Juvana Episod 8

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman lagi kacak dan cantik - cantik belaka(bodek kejap). Hohoho! Malam ini seperti biasa drama bersiri paling digerami ramai Juvana akan bersiaran di TV3 tepat jam 9 malam ini. Drama bersiri ini semakin mendapat tempat di hati penonton kerana plot ceritanya semakin berkembang dan bertambah menarik dan banyak persoalan - persoalan sebelum ini telah mula dileraikan satu persatu.




Minggu ini para penonton siri Juvana ini akan didedahkan dengan kisah hitam yang terjadi pada masa lampau terhadap beberapa karakter di dalam drama ini iaitu tentang masa silam Apek, Kicap dan Gaban yang membuatkan mereka terjebak di dalam masalah - masalah sosial sehingga akhirnya membawa mereka memasuki sekolah juvana ini. Tidak lupa juga episod kali ini mungkin akan menjawab pertanyaan Kedah kepada Daim pada episod minggu lepas iaitu adakah mereka pernah berjumpa sebelum ini. Jadi, jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri hebat ini pada pukul 9 malam nanti yer.



(Episod 8 Juvana)

Episod kali ini menceritakan tentang bagaimana Apek, Kicap dan Gaban boleh berada di sekolah Juvana ini. Apek ditangkap kerana melakukan penipuan pelbagai perkara seperti kutipan derma palsu, menjual telefon bimbit yang kemudiannya ditukarkan kepada batu serta mencuri kad atm kerana beliau merasakan sebagai seorang anak sulung beliau harus bertanggungjawab untuk membantu ibunya yang hanya mengambil upah menjahit. Ibunya pula tidak sihat dan kos untuk membeli ubat ibunya agak mahal. Pada suatu hari Apek dan adik lelakinya ditangkap oleh orang yang pernah ditipu beliau dan atas budi bicara orang itu kerana kasihankan ibu Apek maka beliau tidak melaporkan kepada polis. Ibu Apek begitu marah dengan kelakuan Apek dan menasihatkan Apek agar berubah. Apek mendengar kata ibunya itu namun pada suatu hari kerana beliau kekurangan wang untuk membeli ubat ibunya maka beliau kembali menjalankan kerja - kerja jahat itu sebelum ditangkap dan dihantar ke sekolah Juvana ini. Sedih melihat Apek kerana beliau merupakan seorang remaja yang baik cuma tersalah memilih haluan.

Kicap pula dimasukkan ke sekolah Juvana gara - gara memecah masuk rumah jirannya. Jiwanya memberontak gara - gara penceraian ibu bapanya dan beliau memarahi ibunya dengan mengatakan ayahnya meninggalkan mereka gara - gara sifat ibunya yang kuat berleter. Ibunya pula tetap menyayangi Kicap walaupun semua penduduk di kawasan perumahan itu tidak henti - henti bercerita tentang kelakuan buruk Kicap. Ibunya sentiasa diherdik oleh Kicap sehinggalah akhirnya Kicap bersuara,"Kenapa mak masih datang melawat saya lagi? Kenapa mak tak tinggalkan saya walaupun saya berbuat begini kepada emak?" Jawapan emaknya begitu menyayat hati,"Kerana kau anak mak!"

Gaban pula dimasukkan ke sekolah Juvana gara - gara ditahan oleh polis sewaktu terlibat dalam perlumbaan haram bersama kawan - kawan rempitnya. Sebelum itu beliau hampir ditahan tetapi sempat melarikan diri dan menyelamatkan kawannya yang dianggap seperti abang dan mereka berjanji akan bantu - membantu jika menghadapi situasi seperti tadi namun akhirnya kawan yang disangka abang itu meninggalkannya di saat dia memerlukan. Ayahnya begitu marah dengan Gaban sehingga mengatakan beliau kecewa mendapat anak sepert Gaban.

Kisah hari ini begitu menarik dan menyedihkan. Memang elemen - elemen ganas dan tiada sivik kelihatan di dalam drama ini tetapi ia tidak dibiarkan sebegitu sahaja kerana ia menunjukkan apa yang akan terjadi selepas itu yang secara tidak langsung mampu menyedarkan remaja sekarang agar tidak sesekali terlibat di dalam gejala - gejala tidak bermoral ini. Jadi, nantikan drama bersiri Juvana episod 9 pada minggu hadapan hanya di TV3.

P/S : Aku Suka Ayat Daim Yang Aku Ubah Sikit,"Awak Patut Bersyukur Kerana Masih Ada Keluarga! Masih Ada Orang Yang Sayang Pada Awak! Ada Orang Yang Tidak Berpeluang Merasa Semua Itu."

35 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. juvava mmg best...ble cuti ni x penah miss tgk ag...tp utk arini pny, rse mcm x pat tgk je...huhu

    BalasPadam
  2. Ceven mula-mula macam ntah pape cite nih asyik kena buli je, tapi dia bawak mesej tersendiri. Super duper like

    BalasPadam
  3. juvana..beshhhh..banyak motif dan pengajaran..

    BalasPadam
  4. Mlm ni kol 9pm dah terpacak depan tv3...best best

    mcm x sesuai jer botak tu baru umur 17thn ek..cam dah tua

    BalasPadam
  5. suka sgt tengok cite ni..menarik...real betul keganasan dia

    BalasPadam
  6. Memang layan tul citer ni kan Hans.. Layannnnn...

    BalasPadam
  7. cite ne memang best.lagi nest sebab ade beto.hahaha

    BalasPadam
  8. baik tengok juvana dari ceta cintan cintun lain yang xde motif tu... keh3

    BalasPadam
  9. rasa nak lempang cikgu Zakiah.
    aku pun tak faham kenapa.
    hahah.

    BalasPadam
  10. ok ogak citer ni..biel tengok satu episod akan tertunggu tunggu citer untuk episod seterusnya..

    BalasPadam
  11. bengang dgn pak cik jeff yg pandang rendah kat cikgu.. terus jadi menyampah kat dia..

    BalasPadam
  12. xsaba malam ni..juvana best..!!

    BalasPadam
  13. aikk mmg tadek shoutbox ke ko nye blog hanis?
    ermm btw psal afaf kau pn igt lagi ke?
    hahaha siot je wei T..T

    BalasPadam
  14. mmg terbaik citer ni. berbanding gemilang

    BalasPadam
  15. ahaha lawak la wei peristiwa trsebut..kenangan smpi bila2 kut :p

    BalasPadam
  16. aku tgk episod 1 je lps tu xtgk dh sbb mak dgn ayah ske tgk hindusatan kat chnl 108... adeh

    BalasPadam
  17. ahaha betul2!drama minggu itu..
    drama tu paling menyayat hati dan sadis..suma pakat tengok dari dlm kelas..gigih tgok celah2 tingkap..hahaha

    BalasPadam
  18. @nick irfan, encik google kan ada, pegi la donlod. lagi senang tak payah tgu setiap minggu...hikhik

    BalasPadam
  19. juvana best..lagu band drama mmg terbaik.. citer nih mmg unexpected.. aku rase daim xbersalah kot..

    BalasPadam
  20. memang tak sabar nak tengok episod drama juvana yang baru malam ini..(:

    BalasPadam
  21. warden punye muke.. perghh bengis habisss jahhaha

    BalasPadam
  22. citer nieyh best der...budak kecik nama kedah tuh langsi glerz lah....langsi gila habaq hang....

    aku pon bukan minat pon af nieyh...juz aku minat lagu hazama nieyh jerw...chilL jgk laaa....

    salam *Mr Ej*

    BalasPadam
  23. bila masa cikgu ariffin tu ada?

    ala takde tb... xpat nak tgk... -__-

    BalasPadam
  24. minat sungguh ko ngan citer ni yea

    BalasPadam
  25. den raso minggu ni nk tgkla walaupun dah ketinggalan jauh..

    BalasPadam
  26. mak aih . muda gileeee . eh , budak kedah tu mana ?

    BalasPadam
  27. semua : amacam? okay tak episod kali nih? best kan?

    tia : kedah minggu depan punya episod keluar balik

    BalasPadam
  28. hi i have followed your blog and i hope you can follow me back

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama