5 Sebab Kenapa Aku Suka Wordless Wednesday

Gambar Nih Ada Kena Mengena Tak? Sebab Ada Rabu?
Lama Sudah Tun Hans Tak Datang Melawat Kawasan Sini! Hehehehe!


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang comel - comel lagi bergaya(suka betul gua bodek korang). Hah! Berbalik kepada tajuk di atas, kenapa agak - agaknya gua suka sangat dengan Wordless Wednesday nih? Dibawah gua senaraikan beberapa sebab yang buat gua suka sangat pasal Wordless Wednesday nih.



1) Sekeping gambar boleh melambangkan pelbagai perkara tambah - tambah gua memang suka berimaginasi atau berfikir pasal maksud gambar - gambar tu.




2) Suka membaca komen - komen pembaca lain yang cuba meneka, membuat andaian atau apa yang mereka rasa tentang gambar yang gua letakkan di setiap entry Wordless Wednesday.




3) Mengingatkan dan mengajar kita bersyukur pada setiap nikmat yang Allah beri apabila kita melihat gambar keluarga, rakan - rakan, makanan, kesihatan, pemandangan dan lain - lain yang diletakkan di entry blog - blog yang turut serta dalam Wordless Wednesday nih.




4) Boleh mengenali personaliti orang terbabit walaupun mungkin tidak sepenuhnya. Korang tahu personaliti Tun Hans? Hah? Tak Kenal? Okayyyy!!! H = Hans = Handsome!




5) Ringkas dan tak lama pun masa diambil untuk menyiapkan entry Wordless Wednesday janji kita tahu apa kita nak kongsikan dengan pembaca.



Jadi, inilah antara 5 sebab kenapa gua suka Wordless Wednesday! Kepada yang selalu tanya gua macam mana nak join benda nih, senang jer!

1) Korang letakkan tajuk entry korang Wordless Wednesday.
2) Kemudian, korang masukkan gambar apa korang nak letak dalam entry tu.
3) Selepas tu, korang taip lah 3 atau 4 perkataan yang korang nak taip sama ada sebagai caption gambar atau isi tersirat gambar tu.

Selamat ber Wordless Wednesday. Hehehe! Assalammualaikum dan salam sejahtera.

P/S : Masih Tak Mandi Lagi Dan Selamba Jer Keluar Hantar Abah Gua Pergi Bengkel Tadi! Sembur Jer Perfume Terus Macam Dah Mandi! Heheheheheh! (^_^)Y - Ditaip Pada Pukul 12.30 Tengahari!

46 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hoho setuju dgn semua sbb di atas!

    BalasPadam
  2. aku pon suka....

    hang buat loqlaq nowh kuar xmandi

    BalasPadam
  3. wordless wednesday paling senang utk di buat. haha

    BalasPadam
  4. bari fhm maksd wordless wednesday nie..keh3

    BalasPadam
  5. semua ulasan / alasan anda memang tepat :D

    BalasPadam
  6. gambar memberikan seribu gambaran penulis =)

    byk mesej tersirat tu =)

    BalasPadam
  7. cik panadol : gua tak kisah ekau tak setuju point lain..tapi gua terharu lu setuju point 4..hehehe..tq2

    GKSB : macam hang xpenah buat...hahahaha

    zikery : hahaha..tahu xper

    ady : alhamdulillah

    schaze : hahaha.tq2...saya suka anda kata ulasan no 4 tepat..hehehe

    shukri : aku guna DKNY...hohoo..mak aih...ko berus gigi tak? aku berus gigi awal pagi..mandi je malas...hahaha

    azhan : yups..satu gambar jadi banyak makna bergantung pada pemahaman seseorang individu :-)

    BalasPadam
  8. yup, gmbar melambangkan seribu makna.. gmbar juga boleh menarik perhatian seseorang.. walaupun simple ada maknanya kan..

    BalasPadam
  9. one word bout ##WW ni : SIMPLE.. haha

    BalasPadam
  10. ptt la aku asyik bersin ja dr pg td.. ada org xmandi lg.. tak panas ka wehh..

    ohh menarik jgak kn wordless wednesday ni.. xpe2 nt kl rjin aku join

    BalasPadam
  11. tak pernah try wordless wednesday pun.. tapi interesting.. a picture speaks a thousand words :)

    BalasPadam
  12. baru ku tau ape mende Wordless Wednesday nih.. sblm ni sumpah tak tau.. tgu mgu dpn la nak buat entry WW.. haha!!

    BalasPadam
  13. #WW lah masa paling singkat pernah aku buat entry. ehehhe

    BalasPadam
  14. entry paling mudah senang dah cpt..itu laa dia..ngeee

    BalasPadam
  15. A picture tells hundred of stories..:)
    jom tengok post baru shy:
    fakta tentang senyuman korang

    BalasPadam
  16. pekan rabuuuuuuu,wekekekke....... WW bila join best, sebab kalau kita g singgah kat blog yg join WW boleh menimbulkan satu persoalan kat gambar tu... tapi best lah :D

    BalasPadam
  17. WW ni menarik perhatian
    macam-macam ada pada hari rabu
    tak ubah macam pekan rabu kat atas tu,haha

    BalasPadam
  18. suka juga.. tak sbr nk tuggu setiap hari rabu,, hinggakan wat auto publish berlambak tuk hari rabu.. hehe. Tamak

    BalasPadam
  19. eh,sure ke kat muke tak de air liur basi?

    kahkahkah.

    BalasPadam
  20. ohhh mcm tag lah ni..aq mem ikut je..

    BalasPadam
  21. sedang memikirin apa nak diletak dalam wordless wed ni :D

    BalasPadam
  22. haha, suke entri ko ni bro!

    terbaik!! XD

    BalasPadam
  23. eh betul sy pun setuju dgn suma alasan tersebut sb itu sy pun ada join gak buat label wordless wednesday ni haa. cuma da lama xbuat entri je. hehe.

    ps: kebetulan semalam dah buat photoentry. so tgklah nex nex wek ke buat balik label ni. hee =)))

    BalasPadam
  24. x pernh lag buat entry pasal ni...
    t nak try... ^^

    BalasPadam
  25. Ada lagi ker wordless wednesday? Aaa.. Lepas nie aku nak buat jugak lah...

    BalasPadam
  26. ko memang malas mandi ea? hahahaha..

    aku suka wordless wednesday sbb sekejap je buat post. hahaha..

    BalasPadam
  27. dah keje aku menulis jad takleh wordless ar. hahaha

    BalasPadam
  28. 1st time join seronok gak
    lawak bila bace mcm2 komen hee :)

    BalasPadam
  29. K dlm pic #WW5 saya tu bermaksud Kelantan! hehehe :D

    BalasPadam
  30. hans... yup2.. gmbar menyatakan hasrat.. hehe.. mcm geng je aku slalu x mandi gak.. hahaha.. normal la 2

    BalasPadam
  31. myhatiku setuju..#WW nie meaningful kan..cume satu je tak setuju..yg pukul 12.30 tak mandi lagi tuh..aha:P

    BalasPadam
  32. setuju setuju! haha

    gambar mengungkap segalanya. cewahh~

    :P

    ps. lama weh tak datang sini. lalala~

    BalasPadam
  33. hoho... mmng best cara mcm ni... bg gmbar je... senang dan ringkas.. tp msti ada mksud di sebalik gmbar... tkyah taip pnjang2... kan3

    BalasPadam
  34. aku pun suka wordless wednesday sebab aku suka baca tafsiran org lain ttg gnbr tu..

    BalasPadam
  35. setuju sangat..especially gambar kosong..tanpa sebarang dialog kan

    BalasPadam
  36. memang suka buat wordless wednesday sebab senang..hihi.

    BalasPadam
  37. baru first time buat #WW! seronok baca pelbagai komen yang dorang bagi untuk entry tu :D

    BalasPadam
  38. haha..aku tak pernah layan wordless wednesday..

    BalasPadam
  39. anda slalu terjah entry sy dan drop komen ye...thanxx auww...so sy follow anda..nak try r buat wordless wednesday jugak :)

    BalasPadam
  40. aku macam nak buat la pasni...
    senang
    xyah nk tulis panjang2..
    ehehee

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama