Review Filem : Dalam Mihrab Cinta

Filem:
Dalam Mihrab Cinta

Pengarah:
Habiburahman El Shirazi

Genre:
Keagamaan

Pelakon:
Dude Harlino, Meyda Safira, Asmirandah,
Boy Hamzah, El Manik, Niniek L.Karim & Etc.

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah pondok agama yang sangat jujur dan baik budi pekerti iaitu Syamsul Hadi yang difitnah mencuri dompet Burhan, rakan sebiliknya sedangkan sebenarnya Burhan yang meminta tolong Syamsul Hadi untuk mengambil dompetnya yang kononnya dikatakan tertinggal di bilik. Syamsul Hadi tidak mengaku dan bersumpah laknat namun Burhan juga melakukan perkara yang sama. Tanpa siasatan yang lengkap maka Syamsul Hadi dipukul serta kepalanya digondolkan sebelum dihalau daripada sekolah pondok tersebut.

 Kekecewaan Adik Perempuan Syamsul Hadi

Keluarga Syamsul Hadi pula sangat terkejut, marah dan kecewa dan percaya bahawa Syamsul Hadi memang mencuri. Hanya ibu dan adik perempuannya sahaja yang mempercayai bahawa Syamsul Hadi tidak melakukan perkara terkutuk itu. Akibat kecewa dengan sikap bapa dan abang - abangnya maka Syamsul Hadi keluar dari rumah dan merantau ke ibu kota. Disana, beliau cuba mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya namun tidak berjaya. Akhirnya, akibat desakan hidup beliau mula menjadi penyeluk saku tetapi cubaan pertama tidak berjaya. Beliau ditangkap oleh orang ramai dan dimasukkan ke dalam penjara.

Watak Syamsul Hadi Dan Zizi Pada Babak Awal Filem Ini

Apabila bebas daripada penjara, beliau kembali mencari pekerjaan tetapi hasilnya tetap juga sama. Beliau langsung tidak diterima untuk bekerja di mana - mana dan akhirnya beliau mengambil keputusan untuk menjadi penyeluk saku kembali tetapi di dalam masa yang menjadi ustaz yang mengajar Al - Quran dan memberi ceramah di surau. Akhirnya, atas satu perkara beliau telah bertaubat dan insaf dari melakukan kerja - kerja mencuri namun kedatangan Burhan yang cuba untuk merosakkan imej Syamsul Hadi membuatkan beliau sedikit gusar.

 Mampukah Silvi Menerima Sejarah Lampau
Syamsul Hadi Sebagai Penyeluk Saku?

Mampukah orang ramai menerima kisah silam Ustaz Syamsul Hadi? Adakah mereka rasa seorang penyeluk saku layak untuk bergelar ustaz? Adakah keluarga Syamsul Hadi akan menerima kembali beliau? Siapakah di antara dua gadis iaitu Zizi dan Silvi yang menjadi pilihan Syamsul Hadi? Saksikan filem ini sendiri untuk mengetahui jawapannya.

Ulasan Hans:
Filem ini sangat menarik kerana ia menunjukkan perjalanan hidup seorang lelaki yang cukup baik dan jujur namun tiba - tiba menjadi mangsa fitnah seorang rakan sebilik yang boleh dikatakan agak rapat dan tanpa usul periksa dia dihalau dan dimalukan dihadapan pelajar - pelajar lain. Apabila Syamsul Hadi menjadi mangsa fitnah sememangnya tiada orang lain lagi yang mampu diharapkan melainkan sokongan daripada ahli keluarga sendiri tetapi jika ahli keluarga juga sudah tidak mempercayai dan membencinya lagi apalagi yang boleh dilakukan atau dibuktikan.

 Syamsul Hadi Menerima Hukuman Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukannya

Kadang - kadang apabila hidup ini terlalu terdesak, perkara yang sebelum ini kita pandang sebagai salah atau jika dilakukan sangat lah berdosa besar namun demi kelangsungan hidup maka Syamsul Hadi terpaksa juga 'menghalalkan' semua itu dengan menjadi penyeluk saku. Disinilah yang membuatkan filem ini sangat menarik kerana Syamsul Hadi menyedari bahawa perkara itu sebenarnya sangat salah disisi agama dan diri beliau berasa sangat serba salah dengan apa yang beliau sedang lakukan tetapi beliau terpaksa melakukannya akibat desakan hidup. Jadi, apabila sudah menjadi penyeluk saku maka orang lain akan mengakui bahawa kejadian fitnah yang melanda Syamsul Hadi sebelum ini adalah benar. Dan cerita ini menjadi lebih menarik apabila watak Syamsul Hadi bergerak melalui dua karakter yang berbeza tetapi bersatu menjadikan karakter ini cukup unik dan kuat. Menjadi penyeluk saku dan di waktu yang sama juga menjadi ustaz dan memberi ceramah serta mengajar Al-Quran.

