Assalammualaikum kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Pada hari yang indah dan permai nih gua ingin lah menaip serba sedikit berkenaan tajuk di atas. Gua ingin berpesan pada pembaca sekalian serta diri gua sendiri apabila kita nanti sudah bekerjaya jangan sesekali kita lokek, kedekut mahu pun berkira dengan ibu bapa kita sendiri walaupun kita tahu mereka berduit.
Berilah sedikit hasil pendapatan yang kita dapat kerana kadang - kadang kita tak tahu kesusahan yang ibu bapa kita alami. Mungkin kadang - kadang ibu bapa kita senang tapi apa salahnya kita gantikan wang dengan perkara lain seperti makanan atau sebagainya asalkan tidak menyalahi hukum Islam dan dalam masa yang sama kita berkongsi hasil rezeki kita yang berpunca dari sumber yang halal itu dengan mereka.
Jangan takut atau risau duit gaji anda akan habis kerana insyaallah hidup anda akan lebih berkat dengan berkongsi hasil keringat anda dengan ibu bapa anda. Lagi pun kedua - dua insan itulah yang selama ini membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tanpa berkira apa - apapun dengan kita. Senang cakap jangan sesekali kita terlalu kedekut dengan ibu bapa sendiri. Insyaallah, hidup kita selamat dunia dan akhirat. Tak akan pernah rugi sekali pun berkongsi rezeki dengan ibu bapa sendiri.
kalau mmg rezeki lebih takkan berkira dengan famili. InsyaAllah
BalasPadamKedua ibu bapa membesarkan kita.. Sepatutnya kita berterima kaseh dengan mereka walaupun dengan sedikit hasil titik peluh kita bekerja..
BalasPadamAlexandriana : bukannya kira rezeki lebih ker tak...kalau rezeki tu kita rasa tak cukup pun mesti beri juga pada mak ayah...jgn risau sebab keberkatan hidup tu pasti ada...susah2 dahulu akhirnya senang dikemudian hari
BalasPadamamir : betul tu
ye btul..ibu bapalah yg bersusah payah membesarkan kita..jasa mereka memang tidak dapat dibalas walaupun dgn wang ringgit
BalasPadamsemoga dpt keje cepat bro..
BalasPadamSetuju ape yg Hans katakan dlm entry kali ni. Jgn lupakan mak bapak kita yg bersusah payah membesarkan kita kan. Ni idak, dah keroje beli lappy mahal2, beli henpon canggih-manggih, beli kemre yang mahal2 berat tapi nak bagi mak bapak duit pun susah.. Betul tak? Tak semua le tapi mmg ade hehe :)
BalasPadambetul2..setuju sgt...tak kesah la bpe byk jumlah tu, yg penting ikhlas...=))
BalasPadamterima kasih atas nasihat anda..sgt setuju dgn pendapat anda
BalasPadambetul. kalo dpt kirim ckit pon jadi la. keberkatan 2 InsyaAllah ada. kalo ikutkan nk dpt gaji besa br nk kirim, haih,,, mmg x pnah nk ckup.
BalasPadamzeri : betul tu zeri
BalasPadamyup..betol tu..jangan lokek dgn mak ayah... kita kena sntiasa fikir..dan ingat... masa kita kecil smpai dewasa..hingga menjadi manusia yg berjaya.. semua tu atas pertolongan siapa.. mak & ayah..sanggup gadaikan kesenangan dan kemewahan diri sendiri semata2 utk lihat anak bahagia dan gembira.. jadi apa laa salaha kalau kita pula membalas jasa mereka kan...
BalasPadamsalam..
BalasPadamBetul tuh..yg laki jangan plak habiskan duit utk awek plak..utamakan ibubapa dulu okey..he..hee
betul tu, kalo dyeorg tanak, mskkn dlm akaun jep.. huhuu^^
BalasPadamsangat setuju!!!!! jangan lupe macam mane ibu ayah kite berhabis duit membesarkan kite kan hans?
BalasPadambagus niat hans tu. semoga jadi anak lelaki yang mengenang budi :)
BalasPadambetul2.. biar banyak mana gaji yg kita dpt.. ibu bapa kita jgn sesekali dilupakan.. haih lama dah tak bg mak ayah ni... rasa nak keje balik jer.. =]
BalasPadamthanks atas ingatannya..hehe nnti sy bila dh keja, dpt gaji sulung, msti bagi kt mak ! :)
BalasPadamSetuju!!! sebab dulu pown ibu bapa x pena lokek ngan kita kan? ^___^
BalasPadamsaya tak suka orang yang kedekut,trutama kepada kluarga,
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com