Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Gua dengan rasa rendah dirinya ingin menasihati lelaki - lelaki Muslim termasuk gua sendiri yang pergi ke masjid tidak kira lah untuk menunaikan solat Jumaat mahu pun solat - solat fardu yang lain agar bersiap lah dengan sebaik mungkin.
Maksud bersiap sebaik mungkin disini ialah :-
1) Mandi lah untuk menyegarkan diri dan bau badan.
2) Pakai lah baju yang bersih dan tidak berbau masam.
3) Sapukan lah sedikit wangi - wangian seperti minyak atar untuk mewangikan badan.
Apalah salahnya membuat 3 perkara di atas sewaktu menghadap pencipta kalian. Selain daripada itu kalian juga secara tidak langsung membuat jemaah - jemaah lain yang berada di tepi kalian berasa selesa, tidak terasa pening atau pun tidak membuatkan mereka terasa mual dengan bau badan kalian yang kurang menyenangkan hidung mereka.
Jumpa kekasih atau pergi ke majlis - majlis besar boleh sahaja sembur pewangi sampai berbatu - batu pun dah boleh bau jadi tak akan lah waktu solat macam nih kedekut nak guna pewangi masing - masing kan. Assalammualaikum dan salam sejahtera.
P/S : Alhamdulillah! Semua Pemenang Contest Situasi Hans Sudah Mendapat Hadiah Yang Aku Berikan! Lega Rasa Hati!
Jawab Online Survey & Tebus Mata Ganjaran Anda
Antara 2 tu, satu je lupa buat, pakai wangi2an... sebab tak biasa pakai. kena biasakan ni...
BalasPadamhaaaa bau-bauan yang wangi tu memang harus utk solat.. kalau tidak nanti, yg disebelah takleh kusyuk solat mereka...
BalasPadamIhsan : owh...kalau mandi semua okay kut..insyaallah
BalasPadamMy Little Diary : yups..pakai sikit pun kan..bukan nak suruh pakai satu botol :-)
D_Tieah : aku tak khusyuk tadi sebab aku bukan bernafas 5 minit sekali... :-)
pegi kolej nk jumpe geng pkai smart2, siap tali pinggang, tai, nk jumpa ALLAH pakai pagoda ngan kaian pelikat.. jom muhasabah diri insyaALLAH..
BalasPadamaku kdg2 semua ni x buat.. adeh..
BalasPadambaru tdi nampak kawan lelaki sebelah sibuk pakai minyak atar...dia cakap sunat jumaat pakai wangian..hehehe...good!
BalasPadamkalau tak de minyak atar tu, meh la beli perfume pen dr almari si pari-pari.. tehee :D
BalasPadambtol tu...xslp aku dgr ceramah kalo kite bersedia awal nak menunggu waktu solat Jumaat tu ada ganjaran dia yg besar..
BalasPadamitu sudah pasti diamalkan~
BalasPadam1 lagi ko terlupa nak letak~
potong kuku! haha
Peep : tu la pasal
BalasPadamNick Irfan : lepas nih ubah la noh :-)
Merahitujambu : yups
Bro Azhan : luahan hati dan berkongsi pada yang kurang tahu :-)
Eny : hahaha..sempat lagi tu
Faiz : yups..betul2
Kaizen : owh..ar ar..tul juga tu..maybe sebab kuku aku xpandang kut...ekekekee
emm.. betul lah.. kalo nak g dating bukan main lagi.. inikan pulak nak mengahadap si Pencipta :)
BalasPadamada pengalaman ngerikah td? hihi
BalasPadamsuka bau downy passion..memng wangi baju...hehehe
BalasPadamas salam,
BalasPadammandi itu sunat jika ada masa. tapi untuk orang yang bekerja, nak mandi tu agak mustahil la sedikit sebab bekerja kan. tapi boleh je kalo dah prepare siap2.
tentang pakaian tu kalo pakai pagoda dengan kain pelikat masih ok sekiranya suci dari najis. sebab sebaik-baiknya pakaian yang dipakai ketika solat berjemaah ni kena kosong di bahagian belakang badan.
ini untuk mengelakkan jemaah yang solat di belakang kita dari tak kusyuk sebab dok melihat dan membaca tulisan or gambar-gambar yang ada di baju tu.
so sebaik-baik pakaian adalah yang selesa dan kosong seperti baju melayu or jubah.
and kalo solat jumaat tu datang la awal, sebaik2 sebelum azan dilaungkan pun sebab sesetengah masjid ada menyampaikan tazkirah sebelum khutbah. pahalanya ibarat macam makan nasi, sape dtg awal die dapat banyak, sape dtg lewat mane yg tinggal tu je la yg dapat, wallahualam, sekadar berkongsi =)
fiza : itu la pasal :-)
BalasPadamieda : agak ngeri la juga
azwa : yups...macam perfume..ekekeke
shuk : yups..benda aku cakap tu semuanya sunat tapi adalah baik untuk diamalkan..bab baju pun bukan suruh pakai baju gambar besar2 ke lambang tengkorak..kan aku cakap baju yang bersih...lagi satu sebab aku dekat Kedah...hari jumaat cuti umum..jadi alasan tak sempat mandi tu susah nak terima la..hehehehe...apa2pun terima kasih komen ko tu pun betul juga cuma aku jelas kan diatas tu kalau ko salah faham :-)
nak menghdap Allah, kenalah wangi2 yedak?
BalasPadamsokong entri ni..lagi satu pergi masjid pakai lah baju lawa2..tak salah pun..nak mengadap Allah jugak..kalau boleh kita nak pakai baju t shirt yang selalu wat tidur g masjid
BalasPadamkalau boleh tiap2 kali sembahyang pun pakailah wangian :)
BalasPadamsimpan janggut..cukur misai..ikut sunnah..
BalasPadamhaha.
BalasPadamni mesti post lepas balik jumaat.kan kan?pening kepala tak hans..?tak khusyuk eh.
as salam..sekadar pesanan untuk diri dan semua
BalasPadamkalau boleh,x mahulah ada lagi yg dtg sekadar sembahyang jumaat itu saja tapi khutbah nya hilang entah ke mana...dop comel gitu :)
Bagus! Entri yang menarik! Lebih2 lagi buat lelaki yang nak g solat Jumaat. :)
BalasPadamdengar tu lelaki..hehe
BalasPadamni kes duduk sebelah orang berbau busuk ke apa? hahaha.. sabor je lah. pelik kadang2 mikir orang yang ngadap Tuhan dengan keadaan tak bersih. haih..
BalasPadamahahaa.. stuju bro.. laki ne kuat peluh.. kuat bau.. kdg2 xsedar bau hapak..hahahaha
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com