 Karakter Syamsul Hadi Yang Tersepit Dan Keliru Antara Kejahatan
Menjadi Penyeluk Saku Dan Kemuliaan Sebagai Seorang Ustaz

Aku tertarik dengan satu babak dimana setiap dompet yang dicuri oleh Syamsul Hadi tidak dibuang oleh beliau tetapi sebaliknya disimpan dan nilai setiap duit yang diambil akan ditulis di dalam sebuah buku dan akhirnya kembali dipulangkan kepada tuan yang empunya dengan jumlah yang berganda. Mungkin ini kali pertama aku melihat adegan seperti ini kerana jika dilihat pada filem atau drama - drama di Malaysia sudah semestinya dompet itu akan dibuang di longkang, tong sampah atau pun di tepi jalan. Mungkin kerana filem ini bergenre keagamaan maka babak ini sangat menarik dan menguatkan lagi jalan cerita.

 Pelakon Kanak - Kanak Mereka Memang Berbakat

Mungkin terdapat sedikit kelemahan pada filem ini kerana apabila filem dibuat berdasarkan adaptasi daripada sebuah novel sememangnya naratif dan perjalanan ceritanya sedikit laju dan terkejar namun masih tidak mencacatkan keseluruhan cerita kerana plotnya masih lagi disusun kemas dan penonton masih boleh untuk memahami jalan ceritanya. Aku secara jujurnya tidak berkenan pada babak yang menunjukkan beberapa orang pelajar sekolah pondok membelasah Syamsul Hadi yang dituduh mencuri sedangkan kebenaran masih belum dipastikan dan seolah - olah menonjolkan Islam itu seperti agama yang menyokong keganasan. Namun, mungkin ini didorong oleh jalan cerita yang terdapat di dalam novel tersebut. Apa - apapun, filem ini memang bijak dalam memainkan emosi dan tahniah diucapkan kepada pelakon - pelakonnya yang memang menjiwai karakter masing - masing dengan sehabis baik.

 Watak Antagonis Filem Ini Iaitu Burhan

Inilah perbezaan antara filem bergenre keagamaan dari negara seberang berbanding dengan negara kita. Filem mereka berdurasi hampir 2 jam tetapi mampu menyampaikan pelbagai perkara mahu pun mesej berbanding filem kita(bukan semua tetapi kebanyakkan) yang hanya mampu menyampaikan 1 atau 2 mesej dalam masa 2 jam. Apa - apapun, filem Dalam Mihrab Cinta ini memang menarik untuk ditonton dan moga anda yang menonton akan terhibur dengan jalan ceritanya yang menarik. Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Aku Menonton Filem Indonesia Tetapi
Tidak Berminat Dengan Sinetron Mereka.

23 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Waaaah! Macam menarik je..hehe.. kisah ini menggambarkan apa yg berlaku di dunia sekarang.. DVD dah keluar ke belum?

    BalasPadam
  2. best kot. aku suka banget samak rado

    BalasPadam
  3. wah.. kalo karya kang abik... memang terbaik! lah.. tak sabarnya nak tgk..

    BalasPadam
  4. ala cam best cam xbest hehehe :)

    BalasPadam
  5. Wah. Ada Asmirandah. Best2. Haha...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah sy dah dapat tgok cerita ni last week. pas abes final terus try godek2 kat internet. memang cerita ni best. nak menitis aer mata pun

    BalasPadam
  7. as salam.. ader link tak?? hehehe.. nak harap masuk pwgam msia sure x dpt nk tgk.. hehe

    BalasPadam
  8. kepada yang nak link tu boleh pergi terjah dekat syok.org yer

    BalasPadam
  9. wahhhhh...aku memang menantikan cerita nie...kisah sangat tragis...baru je habis download n baru habis tengok...x sangka ko dah wat review pasal cerita nie...good bro...

    BalasPadam
  10. dah pernah baca cerita ni..mmg bez!

    BalasPadam
  11. kagum dgn hasil karya Habiburahman El Shirazi...

    BalasPadam
  12. ermm nak download ker tidak..ades...

    BalasPadam
  13. filem keagamaan... sounds interesting. mungkin bole cari kat internet kot. hehe. btw nti nak kuar filem keagamaan from m'sia pulak kan by 19hb nti. hee.

    BalasPadam
  14. hehe..semua citer indon skang ni apik tak sempat nak layan

    BalasPadam
  15. cerita ni ok tp ok sgt lah berbanding ayat2 cinta n seangkatan nye..
    ade bnyak kesilapan sket lah..
    dari segi luke2 n jalan cerita ..bapak burhan ditangkap xde pun..last2 tahu dah kena tgkap...
    masih boleh diperbaiki lagi lah...
    cume xpuas hati time syamsul hadi dibelasah oleh manusia2 pengajiannye..
    rase cam xbetol je...xkn lah tempat agama tp xsiasat dulu kesahihan nye..bab2 pukul org laju je dorang..bersorak2 plak 2..kecian kena belasah...

    BalasPadam
  16. macam best je lagi2 ade pelakon ensem tuh :P

    BalasPadam
  17. tak tengok lagi cite ni. tp dengar dah ost dia, bunga bunga cinta, sedapppppppp. hehhehe dah lama x datang komen sini

    BalasPadam
  18. sinetron terlalu byk air mata...pelik aku...

    BalasPadam
  19. Versi Malaysia punya pon saya sudah tengok... Tak ingat apa nama cerita tu.. Hehehe...


    **banyak pengajaran yang dapat kita ambil melalui ceita ne** Chilll :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama