Kecewa Sedikit

Pagi tadi aku mendapat satu peluang yang cukup istimewa. Peluang yang bukan semua orang dapat yang mana aku sendiri pun masih pelik macam mana aku berpeluang merasa peluang itu. Mungkin itu rezeki kerana hanya Allah yang tahu apa akan berlaku terhadap insan lain.

Manusia selalunya akan mencari satu alasan untuk mempertahankan apa yang mereka cakap. Begitu juga aku dengan menjadikan alasan demam sebagai salah satu sebab aku kelihatan teruk hari ini. Memang betul aku demam tetapi apa yang membuatkan aku kecewa ialah peluang untuk pergi ke sebuah negara yang aku impi - impikan sejak dari dahulu sudah ada di depan mata tetapi aku juga yang telah memusnahkan impian tersebut.




Kecewa kerana aku tak sangka langsung negara tersebut merupakan salah satu negara yang termasuk di dalam beberapa tempat yang boleh dipilih oleh aku untuk belajar. Lebih kecewa kerana aku dapat tahu perkara tersebut di saat - saat akhir. Memang aku kelihatan teruk sangat sebentar tadi dihadapan 3 orang panel. Aku tak kecewa pun kalau tak dapat sebab aku tahu memang aku tak akan dapat pun berdasarkan tahap keyakinan aku tadi cuma aku kecewa sedikit dengan diri aku sendiri yang dah melepaskan peluang yang aku idam - idamkan selama nih.

Kecewa betul bila kelihatan bodoh atau tak berguna di depan orang lain sedangkan aku tahu sebenarnya aku boleh buat lebih baik daripada tadi! Tak kisahlah! Nanti aku nak kumpul duit sendiri lah pergi Brunei Darussalam. Jumpa lain kali yer negara borneo!

P/S : Kalau Tahu Macam Nih Baik Aku Tak Payah Pergi Pagi Tadi.

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sabar jelah hans =) mungkin ada rahmat sebaliknya =)

    BalasPadam
  2. relek r bro... hehehe bukan rezeki r tuh, mana tau ada rezeki ke tempat lain ye dak?

    BalasPadam
  3. ada hikmahnya tu hans, redha ja la ea ^___^

    BalasPadam
  4. sabar bro..masih ade lagi peluang untuk ko..
    teruskan berusaha bro..chaiyok3!!

    BalasPadam
  5. takpa, bukan rezeki kmu buat masa ni..insyaAllah, mesti ada yg terbaik lagi utk kmu nnti :)

    BalasPadam
  6. kecewa.... xpe la hans.. bukan rezeki lagi la tuu...

    BalasPadam
  7. kecewa.... xpe la hans.. bukan rezeki lagi la tuu...

    BalasPadam
  8. sabar je..mungkin xde rezeki...xsemestinya belajar negara org tu bgus..

    BalasPadam
  9. sabar..tuhan nak uji tu kesabaran

    BalasPadam
  10. hans, tak baik mengeluh macam ni. dah tak ade rezeki, insyaAllah ada yg baik2 nanti utk kamu.
    btw, MN tag hans..silalah buat ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama