Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 6



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Tiada


Ulasan Hans:

Pada episod kali ini, tema yang diberikan adalah bebas dan persembahan kebanyakan para peserta pada minggu ini bagi aku sangat menarik dan cukup menghiburkan kerana ada beberapa idea dan persembahan yang agak unik dan segar. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-6 ini.


Kumpulan Balas


Persembahan kumpulan Balas pada episod kali ini hampir membanggakan aku secara keseluruhannya cuma sayang sekali ianya dihancurkan oleh pengakhiran lawak mereka. Mereka bermula dengan lawak yang bagi aku sangat lain daripada kebiasaan yang selalu mereka persembahkan. Lawak yang mulai menunjukkan kematangan dan cukup selamba. Aku ketawa dengan sendiri tanpa perlu dipaksa cuma aku kecewa apabila tiba di adegan terakhir dimana mereka cuba untuk membuat penonton ketawa dengan lawak yang pernah aku dengari. Aku tidak kisah dengan lawak daripada majalah atau mana - mana sumber pun tetapi seperti sayangnya permulaan yang bagi aku begitu menarik dan tersusun pada permulaan persembahan mereka yang menunjukkan aksi mereka semakin matang musnah di pengakhirannya kerana mungkin tekanan untuk membuatkan penonton ketawa. Apa - apapun, persembahan kumpulan Balas semakin baik dan tahniah diucapkan kepada mereka. Bak kata Ahmad Idham, teruskan kematangan pada permulaan persembahan itu pada minggu berikutnya.


Kumpulan Jozan


Persembahan kumpulan Jozan pada minggu ini bagi aku kurang menarik dan sedikit mengecewakan. Berbanding dengan 3 persembahan terdahulu, aksi mereka pada minggu ini langsung tidak menggeletek hati aku untuk ketawa. Lawak yang dipersembahkan pada minggu ini juga tidak mempunyai sebarang mesej yang boleh dibanggakan. Pada akhir lawak mereka terdapat sedikit aksi lucu tetapi itu masih belum memadai untuk membuktikan mereka layak untuk berada di tangga pertama. Kumpulan Jozan! Tolonglah bangkit kembali dan berikan aksi terbaik kalian! Aku menanti persembahan yang mantap seperti 3 episod terdahulu pada minggu hadapan. Semoga berjaya di minggu seterusnya!


Nabil


Persembahan Nabil pada minggu ini sangat menarik. Menggunakan pendekatan Stand Up Comedian dan bermodalkan GPS sebagai tema persembahannya pada episod kali ini memang tepat dan kena pada masanya. Jikalau minggu lepas Nabil kelihatan tenggelam dengan lawak beliau sendiri namun pada episod kali ini Nabil kembali bangkit dengan aksi yang sangat menghiburkan. Aku ketawa besar apabila tibanya pada adegan GPS berkata 'Kiri Duri...Kanan Pun Berduri'. Hahahaha! Memang lucu! Apa - apapun, tahniah Nabil! Anda menghidupkan Maharaja Lawak pada minggu ini! Moga persembahan anda semakin menarik dan menghiburkan pada minggu hadapan!


Amir


Persembahan Amir pada minggu ini pula aku rasa macam malas sangat nak memberi sebarang komen. Apa yang aku nak cakap ialah Amir nih sebenarnya seorang yang penuh dengan idea dan mesej - mesej yang cuba disampaikannya sebenarnya menarik cuma mungkin sama ada mesej itu terlampau banyak sehingga dia tidak tahu yang mana satu perlu diberi keutamaan atau mungkin juga dia sebenarnya bukanlah dilahirkan untuk menjadi seorang pelawak. Bosanlah Amir! Lawak anda tak menjadi langsung! I'm Sorryyyyyyyyy!


Kumpulan Jambu


Kumpulan Jambu sekali lagi tampil dengan idea yang unik pada minggu ini. Mengambil sukan sebagai tema persembahan mereka membuatkan persembahan mereka kali ini sangat mantap kerana ini adalah lawak yang pertama kali dipersembahkan di dalam Maharaja Lawak dengan bentuk yang sebegini rupa. Langsung tidak menggunakan sebarang props tetapi aku seolah - olah sedang melihat meja ping pong, bulu tangkis, bola bowling dan sebagainya ada di atas pentas. Hahahaha. Mimik muka Yus dan Taugeh menjadikan persembahan mereka mampu difahami oleh penonton dengan mudah dan penonton ketawa dengan sendirinya apabila menonton gelagat mereka berdua ini di pentas. Tahniah kumpulan Jambu! Kalian memang hebat dan berbakat dalam menghiburkan penonton secara spontan. Aku sangat terhibur! Tahniah!


Man

 
Persembahn Man pada minggu ini nampaknya ada peningkatan yang sangat baik. Man kembali tampil dengan persembahan yang cukup bertenaga walaupun pada permulaan persembahannya kelihatan lesu sedikit. Kekuatan Man barangkali dengan meniru karakter manusia yang terkenal dan untuk minggu ini beliau mengambil watak Chef Wan sebagai 'mangsa' untuk persembahannya. Namun, mungkin kerana kebanyakkan watak yang dipersembahkan beliau ini sebenarnya pernah digunakan oleh Johan untuk bahan jenakanya suatu masa dulu menyebabkan tahap kepuasan untuk menonton persembahan Man ini kurang sedikit. Apa - apapun, masih menghiburkan dan tahniah Man! Persembahan yang baik pada minggu ini!


Kumpulan Sepah


Persembahan kumpulan Sepah pada minggu ini memang menghiburkan. Menggunakan ayat 'Saya Nak Barang' untuk mencetuskan humor dalam diri penonton sememangnya berjaya dilakukan mereka pada malam ini. Jadi, aku tidak faham kenapa Ahmad Idham berkata mereka perlu mengurangkan dialog yang diucapkan kerana kononnya dialog mereka terlalu banyak. Bagi aku sendiri, sebenarnya jumlah dialog kumpulan ini sememangnya sudah mencukupi dan cukup sesuai untuk memberi keadilan kepada ketiga - tiga orang mereka untuk memberi persembahan dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Lagi satu, apa yang aku lihat dialog mereka disusun cukup kemas dan dialog mereka hampir 80% mengundang hilai ketawa daripada para penonton. Jadi, aku merasakan persembahan kumpulan Sepah pada episod keenam ini sangat menghiburkan dan terbaik. Tahniah Sepah! Susunan kata yang cukup spontan tetapi logik dan yang paling penting menghiburkan! Tahniah!


Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Keenam :

  1. Sepah
  2. Jambu
  3. Nabil
  4. Balas
  5. Jozan
  6. Man
  7. Amir

P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

18 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. setuju ^________________^

    cuma kurg setuju dgn astro untuk gunakan mekanisma baru dgn membiar peserta pilih sape patut keluar. itu mg xstuju. hee.

    BalasPadam
  2. aku tergelak baca komen hg pasal kumpulan jambu..

    walaupun aku tak tengok tapi aku bleh rasa yg depa memang lawak malam ni hehe

    BalasPadam
  3. aku rasa ko memang layak jadi juri maharaja lawak ni la. haha (blog aku takde entri baru, ko jgn bising pulak bila tgk blog aku nnt) haha

    BalasPadam
  4. orang kampung aku mmg tetap the best..hihihi

    tpi tetap x puas ati amir x kluar

    BalasPadam
  5. aku setuju ngan ko..jozan minggu ni xlawak..

    BalasPadam
  6. kalau aku tak letak Amir tempat ke tujuh.
    dia layak nombor satu.
    kategori sekadar untuk hiasan.

    BalasPadam
  7. amir x kuar2...tiba2 jadi tension pulak.hehe

    BalasPadam
  8. best2 semalam..kebanyakan sume best..kecuali si amir..hehe
    kalau pilihan ezay 1-jambu 2-nabil 3-sepah 4-balas 5-man 6-jozan 7-amir

    jozan tenggelam minggu ni dek kerana jambu mmg best..man dan nabil berjaya buat comeback

    BalasPadam
  9. saya suke sepah... hahaha. the best group everrr =) syuibbbb oh syuibbb


    Psss.. Sorry lama tak jengokk.. Haiiiiiiii

    BalasPadam
  10. aku pun tak suka dengan amir tu.. langsung tak buat aku nak ketawa!

    BalasPadam
  11. kdang2 lawak spontan itu lbh baik dan mnarik..
    pling x best bila pelawak rasa ia lawak, ia yg snyum dan ketawa tp kita yg nengoknya berkerut2 dahi pula..

    BalasPadam
  12. awok dah kabo, awok nak semunyeeee....pink!

    BalasPadam
  13. balas memang selalu amik lawak dalam majalah pon. jambu best. nabil pon best. sepah pon best. jozan kadang2 je best. man ok lah. amir huh entah bila nak keluar. cakap laju tak paham kadang2 syok sendiri :P

    BalasPadam
  14. alahai.. tak best arr.. kat sini takde tb.. tak dapat tgk...

    BalasPadam
  15. boleh2 saya terlupa nk tgk maharaja lawak semalam huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama