Cara - Cara Untuk Ingat Nama Kawan Apabila Kita Terlupa - Part 1

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang cemerlang dan terbilang(tak habis - habis gua bodek lu orang semua kan?). Hahahaha! Gua nih aneh sikit! Waktu dapat buffered earning atau orang suka panggil BE dari nuffnang tu gua malas nak update blog tapi bila dah tak dapat baru lah gua rajin nak update blog. Kehkehkehkekeh! Hah! Berbalik pada tajuk diatas nih mesti korang pernah mengalami situasi dimana pada suatu hari waktu korang tengah membeli - belah atau tengah menunggu bas dekat Puduraya ker atau mana - mana lah dan tiba - tiba ada seseorang datang menghampiri dan menegur kalian.

 


Ini bukannya pasal pengemis ker apa ker tapi yang datang tegur tu memang member sekolah korang yang betul tapi nak dijadikan cerita tiba - tiba pula korang boleh tak ingat langsung apa nama member korang yang tegur korang tu sebab zaman korang belajar sama - sama dulu bukannya dia kawan rapat dengan korang sangat pun. Fikir punya fikir! Dahi berkerut - kerut macam tengah meneran tapi masih juga tak ingat nama member korang tu. Jadi, apa agaknya cara terbaik yang korang boleh buat untuk mengetahui nama kawan korang nih tanpa buat kawan korang tu rasa kecil hati sebab korang lupa nama mereka. Jadi, disini gua kongsikan cara pertama melalui kisah rekaan gua nih bagaimana untuk korang ingat balik nama kawan - kawan lama korang tu.


1) Minta Nombor Telefon



Kawan Lama : Walawehhhhh! Oit bro Hansssss! Banyak - banyak tempat dekat Puduraya nih juga aku jumpa kau! Pekabar weihhh?

Hans : Sihat alhamdulillah! Takdirkan nak jumpa dekat sini! Kau amacam? Sihat?(Siapa pula dah mamat nih?)

Kawan Lama : Aku macam nih lah! Macam dulu - dulu juga masa kita sekolah - sekolah dulu! Kau buat apa dekat sini? Nak balik kampung juga ker?

 
Tempat Pertemuan Tun Hans Dan Kawan Lama Beliau

Hans : Eh, tak lah! Aku melawat projek aku dekat sini! Nak pastikan semuanya elok macam apa yang aku nak! Puduraya sekarang berubah wajah sebab aku lah! Kau tak tahu ker?(sambil berfikir siapalah mamat yang dia sedang bercakap nih)

Kawan Lama : Laaaaaaaaaaaa!!! Kau ker Tun Hans yang selalu keluar dekat televisyen dengan surat khabar tu?

Hans : Hehehe! Aku lah tu! Hehehe!(sumpah aku dah lupa siapa mamat nih)

Kawan Lama : Wahhhhhhhh!! Tak sangka kawan aku seorang nih dah berjaya dah! Muda - muda dah dapat gelaran Tun! Hebat! Dulu masa sekolah memanjang ponteng pergi PREP! Tak sangka betul! Hebat lah kau!

Hans : Tak adalah hebat mana! Rezeki murah! Allah yang bagi! Alhamdulillah! Eh, boleh aku minta nombor telefon kau tak?

Kawan Lama : Boleh! Boleh! Takkan tak boleh pula! Tun Hans minta kut! Berbesar hati aku! Nah! Salin nombor aku nih! 015....44...


Hans : Eh! Eh! Kejap - kejap! Jari aku sakit lah! Kau tolong masukkan nombor kau dalam Nokia N26 aku nih kejap. Boleh?(sambil memberi Nokia N26 keluaran paling canggih ketika itu pada mamat tersebut)

Kawan Lama : Walawehhh!!! Canggih gila telefon kau nih! Eh, macam mana nak masukkan nombor nih? Tak pandai lah aku nak guna benda - benda mahal nih!

Hans : Macam nih! Kau tekan sini! Sini! Belok sini...(sambil beri tunjuk ajar)

Kawan Lama : Okay! Faham dah! Hah! Dah siap! Eh, nak aku letak nama aku sekali ker dalam nih?

Hans : Alang - alang tu letak jer lah nama kau sekali! Jari aku sakit nih!(hati tersenyum riang)

Kawan Lama : Okay! Siap! Eh, aku dah lewat nih! Nanti senang - senang kau sms lah aku! Telefon ker! Bila - bila jumpa lagi! Assalammualaikum!

Hans : Okay! Waalaikumsalam! Jumpa lagi yer!(sambil cepat - cepat tengok Nokia N15 beliau)


Keputusannya Ada Dua Iaitu :-

Hans : Lahhhhhhh!!! Mat Nizam rupanya! Alahhh!! Silap aku tak tuntut hutang dia dekat aku dulu! Hutang aku RM2 beli nasi ayam masa fly asrama tapi tak reti juga nak bayar - bayar sampai sekarang. Haihhh!!

