Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Minggu ini adalah minggu cuti persekolahan jadi macam biasalah pasti banyak ibu bapa atau bakal pengantin yang mengambil kesempatan ini untuk melangsungkan perkahwinan anak mereka atau mereka sendiri. Pelbagai tema dan warna menghiasi majlis meraikan mereka sebagai raja sehari.
Jadi, minggu ini membuatkan aku sangat sibuk untuk menghadiri majlis kenduri kahwin sekitar sini dan yang seronoknya nanti ada rakan sekelas aku pula yang bakal melangsungkan perkahwinan beliau dalam 2-3 hari lagi dan ini menjadikan beliau orang kedua dalam kelas aku yang akan menghilangkan status bujangnya. Wahhhh! Bilalah aku nak kahwin nih? Hahahahaha!
Sebab majlis kahwin kawan aku tu bertindih dengan majlis advisor aku jadi aku terpaksa lah pilih antara dua dan akhirnya aku pilih majlis kahwin kawan aku lah sebab dari awal lagi aku dah rancang dengan kawan - kawan sekelas nak pergi ramai - ramai. Jadi, minta maaf lah sangat - sangat kepada advisor aku, Miss Wan sebab tak dapat pergi majlis beliau. Selamat bakal pengantin baru Miss(lepas nih kena panggil Madam lah).
Apa - apapun, sepanjang cuti sekolah nih kecuali hari Jumaat penuh dengan jemputan kenduri. Walawehhhh! Ada yang guna perkhidmatan catering dan ada yang masak sendiri. Aku sekarang suka makan lauk kenduri yang orang - orang dekat kawasan tu masak sendiri. Nasi periuk besar. Gulai kawah. Selalunya orang masak sendiri nih rasa dia sedap sikit atau mungkin jemu kadang - kadang makan kenduri dimana pihak katering yang ditempah tu kadang - kadang orang yang sama jadi menu pun lebih kurang sama rasanya.
Baiklah! Nak bersiap - siap kejap lagi sebab nak pergi makan kenduri orang - orang kampung masak. Yeyeyeyeye! Assalammualaikum dan salam sejahtera.
P/S : Doakan Saya Cepat Bertemu Jodoh (^_^)Y
selamat pergi kenduri hans.. semoga cepat juga bertemu jodoh berkat selalu pergi makan kenduri orang kawen! :P
BalasPadamkakak aku pun kawen sabtu ni!
yup.. betul tu... bulan ni tiap2 hari penuh ngan undangan kawen je.. xsempat masak kt umah sendiri.. hehe
BalasPadammmg ramai member kawin..terasa mcm dah tua pun ade..hehe
BalasPadambuln ni bulan org kawen laaaaa....tersusun da adiah kat ats rakmtuh, pikir nak diberi kpd siapa...huhu
BalasPadamBiasalah,cuti2 sekolah cmni..hehehe
BalasPadambetul2.. minggu nasik minyak beraneka rasa.. hehehe..
BalasPadamentah... bilelah ceq nak kawen jugak.. hmmm.. -___-
cuti2 sekolah cam nie mmg org buat kenduri kawen..
BalasPadamtu kira murh la blnjwan tu... actual amount... tngi kottt.....
BalasPadama'aa cuti sekolah ni byk sgt kenduri.. sampai kne wat pilihan nk kemana sebb bukan dekat2.. kawan sekolah, kawan kolej.. utara, timur, selatan, barat semua ada.. sbb cuti sekolah ni ada kt kg, kne pilih yg kat kg je lah..
BalasPadamselamat menjamu selera menu kenduri ya hans..
fuh,,, mane2 pon memang byk jemputan. dah musim dia. hehe :D
BalasPadam10 bulan lagi ramai la umat akhir zaman lahir.
BalasPadammain kawin-kawin boleh dop?
BalasPadamamin..smoga hans jumpa jodoh kat umah knduri nnti..amiinn..hehhe
BalasPadamkata orang, kalau nak cepat temu jodoh rajin-rajinlah jadi pengapit pengantin hehe.
BalasPadamgood luck hans ;)
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com