PERHATIAN : Kisah Di Bawah Adalah Berdasarkan Kisah Benar Yang Telah Diolah, Dirombak Dan Diubah Untuk Menyedapkan Jalan Cerita.
Pada suatu ketika dahulu lah tersebutlah kisah seorang jejaka yang kacak sedang melayari muka buku beliau dengan begitu gembira sekali. Tiba - tiba dia terpandang satu benda berwarna merah.
Rupa - rupanya ada seorang gadis yang cuba untuk berkenalan dengannya. Jejaka tersebut yang tidak tahu apa - apa dan tanpa usul periksa pun terus bersetuju untuk berkenalan dengan gadis tersebut.
Sapaan jejaka tersebut tidak dibalas tetapi jejaka itu tak kisah pun. Beliau meneruskan aktivitinya seperti biasa. Selang 2-3 jam selepas itu tiba - tiba gadis itu menegurnya di ruangan kotak sembang.
Gadis itu menyoal beliau dengan beberapa soalan seperti,"Boleh saya tahu adakah awak belajar di sekian dan sekian? Awak siapa?". Jejaka kacak itu menjawab dengan sebaik mungkin dan disebabkan jejaka itu tidak mengenali gadis tersebut maka jejaka itu dengan rajinnya menaip dengan bertanya,"Boleh saya tahu awak nih siapa?"
Entah kenapa tiba - tiba gadis tersebut melenting,"Kenapa awak tanya macam tu dekat saya? Bukankah muka buku ini sesuatu yang umum. Sesiapa pun boleh berkawan? Kalau awak tak suka saya kenapa awak terima saya jadi kawan awak di muka buku nih? Baik tak payah approve saya! Padam jer lah saya dari muka buku awak! Menyesal saya buat keputusan nak berkenalan dengan awak!!"
Jejaka kacak yang pada mulanya tadi tiada rasa amarah tiba - tiba terasa panas mencengkam kepala dan dengan lajunya menaip,"Hoi, Bodoh! Yang kau nih tetiba nak melenting apa kejadahnya perempuan!! Aku tanya kau siapa sebab aku tak kenal kau lah bodoh! Kalau aku kenal buat apa aku tanya kau!"
Gadis itu melenting lagi,"Wah, cantiknya bahasa awak! Tak sangka awak layan saya macam nih!"
Jejaka kacak pula membalas,"Sesuai lah dengan kau! Bukannya otak kau di lutut tetapi kau sememangnya tak ada otak! Bukankah muka buku ini bersifat umum seperti yang kau katakan tadi! Kau bertanyakan aku soalan dan tak salah pun jika aku tanya kembali atau adakah kau nih sebenarnya psycho?"
Gadis itu melenting kembali,"Sudahlah! Kau padam aku segera dari muka buku kau!"
Jejaka kacak pula dengan bangganya berkata,"Kau ingat aku terhegeh - hegeh ker nak kenal kau? Kau yang tergedik - gedik nak kenal aku! Jangankan padam kau dari senarai rakan muka buku aku! Lebih dari itu aku akan buat khas untuk kau!"
Maka jejaka tersebut pun memadam serta menghadiahkan 2 lagi benda untuk gadis bertuah tersebut iaitu menjadikan gadis itu sebagai Spam dan menghalang gadis itu selama - lamanya dari melihat profil muka bukunya. Kesimpulannya, walaupun manusia itu kelihatan sempurna dan pandai menggunakan teknologi tetapi tidak semestinya manusia tersebut bijak. Buktinya anda boleh lihat pada watak gadis gila di dalam kisah di atas.
P/S : Kasihan Pada Jejaka Kacak Kerana Terpaksa Melayan Kerenah Gadis Gila Tersebut! Hahahaahaha!
hahahaa.. bangang je rase..
BalasPadamaduhai..macam2 kerenah la. perempuan tu pun satu..apa kes emo2 nie? adoi..sebab itu ak tak suka berkenalan di fb pasai tak kenal dan susah untuk bermesra
BalasPadamassalam...hahaha,kecian pun ada, lawak pun ada...
BalasPadamaku turut bersimpati.. hahahaha..
BalasPadamsiapa la lelaki kacak yang malang tu ea..
nak padam 'api' kena simbah dengan 'air'.. kalau simbah 'minyak tanah', makin marak lah. terbakor...
penah kena... sedih2.. tetibe dia yg meleting.. padahal dia yg add.. :kecewa
BalasPadamaku pun rase cam dah pernah kena..tp xdelah ckp cam laki 2..ckp ok fine sudah..hehee
BalasPadamapa lah cantik sangat bahasa nak melenting dengan kita dulu. rilek2 dah la..
BalasPadamjangan ingat dekat fb ni semua orang nak berkawan sangat. dia approve tu pun dah kira nasib baik. kalau tak approve macam aku ni ha, padan muka.kah kah..
cerita nie realiti @ tidak
BalasPadamklu realiti
jum kita bakor jaa ppuan 2
hanya lelaki kacak yang faham perasaan lelaki kacak lain.
BalasPadamdan nasib baik aku faham :)
haha..
BalasPadamtak penah kene, tapi cam kelakar jea..
grrrr..haha....perempuan ni nampak sangat la...
BalasPadamadoi....malu-malu...ni kisah sape ni??ke kisah hans si jejaka kacak??hehehe
peliknya perempuan tuh.
BalasPadamkesian jejaka kacak tu yer.. huhu...jgn dilayan org yg cepat melenting.. nnt lg panass
BalasPadamhehe..kisah benar ker ni?
BalasPadamaku rasa pempuan tu ada msalah mental la..muahahaha
BalasPadamkesimpulan
BalasPadamjgn aprove org y kt xkenal
sekian;-p
ishiko : hahaha..tu la pasal
BalasPadamAmir Izzat : hahaha...ayat tu diubah kepada berkenalan...sebenarnya approve request jer..kikuikui
Adamxis : lawak ek? kehkehkehkeh
Asada : dah api bertemu api...kuikui
Fariq : hahaha...kenapa sedih plak dah?
Norshim : laki tu pun tak ada cakap macam tu pun...cuba baca ayat warna merah pada permulaan cerita untuk lebih memahami
nizam : hahaha...tu la pasal
Mie : realiti cuma diubah sikit...bako jer
Kap : Give me 5!
Izzah : kalau kamu kena mesti kamu rasa tak kelakar...hahaha
C-tea : haahha....mungkin
Cik Fara : itu la pasal..pelik kan?
C.M.A : Itu la pasal...ksian jejaka kacak
Wida : based on true story
Syuwai : aku pun berfikiran sama macam ko..hehehehe
Hasni : tak approve nanti di kata sombong..kalau approve jumpa pula manusia tak betul macam tu..hahaha...hidup nih penuh dengan risiko tapi kadang2 menarik.. :-)
haha.better jd stalker dr jd pemarah mcm si gadis ni.haha =D
BalasPadambudak katak : hahaha...tahu xper
BalasPadamha ha macam gini pun ada..
BalasPadamhehehe... ada jgk org mcm ni ye.
BalasPadampompuan tu desperate kot!!! cari kenalan utk dijadikan boyfren.
pelik betul perempuan tuh, tetiba je marah. tak betul agaknya.
BalasPadamLatest Entri :
Resepi Kek Coklat
hakhakhak. ade jugak orang macam tu kat dunia ni. teruk betul~
BalasPadamhaha..sapekah jejaka tersebut... x pasal2 je kan..mcm terdesak sgt gal tu..=)
BalasPadamRelax Bro...
BalasPadamMakanan terlarang
kerek gila perempuan tuh! huhu!
BalasPadamShakRoil Entertainment
hahahaa.. sbr jela.. ak pun x ter approve kwn2 kt fb..
BalasPadamahaha..kelakar lah... ape da perempuan tu...
BalasPadamaku tak paham apsal minah tu boleh emo tetiba. gila eh? haha.
BalasPadambtw, apa boleh buat. benda2 macam ni memang slalu terjadi kepada jejaka2 kacak seperti kita. so, kena la terima hakikat.
rasanya hormon estrogen dalam badan dia tak stabil tu kot. tak pun dia hilang ingatan sekejap ter add kamu..haha
BalasPadamSabo je la
gedik sungguh pompuan tu
BalasPadamdua2 sama je emo,hahah
kasihan
BalasPadamperghh tak pernah aku terpikir cerita macam ni.. kreatif ar bro.. cam ada pengalaman je ni haha
BalasPadamfanatik hanss haha
BalasPadamnak wat cne? ko kacak sangat... wahahahhahaha
BalasPadamhaha...tendang jauh2 sudaa owg cm tue...ak pon ade block owg...sbb ak fikir,die dah ngate ak mcm2,dah ak remove t'hegeh2 mau add kite balek...ibarat jilat ludah die balek...0uh! kasar x...? haha
BalasPadamhaha...adeii kesian jejaka kacak
BalasPadamperghhh tanya siapa pun dah melenting ke? ayoyooo...
BalasPadamsepatutnya jawab je la. sebab kita tak kenal la kita nak tahu dia siapa kan.
dunia dunia... hehhe...
haha sengal nye pompan.
BalasPadamhuhuhu
:D
haha. macam tu la nasib org kacak kan. susah kan hanz jadi kacak ni?? kah3
BalasPadamhaha..cepat benar dua2 marah.
BalasPadamhaha~ adoi.. phsyco toi.. melenting ta pasal2
BalasPadambudi bahasa budaya kita...tetiba kan..
BalasPadamsorry tetiba leh lak tersesat kat sini..salam ziarah..:)
bakor aje
BalasPadamololo..yg dop p gatal add org tu pe pasal..lps tu nk marah2..
BalasPadammungkin die dah minat sgt dgn laki kacak tu kot..
BalasPadamhaha . 2 2 same je ! sorang mengamuk , sorang mengamuk balik . jodoh tu hanz jodoh , bek kau add dia blk
BalasPadamdah rasa pun pengalaman kat atas nie tapi sy perempuan bertemu perempuan
BalasPadam-___-
sengalnyerrr wanita tersebut -_-''
BalasPadamtapi muka buku ni memang banyak bahana kalau xreti nak gunakannya secara berhemah. hmm.
aku geram baca hans... grrrrrrrrrr bako dier hehhee
BalasPadamHumangaaaiii ... Ada ke orang camni... PElik,pelik ... KAt FB pun nak bergaduh ... Ish,ish,ish ...
BalasPadamhokalohh....bahase pempuan cengitu skali...dasat!
BalasPadamdia tu orang ke ape?
BalasPadamApple | Steve Job cakap esok keluar iPhone 4 versi KEMBOJA PUTIH?
weh aku nk add fb ko r..hihi..tp jgn risau.aku warassss.hehe
BalasPadampelik2 kan..kalau kene kat sape2 pun bengang.huhu agak2 jejaka kacak lagilah bengang ye..hehe
BalasPadamwahh secret admiree tue hanss..gile talakss kot..
BalasPadamtue psl sis xsuke add org yg xkenal tkut jd cmne..xpun dia sbnrnye nak stalk kite jee..haihh xsuke nyee..no privasii..
jejaka kacak tu hans ke? hehehe...
BalasPadammacam2 ragam orang skang ni.. tak paham betul...
wow..ada juga org macam ni..pity her..haha
BalasPadamhaha..macam macam
BalasPadamhahhaa.. tak pasal2 dua2 pun hangin dan tak pasal2 pompuan tu kena block. sama kes macam dulu dkt fb. tpi dulu budak laki nak add sya.
BalasPadamdia suruh sya add dia balik sbb dia xdpt add sya. sya pun ckp la kenapa nak suruh add awak. sya tak kenal awak. sya pun bgitaw reason knapa sya tak add orang yg xkenal dan dia marah2. heh? apa kejadah budak laki tu nak marah. ikut suka hati la nak add ke tak. itu pun nak gaduh. hampeh tul!
haha2!..mcm2 ragam ler...
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com