komen positif pasal filem nih..mesti tonton nih..
BalasPadambc review dr hans ni pun dh teruja nk tgok.. :)
BalasPadamwahhhhhhhhh...sgt syok laaaa. nak tgk sangat. sedey nyer..ngapa la KB tader wayang..huhu
BalasPadamnk g tengok la nanti~
BalasPadambeb, gua kene tengok ni
BalasPadamseriously tak sabar nak tgk..
BalasPadambile ntah masanya..
weekend ni turn aku tenok pulak
BalasPadampg awl2 ni kompom tkehel tgkuk kena duk dpn.tggu da kool2 nti bru srg pggung.hehe.x sabar mau tgk!
BalasPadamnak tngok jugak 6ti. x sabar.
BalasPadamtngok thriller aritu pon dah rs teruje. hee ^^
Epik~ sesuatu yang aye tunggu2 sekian lama.
BalasPadamfilem yang paling aye tunggu2.
ok. review ni dah buat aye tak sabar nak tgk...insyaAllah..nak pi tonton sendiri dgn segala kesan bunyi tu..
hihi..tunggu review dri aye pasal HMM ni..;)
Malam ni 950 @ Alamanda...hehehehe. Aku nk tengok Khir Rahman!!!
BalasPadammalam nie nak tngokkkk! heehehe
BalasPadam^^
td baru tgok the making.. mmg nak tengok lah cte ney :)
BalasPadamsaya baru tengok. memang terbaik la cerita ni serious... bangga sebab kita dah ada produk camni.. this is a very good start..
BalasPadamtak dapat nak tengok. tunggu keluar kat astro jelah nanti. malas nak langgan astro first hehe. tapi tak minat sangat cerita2 epik ni...
BalasPadammcm best jer
BalasPadamrasa nak g tengok lar
yess dah tengok tadi
BalasPadamnaseb dapat seat belakang kalaw tak maw patah tengkuk
haha!
terbaik bukan~ ^_^
BalasPadampas baca review ni lagi gian nak pegi tengok . grrrr !
BalasPadam~huwaaa...ni yg membakar semangat sy nk p tgk cita nih...tengs sharing info da tahap ke'best'an filem nih..~
BalasPadambz nye..bila la ak dapat tgk!!
BalasPadamwoo yang dah pegi tengok semua cakap best
BalasPadamtapi diri sendiri taktau bila nak tengok
hee~
walaweiii...aku kagum gila dgn cerita ni, x sgka org malaysia pon dh boleh buat filem2 setaraf dgn filem luar...huhuhu
BalasPadamGambar & Video : Detik Cemas Tsunami Di Jepun 2011
salam, Ummi Hanie nak join juge...
BalasPadamhttp://ummihanie.com/2011/03/habib-nak-bagi-fm-kat-acik2-sume/
dah follow dua2 blog Zura yer...
ID follower : ummi hanie
thanx
rajen betul tgk wayang...hurm...mmg tringin nk tgk Merong ni..sejarah dier mmg sis x tahu sgt...mmg dahsyat juge hasil sentuhan Yusry ni...xsampai 2 bulan je shooting kan?
BalasPadamGA di blog saya dah nak tamat...Jom le Join !Hadiah2 menarik utk dimenangi...at least wish le saya punye blog anniversary ke-3...hehehe ;p
salam sila submit blog anda di http://malaysia.forumms.net/forum
BalasPadamdan serta kan serba sedikit post tentang blog anda di sane,jgn lupa tingakkan url blog anda di sana..
daftar free submit blog free..
sertail kami kta berforum di sana.. TQ
submit di ruangan blog
Ulasan menarik, nak tmbah sikit.. sikit je =)
BalasPadamSaya rasa agak koman sedikit setelah menonton kerana tempat pertemuan strategik timur dan barat, yakni Tanah Melayu hanya ada 2 kampung??!! Udah lah dua kampung, rumah buat drpd buluh pula.. Kapal pandai pula bina, rumah tiada pula pandai. Kot ye pun, pakai lah kayu, Tanah Melayu kaya dgn balak, terutama pada zaman itu.
Perasan atau tidak, keris pekaka milik Pak Kesum terlalu tinggi nilai seninya, berbanding baju guni Pak Kesum dan sang hero. Teknologi besi mereka (kononnya campuran logam tahi bintang) tidak sama tahap dengan ketamadunan yang lain.
Saya rasa terlalu banyak budget habis untuk menaikkan martabat bangsa lain, cthnya costume askar org putih dan askar China.. Askar melayu digambarkan org gasar, tidak berkeris, tiada pula berbaju.. dan tidak pula sasa. Aduh..
Alangkah baiknya jika Garuda digambarkan sebagai burung gergasi yang makan org, drpd kump lanun sihir itu. =x
Cuma saya cukup memuji cinematografi dan kesan bunyi yg cukup mantap. Harap KRU Production membuat lebih banyak research, dalam memartabatkan sejarah Melayu.
Sekian, terima kasih.
Ulasan terbaik.. Entry nie bermanfaat untuk assignment saya.. Thankz
BalasPadamakan datang cicakman 3 filem melayu
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com