Ini ialah salah satu segmen yang dianjurkan oleh rakan blog saya yang merupakan seorang guru iaitu Cikgu Zikery Hassan. Jadi, dibawah ini adalah karangan 150 patah perkataan saya.
Kalaulah Aku Seorang Guru
Kalaulah aku seorang guru maka apabila aku menjanjikan kepada pelajar - pelajar aku bahawa mereka akan mendapat hadiah seperti pen dan sebagainya jika mereka mendapat A dalam matapelajaran yang aku ajarkan maka pasti akan kuberikan. Aku tidak mahu pelajar - pelajar aku meninggalkan sekolah sambil menggelarkan aku penipu selama - lamanya kerana tidak menunaikan janji.
Terdapat pelajar yang suka membodek atau berbuat baik dihadapan guru mereka sedangkan di belakang mereka lah sebenarnya hantu. Jadi, aku tidak akan bersikap bias dengan memberi markah yang lebih kepada mereka yang membodek. Aku akan bersikap penyayang terhadap pelajar - pelajar aku dan jika mereka merayu di dalam kertas peperiksaan agar aku menambah markah mereka supaya lulus maka aku akan cuba mempertimbangkannya.
Jika mereka lemah dalam subjek yang aku ajar maka aku akan bantu sehingga berjaya dan jika mereka sudah hebat akan aku bimbing menjadi lebih hebat daripada aku. Cuma sayangnya itu semua hanyalah jika aku seorang pendidik. Kalaulah aku seorang guru alangkah indahnya.
(147 Patah Perkataan)
P/S : Kalau Aku Jadi Guru Mesti Aku Jadi Cikgu Paling Disayangikan. Hahahaha!
thanks hans sudi join segmen aku ;)
BalasPadamkalaulah aku guru besar sekolah yang kau ajar, aku bagi kau anugerah setiap kali hari guru :P
zikery : aku rasa apa kata kau serahkan jawatan guru besar tu dekat aku..lagi okay kut...sekolah lebih maju dan berjaya dibawah bimbingan aku....hahahahaha
BalasPadamwoo hoo!
BalasPadamHans nak jadi cikgu ke?
XD
kalaulah aku seorang guru, akan ku bagi karangan ni 9/10. gune perkataan "bias", tolak satu markah
BalasPadamsyuk : slmt ari guru
BalasPadamzara : KALAU kannnn...hahahaha
omar : erkkk...bias tak ada dalam BM ke?
perghh..bestla cikgu mcm ko..kalo aku jadi murid ko aku akan merayu gila2 kat peper aku..bley dpt A..heheh
BalasPadamye ke guru disayangi??? ke guru paling dibenci?? hehehehhee...
BalasPadammisz myza : setakat teman menjadi cikgu selama nih budak2 yang teman ajar semua suka teman :-)
BalasPadambaiknya ko.. semoga dapat la ko jadi cikgu. err.. ko nak jadi cikgu sungguh ke? :P
BalasPadammacam-macam janji yg diberikan oleh kalaulah aku seorang guru..hahaha
BalasPadamAsada : erk....nama pun kalau...xnak lah...aku nak jadi orang yang boleh travel satu dunia :-)
BalasPadamaku nak jadik guru!! haha
BalasPadamade gaya2 jdi cikgu nie!ahahaha
BalasPadameh eh. slmt jd cikgu. wpun mgkn x. haha
BalasPadamgmbr last tuh menarik giler. haha ^_^
rindu pulak nk sambut hari guru..dh lama x menyambutnyaa
BalasPadamAku bukan lagi "kalau aku jadi guru" tetapi aku "aku bakal guru"...
BalasPadamApa yang aku fikir bila aku menjadi guru nanti, aku boleh memberikan kegembiraan kepada murid. Walaupun murid itu mungkin tidak cemerlang dalam akdemik, aku nak dia berjaya dalam hidup selepas sekolah dan merasakan yang kehidupan sekolah dia adalah suatu saat yang sangat manis sepanjang hidup dia....
ayish : hah...ingat tu..janji ko pada bakal murid2 ko tu
BalasPadammenjadi guru tidak semudah yang disangka..
BalasPadamShaiful Zaidi : tak ada sapa kata mudah haihhhh...memang susah pun...
BalasPadamboley amik janji janji ni tuk kegunaan mse dpn ;)
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com