Tajuk Novel:
Syahadah Gadis Ateis
Karya:
Imran Haaz
Bilangan Muka Surat:
377
Harga:
RM16 / RM18
Sinopsis:
"Semua orang bercakap mengenai Tuhan. Tuhan itulah, Tuhan inilah. Semua orang mahu saya menyembah Tuhan. Tetapi, saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak kenal dan nampak. Buktikan Tuhan itu ada!"
Ulasan Hans:
Novel bergenre keagamaan ini amat menarik untuk dibaca. Bermula daripada helaian pertama lagi aku berasa teruja untuk membaca helaian demi helaian untuk mengetahui jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh seorang gadis iaitu Rini kepada seorang lelaki bernama Nizam sewaktu mereka berdua di dalam perjalanan pulang ke kampung dengan menaiki keretapi.
Persoalan - persoalan yang diutarakan oleh Rini aku akui adakalanya terfikir dan bermain - main juga dibenak fikiranku dan alhamdulillah dengan membaca novel ini aku telah mendapat banyak jawapan dan ilmu dengan contoh - contoh yang diberikan yang begitu menarik dan mudah difahami oleh aku. Antara persoalan - persoalan yang diutarakan oleh Rini ialah:
- "Mengapa saya perlu menyembah Allah?"
- "Saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak nampak. Buktikan yang Allah itu ada!"
- "Mengapa Allah? Kenapa bukan tuhan lain?"
- "Kenapa Allah tidak pernah memakbulkan doa - doa saya? Sedangkan Allah berjanji setiap doa yang dipohon hambanya dimakbulan?"
- "Jika Allah maha penyayang, mengapa orang kafir dibakar selama - lamanya di dalam neraka?"
- "Mengapa ada banyak agama di dunia ini? Kenapa tidak satu sahaja dari zaman Nabi Adam?"
- "Awak cakap kitab - kitab agama terdahulu tercemar dengan tulisan - tulisan tangan manusia. Boleh buktikan? Setakat cakap, sesiapa pun boleh cakap. Buktikan!"
- "Saya terbaca dalam banyak media dan internet mengatakan Islam adalah agama yang menindas wanita. Adakah benar?"
- "Jika awak katakan yang Islam itu adil, kenapa hanya lelaki dibenarkan kahwin sehingga empat orang? Sedangkan wanita hanya dibenarkan berkahwin dengan seorang suami. Bukankah itu tidak adil?"
- "Mengapa pula berlaku diskriminasi pada wanita dalam pembahagian harta pusaka? Bukankah Islam mengutamakan hak wanita dalam semua perkara?"
- "Kenapa Allah menyuruh para malaikat dan iblis menyebah Nabi Adam? Sedangkan menyembah makhluk adalah perbuatan mensyirikkan Allah."
- "Apa yang saya tahu, Nabi Muhammad menerima wahyu pertama ketika beliau berumur 40 tahun. Jadi, apa agama Nabi Muhammad sebelum dilantik menjadi rasul?"
- "Mengapakah hukum hudud di dalam Al - Quran seperti terlalu kasar? Bukankah tidak bertamadun hukuman begitu?"
Novel ini memang menarik dan amat bermanfaat. Jadi, aku menyarankan agar kalian semua sudi - sudilah melabur sedikit wang kalian untuk membeli novel ini sebagai salah satu bahan bacaan kamu sebab ada banyak perkara yang apabila aku amati selepas membaca sememangnya kita masih gagal atau tidak sedar tanggungjawab kita kepada agama, keluarga dan diri sendiri. Apa - apapun, selamat membaca kepada sesiapa yang belum membaca atau membeli lagi novel ini.
P/S : Masih Terlalu Banyak Perkara Yang Perlu Dilakukan Untuk Menjadi Mukmin Yang Sejati.
kenapa kau tak bg answer untuk persoalan tu sekali .? sekarang aku tertanya-tanya . aku nk beli novel tu . arghhhhhh . xgune hans . aku dh laaa pokai .
BalasPadamIntan Suhaila : untuk dapat ilmu jangan berkira pasal wang...lagi pun karya orang...kalau dah diceritakan semuanya ibarat aku merompak rezeki yang patut dia dapat...jadi kalau nak tahu silalah beli dan baca.. :-)
BalasPadamDulu penah bace review novel macam ni..tak sure buku yang sama ke tak.
BalasPadamkalau tak silap cover buku tu masa tu, gadis tu free hair.
Entah la, yang pasti puas carik buku ni..tak jumpe2..
fQ : cuba beli secara online...maybe ada
BalasPadamaisey.
BalasPadambaru saja singgah di mph dan popular tadi
kalo entri ni kuar awal
dah pasti terjah buku itu..
menarik..
waahhh macam best jee
BalasPadamhehehehe.suke bace novel ea hans!! rajin :)
BalasPadami read this book already. :) sangat mendalam sebenarnya.
BalasPadammacam best lah..nanti nk pegi MPH la beli !! btw, novel bumi cinta pun best, byk info agama & sejarah blh bljr dr novel tu..tgh berusaha m'habiskn bacaan :)
BalasPadamtunggu aku habiskan buku 'Nikmatnya Alam Perkahwinan'.
BalasPadamselesai, aku pinjam dekat kau :)
tahun lepas aku gila2 beli novel termasuklah novel ni.. tapi aku xbaca lagi.. banyak lg novel yg aku xbaca.. tahun ni mcm malas nak membaca.. tp lepas kau review buat aku nak baca buku ni.. nasib baik ada lg dlm simpanan aku..
BalasPadamaku dah baca habis kawan aku foward dlm email. mula2 malas nak baca, pasal aku bukan minat sangat dengan novel. tapi lepas 2,3 lai muka surat xleh berhenti. insyaalah suatu ketika nanti aku mesti beli sebab sangat bernilai & bagus untuk jadikan panduan hidup.
BalasPadamHans hanis...mcm mn nk dpt kan novel ni.. dh lama sya cari
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com