Pengacara:
AC Mizal
Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek
Peserta - Peserta:
Penyingkiran:
Alex
Ulasan Hans:
Pada episod ke-4, kebanyakkan peserta memberikan aksi yang kurang bertenaga tidak seperti pada minggu lepas. Persembahan minggu ini kebanyakkannya di selamatkan oleh peserta berkumpulan yang nyata memberikan persembahan yang sangat menarik dan segar. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-4 ini.
Amir
Persembahan Amir pada minggu ini nampaknya ada banyak peningkatan. Akhirnya, dia telah menerima nasihat - nasihat juri dan mungkin juga orang - orang di luar sana dimana akhirnya persembahannya sudah tidak terkejar - kejar lagi dan setiap patah perkataan yang dituturkannya mampu ditangkap dan didengar oleh penonton. Walaupun, lawaknya tentang superhero kali ini ada yang menarik dan ada yang pernah didengar namun ini adalah salah satu proses peningkatan yang baiklah untuk Amir. Moga minggu depan persembahan beliau semakin meningkat. Dibandingkan persembahan minggu ini berbanding 3 minggu sebelumnya maka aku boleh katakan persembahan ini sebagai WOW tetapi masih belum cukup lagi. Teruskan usaha anda!
Kumpulan Jozan
Persembahan Jozan pada minggu ini adalah persembahan yang aku sangat nanti - nantikan. Mereka berani untuk mengetengahkan isu agama di dalam lawak mereka dan aku gembira kerana lawak mereka penuh dengan isi tersurat dan tersirat berbanding lawak peserta lain. Baru - baru ini ada juga segelintir manusia yang bising dengan lawak mereka pada minggu ini tetapi bagi aku itu adalah realiti manusia beragama Islam di Malaysia sekarang. Kadang - kadang solat kita tidak khusyuk oleh sebab - sebab seperti yang mereka tunjukkan di dalam lawak mereka kali ini. Dan di mana - mana sahaja kita boleh lihat atau dengar tentang kes kecurian tabung masjid, selipar dan sebagainya. Jadi, aku mengucapkan tahniah kepada kumpulan Jozan kerana lawak mereka kali ini bukan sekadar lawak kosong tetapi lawak yang mempunyai mesej dan sangat sinis. Tahniah sekali lagi untuk anda! Jozan terbaikkkk minggu nih!
Man
Persembahan Man pada minggu ini pula bagi aku kurang menarik. Memang ada juga lucunya tetapi aku rasa lawaknya seperti biasa sahaja pada minggu ini. Man perlu sedar dia kini sedang bertarung di dalam Maharaja Lawak dan bukannya Raja Lawak jadi idea yang lebih segar dan menarik perlu dipersembahkan kepada penonton. Apa - apapun, teruskan usaha anda Man! Moga berjaya pada minggu hadapan.
Jihan
Persembahan Jihan pada minggu ini juga kurang menyerlah. Persembahannya juga seperti Man di mana aku biasa dengar atau mampu di agak. Jihan perlu tampil dengan persembahan yang lebih segar dan memukau jika mahu bersaing lebih lama di dalam Maharaja Lawak ini. Teruskan usaha anda Jihan.
Kumpulan Sepah
Persembahan kumpulan Sepah pada minggu ini masih lucu dan tidak mengecewakan walaupun tidak setanding dengan persembahan mereka pada minggu lepas. Mungkin kerana genre yang berlainan namun setiap ahli kumpulan Sepah memang mempunyai kombinasi yang baik kerana masing - masing saling membantu antara satu sama lain yang menjadikan persembahan mereka mampu untuk menggeletek hati penonton - penonton di studio mahu pun di rumah. Tahniah kumpulan Sepah.
Alex
Persembahan Alex pada minggu ini tidak berseri pada pandangan aku. Aku tidak pasti sama ada ia tidak lucu atau Alex yang tidak memberikan sepenuh tenaga terhadap persembahannya seperti mana pada minggu lepas. Nampaknya rezeki Alex hanya setakat minggu ke empat ini sahaja. Apa - apapun, tahniah Alex kerana memang susah untuk membuat orang lain ketawa. Semoga berjaya di masa hadapan.
Nabil
Persembahan Nabil pada minggu ini seperti biasa memang menarik dan segar dengan idea - idea baru yang membuatkan aku tidak kering gusi kerana tidak henti - henti ketawa. Menjadikan mesin masa sebagai subjek lucu pada minggu ini serta mewujudkan watak seorang Pak Cik yang digelar budak Practical berwajah seperti orang Putus Haid memang menimbulkan suasana komedi yang bukannya sedidkit - sedikit. Seperti yang kita tahu, jika budak itu sedang menjalani latihan praktikal di mana - mana organisasi semestinya mereka dari kalangan pelajar universiti mahu pun kolej yang boleh dikategorikan sebagai golongan muda jadi apabila Nabil memanipulasikan budak praktikal itu kepada orang yang sudah pun tua maka memang ia telah mengubah hal tersebut menjadi cukup lucu. Tahniah Nabil! Imaginasi anda cukup kreatif! Tidak sabar menanti lawak anda pada minggu hadapan.
Kumpulan Balas
Persembahan Balas pada minggu ini biasa - biasa sahaja. Kumpulan ini memang gemar menggunakan lawak yang 'double meaning' tetapi jika ia sering kali digunakan sudah semestinya akan membuatkan penonton terasa bosan melihat persembahan mereka dan aku adalah salah seorang daripada penonton yang mengalami perasaan bosan tersebut. Persembahan mereka masih lucu tetapi aku harap mereka akan tampil dengan lawak yang lebih bermakna pada minggu hadapan. Moga persembahan kalian pada minggu hadapan lebih bernyawa dan ada identiti sendiri.
Kumpulan Jambu
Persembahan Kumpulan Jambu pada minggu ini memang menarik. Aku suka kumpulan ini kerana setiap minggu mereka akan tampil dengan lawak yang berlainan daripada kumpulan lain dan yang menariknya lawak mereka tidak tergolong dalam kategori 'Syok Sendiri' kerana persembahan mereka pada minggu ini memang betul - betul menghiburkan. Kali ini mereka memang beraksi hebat dengan menggunakan banyak tenaga untuk bergerak ke sana dan ke sini. Cuma sayangnya pada pengakhiran lawak ini di mana Yus mengangkat kaki berkali - kali seolah - olah mahu menendang mahu pun menyepak orang di sekelilingnya. Jika sekali dua sahaja tidak apa tetapi apabila ia dilakukan berkali - kali memang nampak kurang baik pada pandangan orang lain. Apa - apapun, tahniah kumpulan Jambu. Persembahan anda minggu ini memang menarik dan terbaik! Tahniah!
Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Keempat :
- Jozan
- Jambu
- Nabil
- Sepah
- Amir
- Man
- Balas
- Jihan
- Alex
P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.
wo...ulasan hans begitu matang.....sokong dengan semua hujah diatas...
BalasPadampart jambu paling aku tak tahan. gelak tak hengat. muka selenga taukeh n gimik muka yus siyes lawak!!
BalasPadamlawak dari jozan paling fresh. idea dua orang tu mmg superb. main dengan lampu bagai.. best!
sgt setuju dgn ulasan yg diberikan . harap minggu dpn sepah buat yg lagi best :))
BalasPadamsetuju dengan ulasan anda. jozan merupakan pilihan saya minggu ini, kerna menampilkan lawak bernas, fresh, dan penuh isi =)))
BalasPadampersembahan Jambu memang lain daripada kebiasaan dalam setiap minggu. Jozan pun semestinya best cuma minggu ke-4 ni meter lawak diorang akan mendatar pada awal2 kemunculan..masuk pertengahan barulah start naik. yg lain pun bagus cuma kena tingkatkan lagi kalau nak kejar title maharaja lawak :)
BalasPadamminggu ke-4 ni tak sempat nak layan lagi tapi setakat ni terhibur dengan Sepah...
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com