Penantian Itu Satu Penyiksaan Jiwa

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Kalian tahu tak penantian itu satu penyiksaan jiwa? Mampukah kalian menunggu seseorang lebih daripada 2 jam? Gua rasa kalau 10 minit pun korang dah bising - bising siap hentak - hentak kaki sampai retak lantai kan? Hahahaha!




Kejadian ini berlaku pada gua pada suatu hari. Masa tu gua tengah lepak - lepak dekat rumah sambil tengok televisyen dengan keluarga gua. Tiba - tiba ada 2 buah kereta berhenti betul - betul depan rumah gua. Lepas tu turun 2-3 orang menuju pagar rumah gua sambil menjerit - jerit memanggil nama gua. Sumpah gua memang cuak gila waktu tu. Mula gua berimaginasi adakah mereka Ah Long yang datang mahu 'tolong' tapi masa bila pula gua berhutang dengan Ah Long sebab gua jumpa mereka pun tak pernah.


 Tiba - Tiba Ada Muka Adam Corrie Lee...Hehehe!!


Jadi gua menghampiri pintu perlahan - lahan dan mengendap siapakah di pintu pagar. Tiba - tiba satu kejadian yang aneh berlaku!! Kawan - kawan sekolah rendah guaaaaaaaaa!! Walawehhh! Mana diorang tahu rumah gua nih!! Jadi gua pun dengan gembiranya jemputlah diorang masuk rumah gua :-


Gua : Eh! Lahhhhhhhhh!! Hang pa semua ka!! Pa habaqqqq? Mai masuk mai! Lama tak jumpa haih!

Kawan - Kawan : Eh, tak pa tak pa! Hang nih dok tercegat apa lagi! Cepatlah siap!

Gua : Siap? Siap nak pi mana?

Kawan - Kawan : Hari nih kan reunion kelas kita! Hang dok buat lupa boleh! Kan dah janji nak gerak ramai - ramai!

Gua : Hahhh??? Biaq betoi! Aku tak tau pun! Adoi! Okay! Aku bersiap sekarang!


Gua pun berlari lah pergi mandi dan bersiap. Tetapi, tiba - tiba gua menghadapi masalah nak pakai baju apa yang sesuai. Selalu tak pernah pula gua hadapi masalah macam nih Gua pakai baju nih tak masuk pula dengan seluar nih. Bila gua rasa dah okay lepas tu mak dengan kakak gua tegur kata tak elok. Gua masuk lagi bilik tukar. Member - member kelas gua tu dah lama tunggu tu. Dah siap hon banyak kali. Gua tengok jam dinding rumah. WTH! 2 jam gua bersiap???? Biar betik!! Mati lah gua macam nih! Member - member gua mesti marah gila - gila dekat gua kejap lagi nih.


 Bila Marah Jer Jadi Warna Hijau! Jadilah Warna Merah Jambu Ker!


Gua punya lah cuak nak pergi dekat kereta diorang dan masuk dalam tu tapi yang peliknya mereka langsung tak marah. Sentiasa senyum dan bergelak ketawa menuju destinasi. Alhamdulillah! Kalau gua yang kena tunggu sampai 2 jam mahu gua tinggalkan jer orang yang berkenaan. Hahahahaha! Lepas tu kami tiba di sebuah restoran yang bersuasanakan flora dan fauna. Memang cantik gila restoran nih. Gua tak pernah pula datang sini. Kemudian, gua jumpa dengan member - member gua yang sudah 11 tahun gua tak jumpa. Serius gua terharu sebab ada yang sanggup datang jauh dari Sabah, Sarawak dan luar negara gara - gara reunion nih.


 Serius Gua Terharu!


Walawehhhhhhhhh!! Macam - macam cerita gua kongsi dengan mereka. Gua tak sangka mereka semua ambil berat pasal gua. Masing - masing semua tanya soalan dekat gua. Macam - macam diorang nak tahu pasal gua! Ada siap bergurau - gurau lagi dengan gua! Cucuk perut gua lah! Geletek gua lah! Nak kasi gua melatah lah tu! Cess! Hahaha! Memang gembira gila gua rasa! Terharu sungguh sebab mereka masih ingatkan gua dan walaupun sudah 11 tahun tak jumpa tapi persahabatan tu tetap kukuh dan sama seperti dahulu. Alhamdulillah! Syukur sangat - sangat!




Tiba - tiba gua tersentak! Mata gua memandang sekeliling! Eh, kenapa gua boleh ada di dalam bilik gua pula. Bukankah tadi gua dekat restoran bersama rakan - rakan sekolah rendah gua? Okay! Gua dah sedar! Gua cuma bermimpi! Diulangi sekali lagi iaitu BERMIMPIIIII!!! Walawehhh! Gua rasa macam dah betul - betul dah gua jumpa kawan - kawan kelas gua masa dekat sekolah rendah dulu. Terus sampai sekarang gua rindu kalian semua. Bilalah korang nak buat GATHERING nih??? Gua bosan lah asyik GATHERING DALAM MIMPI jerr! Haihhhhhhh!!!

P/S : Walaupun Mimpi Tetap Bersyukur Kerana Rasa Cukup Gembira Bermimpikan Mimpi Tadi! Alhamdulillah!

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. erm bgusla mmpi tu

    tp mslhnye 2 jam tggu

    mnipu sgt la hahaha

    BalasPadam
  2. Miss Ran : dah mimpinya macam tu...hahaha....ku ceritakan balik je :-)

    BalasPadam
  3. nampak nau nipunye.hahahah!
    agakdah mimpi..hehe

    BalasPadam
  4. patut la semua org ambil berat pasal hans.. rupanya dalam mimpi hans... hahahhaha... bagus2... moga2 ada sahabat2 hans n baca n terus plan wat reunion..:)

    BalasPadam
  5. 2 jam bsiap?? kalah pompuan!! haha
    haha mimpi rupaaanyaaaa.....

    BalasPadam
  6. hahaha.. sabor je lah. 2 jam bersiap, kalah pengantin nak bersiap. nasib baik mimpi..

    mimpi basah tak? kekeke :P

    BalasPadam
  7. suspen benor ni...tersenyum dr awal membaca ni, tup2 samapai akhir..gelak terus...haha

    BalasPadam
  8. mengalahkan perempuan ni..huhu..
    mmg penantian tu 1 penyeksaan..=p

    BalasPadam
  9. citt...mimpi rupenye..mane ade org sanggup tggu dlm kete 2 jam..

    BalasPadam
  10. ceh.. mimpi rupenye.. spoil je.. haha!!

    Tp aku mmg suka title ko tu.. Penantian satu penyiksaan.. Bagi org yg jenis punctual mcm aku ni, mmg dh jadi kebiasaan aku kena tunggu org.. dah biasa sgt dah.. huhu..

    BalasPadam
  11. mimpiiiiiiiiiii.. arghh ntry kejamm siyesssss ahahahahah

    BalasPadam
  12. semangat ni baca dari atas smapai ke bawah.. rupanya mimpi.. hehee.. insyaAllah moga2 mimpi itu jadi kenyataan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama