Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Hans yang ceria hendaknya hari nih. Wah! Ayat pembukaan gua skema pula kan. Hahahaha! Okaylah! Selalunya kalau korang semua nak berurut atas kerusi urut ogawa ker gentel ke apa benda tu paling tidak kena bayar RM1 lepas tu merasa la diurut 3 minit macam tu kan. Tapi, korang nak tak duduk atas kerusi urut - urut dalam 1 jam lebih tanpa bayar 1 sen pun? Macam mana caranya?
Besday Aku Nak Dekat Dah! Hadiah Dekat Aku Benda Nih Satu! Hahaha!
Hah! Caranya senang jer! Korang pergi tengok wayang lepas tu pastikan penonton yang duduk dekat seat belakang korang tu jenis suka goyang kaki. Pastikan kaki dia betul - betul dekat seat korang dan korang akan rasa betapa 'nikmatnya' duduk atas kerusi biasa yang tiba - tiba menjadi 'kerusi urut'. Cuma sayangnya urutannya hanya berlegar - legar di kepala sahaja. Hahaha! Mahu pening kepala dibuatnya!
Itulah yang terjadi dekat gua waktu menonton filem KL Gangster hari tu. Gua nak sound pun macam cuak pula. Buat penonton belakang gua tu gangster tak pasal - pasal lepas gua sound tu kepala gua kena hinggap dengan bebola duri ker belantan ker. Hahahahaha! Tapi, memang stress juga lah sikit sebab nak kata tempat duduk sempit setahu gua luas jer panggung Big Cinemas Alor Setar tu. Dah tahu kaki suka dok goyang janganlah letak kaki kau betul - betul rapat dengan kerusi gua. Gua tak minta kepala gua 'diurut' oleh goyangan kaki kau. Pening - pening!
Benda Nih Dipanggil Apa? Kena Kepala Nih Sakit Oiiiii!
Sekarang gua dah faham dah perasaan rakan - rakan gua yang mengalami perkara atau situasi yang sama macam gua bila kerusi yang diduduki bergegar - gegar sepanjang masa. Gua tak tahu la memang jenis kaki suka bergoyang atau tengah tahan nak kencing ker berak ker tapi memang menganggu betul lah. Haihhhh! Pada yang suka goyang - goyang kaki tu ingat - ingatlah penonton depan anda sama yer.
Saspen jek belog. haha :D
BalasPadamBaru nk merasa kerusi urut free ^^
haha.. free kerusi urut kat cinema kerana orang belakang goyang kaki?
BalasPadamsaya akan tegur dia :P
atie : hahahaha...gempak tajuk kan? kekeke
BalasPadamken : hahaha...nak tegur pun lagi 10 minit filem nak habis.. hehehe
Hahha.. Aku pernah rasa sikit duduk kerusi jenis tu.
BalasPadamTapi terbaru aku dapat rasa combo kerusi urut beserta sound.. Si balak kat belakang aku tak habis² explain cerita Kongsi kat gewe dia.. Hadoiiii.. orang lain pun rajin bercakap, tpai biar la kena tempat kan..
YOUsoF : hahaha...gila sadis nasib ko...aku masa tgok Khurafat adalah 'Director' sebelah aku masa tu.kakak mana entah...macam2 dia arque..hahahah
BalasPadamhuhu..memang stress dengan orang macam ni.. tambah2 dalam bas.. seat dia diturunkan mcm katil smpi seat tu betul2 diriba orang belakang.. haishh.. nak tido balik rumah la..
BalasPadamhahahahaha. mmg free betul lah dapat kalau mcm tu.
BalasPadammesti hati pns je thn sbr~
aku rasa semua org penah kut hadapi benda yang sama
BalasPadamaku kalau kena mmg aku kaleh belakang tgok org tu byk2 kali
hihi
lagi best membe aku y tak kena tempias urut pun turut berpaling haha
baru taw nak diam +.+!
kepala diurut dengan kaki.first time dengar~
BalasPadamkenapa tak tegur cara baik? kata, mintak mahap cik, saya tak suka encik goyang2 kaki kat krusi saya
BalasPadamfaiz : kerusi tinggi weih..kalau nak tegur kena bangun...mau kena maki kalau bangun..hahaha...xper..aku xmarah or maki2 dia pun..sebab xada peluang nak cakap :-)
BalasPadamhaha...aku rasa dia ada pakinson...hehe.saraf kaki tergoyang2...
BalasPadamgelak kuat2 pastu cakap "eh2, seronoknya dapat kerusi urut free! ihik3..."
BalasPadamterbaek!..pnt kaki org blkg...#LOL
BalasPadamTu yang aku malas nak gi tengok wayang tu. Selalu je dapat duduk depan spesies yang berkaki takde otak punya.. baik layan movie kat pc je. Beli speaker yang ada subwoofer, dah siap mini wayang kat umah. Puas hati. haha...
BalasPadamhahaahaha.. ak leh phm perasaan ko bro.. klau ak dh blah awal2 dh.
BalasPadamBosan kalau menonton wayang kalau ada yang menendang kerusi kita duduk dari belakang.
BalasPadamAlangkah bestnya kalau ada kerusi urut di rumah boleh menonton tv sambil berurut
salam tuan dan puan...jika anda berminat untuk mempunyai bisnes kerusi urut seperti di shopping complex..boleh hubungi En. haiqal 0392058585 tau email ke hengdefitnesstech@yahoo.com.Anda juga boleh memulakan bisnes kerusi urut itu dgn harga yg amat rendah.
BalasPadamsalam tuan dan puan...jika anda berminat untuk mempunyai bisnes kerusi urut seperti di shopping complex..boleh hubungi En. haiqal 0392058585 tau email ke hengdefitnesstech@yahoo.com.Anda juga boleh memulakan bisnes kerusi urut itu dgn harga yg amat rendah.
BalasPadamHengde...call agen xangkat2..beli kerusi,last2 kena cari lokasi sendiri apa cer?..
BalasPadamhengde fitness penipu besar
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com