Atau

Hans : Eh, mana nih? Tak jumpa pun? Dia save ker tak tadi nih? Asal tak ada pun nama baru dekat senarai nombor - nombor dalam Nokia N15 nih? Arghhhhhhhhh!! Tak jumpaa!!
 
P/S : Amacam? Okay Tak Cara Pertama Nih? Hehehehe! (^_^)Y

23 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bernas gak idea ko ni...hehe

    BalasPadam
  2. hahahahaha... kira boleh la. kalau ko lupa nama aku, siap la ko!

    BalasPadam
  3. ahaa.. xpenah lg la smpai xingat nama.. kl junior or senior tu maybe xingtt.. tp kl member 1 batch tu kl xingat nma betul pn nama gelaran msa skolah dlu mesti ingt punya.. kdg2 sebut nama betul xkenal tp bl sebuat nma gelaran dan2 tahu.. haha

    BalasPadam
  4. hehehe...ok gak kan buat gitu~ memang boleh ikot ni kalo da lupa! hahaha~

    BalasPadam
  5. hahaha.. boleh tahanlah cara ko tu.. aku kadang2 muka ingat tapi nama tak ingat.. hehe..

    BalasPadam
  6. kalau farah pilih jwpan no2 tue,, heheeh... padan muka tun hans tue..=p

    BalasPadam
  7. hahahha terbaik lah! boleh lah dipraktikkan lepas ni :D

    BalasPadam
  8. hahaha.. nak gak la try cara cam ni.. kdang2 bukan inat pun semua kawan2.. lebih kalau kita ni antara yg terfemes kat sekolah.. hahaha

    BalasPadam
  9. mula mula n26, pastu n15. hahaha. aku pun kekadang terlupa gak nama membe. hehe. tmbh2 yg bru kenal. org lain ingat nama aku, aku tak ingat nama depa, wakakaka

    BalasPadam
  10. selalunya klu orang berhutang ngan kita x lupa,kita berhutang ngan orang selalu lupa

    BalasPadam
  11. hahahaha agak menarik tips tu. mgkin patutnya lepas dah suruh save, mintak kawan lama tu tlg miskol skali. alasan: nak makesure no xsalah, alang2 dah save terus je tlg miskol. jari kan sakit ni. hehe =p

    BalasPadam
  12. Dayat : Alzheimer la nih

    Faiz : kan? hehehehe

    Asada : insyaallah ingat punya nama ko bang

    CikTen : nama gelaran senang ingat...hehehe

    Sunah Sakura : hehehe..selamat mengikut

    Syah : muka senang ingat...nama susah ingat

    Farah : pilih je jawapan mana pun

    Myz : selamat mempraktikkannya

    Ikhram : tahu tak per..hidup orang femes nih susah sikit...hahhahah

    Alyaclumsy : nih la orang femes yang sebenar..hahaha

    Ct N Honey : ar ar..betul lah tu

    Mya : Hahahahh...terbaik...betul2

    Tieah : teruknya ko nih..pilih bulu...dah kalau orang tegur ko tegur jer lah balik...jgn sombong...dosa....nama pun nih cerita rekaan..memanglah gua mereka ayat...entah apa2 la ko nih..aiyooo

    BalasPadam
  13. bahahaha..cadangan hebat betul...walhal x igt langsung nama kawan...cover line baik punya~

    BalasPadam
  14. hahaha.. ya kan, idea yg bernas!

    selalu juga kena cam keadaan hans tu.. XD

    BalasPadam
  15. abang hans ...
    jangan lupee nama saya ni sudah laa ekkk :D

    BalasPadam
  16. paling malang kalau keputusannyer jadi yg no.2, hahaha~

    BalasPadam
  17. guna phonebook untuk ingat kembali nama... ok wat.. boleh try next time :)

    BalasPadam
  18. hahaha jue slalu guna cara nie tau Hans
    kdg2 muka ingat
    tp nama lupa
    nak wat camne kan
    kdg jue slalu gak tanya..nak save no pe ni
    fb ada x haha
    tp kekdg lupe pe nama org tu wp dah save
    cam dlm entry Hans ni la
    hahahaha

    BalasPadam
  19. ok gak tu. nak praktik la. hahaha

    BalasPadam
  20. Apa la hans..
    Apapun,aku pun pernah hadapi masalah macam ni juga...cara aku nak ingat,aku borak dia lama sikit2..Padahal masa berborak tu,kepala aku asyik running je mengingatkan nama dia..haha

    BalasPadam
  21. hahhah lawak dowh. ko ni dok melayan je plak kan. kalo aku terus stop jek tnye nama dlu peduli hape aku. hahahha

    BalasPadam
  22. hehe menarik..cara yg terbaekkkk hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama