Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang dihargai sekalian. Pada hari ini gua nak berkongsi dengan anda semua tentang pandangan gua tentang tajuk di atas. Fokus gua ialah pada bagaimana cara kita menasihati sesama insan. Bila ada perkara yang kita rasa tak betul atau memang terbukti perkara itu bersalah semestinya kita akan tegur si pelaku terbabit bukan. Tetapi, bagaimana caranya kita menegur itu yang menjadi persoalan disini.
Selalunya si pelaku yang membuat kesilapan sama ada mereka ini sedar atau tidak mempunyai ego yang tinggi. Jadi, aku simpulkan mereka disini sebagai api. Kemudian pasti akan ada orang yang mengambil berat untuk cuba menegur mereka yang bersalah ini. Golongan ini selalunya terbahagi kepada 3 iaitu api, air dan angin. Mari kita lihat apa maksudnya api, air dan angin ini.
1) Api atau lebih tepat lagi nasihat yang lebih kepada berbahasa kesat dan tidak ada langsung nasihat yang menyuruh si pelaku agar berubah. Selalunya si pelaku yang melakukan masalah tidak memandang langsung nasihat daripada golongan ini atau pun apabila mendengar atau membaca maka si pelaku akan tetap merasa dirinya betul. Sebagai contoh, si pelaku ditegur kerana mengguna bahasa kesat tetapi yang menegur atau menasihat pun menggunakan bahasa kesat. Jadi, nasihat daripada golongan api ini tidak membawa apa - apa makna melainkan melahirkan lebih kebencian dan membuatkan si pelaku merasa diri mereka betul.
2) Air pula membawa maksud nasihat yang lembut, fakta yang benar dan mendoakan supaya si pelaku berubah ke arah yang positif. Nasihat sebegini selalunya walaupun kadang - kadang susah untuk diterima oleh si pelaku yang melakukan kesalahan tetapi insyaallah mereka pasti akhirnya akan terfikir kata - kata nasihat yang mereka baca daripada golongan air ini. Ini kerana si pelaku selalunya mempunya ego yang amat tinggi dan sukar untuk mengaku kesalahan tetapi apabila menerima nasihat daripada golongan air maka sedikit sebanyak ego mereka ini akan jatuh sedikit demi sedikit.
3) Angin pula membawa maksud nasihat yang kelihatannya baik atau memang baik tetapi sebenarnya secara sengaja atau tidak sengaja mengapi - apikan orang sekeliling serta si pelaku. Kadang - kadang golongan ini tidak sedar bahawa nasihat mereka bukannya memberi kesan positif untuk si pelaku berubah menjadi lebih baik tetapi sebaliknya kerana si pelaku ini selalunya lebih suka mengikut jiwa muda mereka tanpa mempedulikan pandangan orang lain.
Apa - apapun, sama - sama lah kita berdoa agar orang yang melakukan kesalahan diberi hidayah dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Doa agar hatinya dibuka untuk menyedari kesilapan yang dilakukannya. Kadang - kadang kita sebagai penasihat ini terlupa bahawa tidak ada sesiapa di dunia ini yang suka dinasihat dengan cara maki - makian dan dimalukan dihadapan ramai orang termasuklah diri kita sendiri. Cubalah contohi sifat Rasullulah S.A.W yang menasihati dengan lembut sebab selalunya hati yang keras ini mudah cair dengan kata - kata yang lembut dan jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar si pelaku dan kita sendiri dijauhkan daripada melakukan perkara - perkara yang berdosa dan dibenci oleh Allah itu. Assalammualaikum dan salam sejahtera.
P/S : Keruntuhan Moral Remaja Sekarang Semakin Menjadi - Jadi!
Jawab Online Survey & Tebus Mata Ganjaran Anda
Jawab Online Survey & Tebus Mata Ganjaran Anda
mintak2 aku tergolong yg air tu..
BalasPadamfaiz : sama la aku pun...minta2 kita sentiasa tergolong dalam air tu :-))
BalasPadamapi, air dan angin
BalasPadamtu memang ada
tapi yg jadi minyak tanah dan petrol lagi banyak kot bro
kes berat, makin tenat
pena : owh...api,air dan angin tu aku yang klasifikasikan sendiri...ekekke...bab petrol minyak tanah tu lagi dasyat tu :-)
BalasPadamsetuju dengan analogi yg ko gunakan
BalasPadamnice entri bro
good info
BalasPadamsaya suka nasihat kan org dgn cara air tu...
tapi sesekali guna api pun ok gak, kalau guna air tak jadik2 jugak! :)
pena : tq :-)...wah analogi tu..hehe
BalasPadammy little diary : tq :-)
mungkin saya angin kot, yelar saya bagi nasihat kat orang, entah diorang dengar atau buat-buat pekak je. Habis berbuih kita berkhutbah hehe.
BalasPadamnAK jadi Air
BalasPadamSifat tanah takder ke? Kalau dak lengkaplah Kapten Planet.. haha..
BalasPadamhummmm...sy pon tak tau saya yg mana..aishh~~
BalasPadammemang tersangatlah betulnya..
BalasPadamko api ke?
mcm api jeh nih? mcm ade bekas2 salu terbakar je... wakakaka
kaizen : aku batu... :-)
BalasPadamentry ni mmg bersifat air :)
BalasPadammintak2 kite semua nie tergolong dlm golongan yg baik2..nice entry
BalasPadamwoahahahahahaha
BalasPadambatu? cube search pribahasa melayu
salunya batu dikaitkan dengan?
Api! haha
Batu Api! lalalala~
ella : mudah2an..amin
BalasPadamkaizen : ko nih Angin lah...insaf2 la yer :-)
betol tuh.
BalasPadamaku memang tak suka orang tegur aku dengan maki2.
cuba kalau nak bagi nasihat tuh lembut2 sikit.
baru lah boley terima ye tak?
:)
Dalam keadaan tertentu perlu juga api dalam kehidupan..
BalasPadamRasulullah sentiasa lembut dalam kata2 tetapi pernah juga marah ketika agama dipermainkan..
angin paling bahaya...
BalasPadamsaya yang mana satu???kalau di beri pilihan semua nak yang baik2 kan..moga baik selalu..=)
BalasPadamsgt terok moral anak2 muda.. sedih tgk..ape akn jd kat generasi akn dtg..sdn yang skang pon dh terok..
BalasPadamsungguh intelektual post kali ni. (i like)
BalasPadamaku golongan air kan? kan.. kan..
BalasPadamlalala~
hans,bagus info ni.nk share jugak utk diri sndiri.
BalasPadammmg klu org tgh marah-kita siram dia dgn air.tapi bila dah siram berkoyan2 pun dia tak sedar tu yg tiba2 naik hangin dn api memarak tu..aduhai...cam no tu? SABAR...
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com