Anders Behring Breivik merupakan seorang lelaki yang boleh aku kategorikan sebagai lelaki gila berdasarkan tiada langsung kekesalan yang timbul di dalam hatinya di atas tindakan - tindakan tidak berperikemanusiaannya menembak secara rambang hingga mengakibatkan berpuluh - puluh remaja yang tidak tahu apa - apa mati begitu sahaja serta terlibat di dalam pengeboman bangunan kerajaan di Oslo iaitu ibu kota negara Norway. Lelaki gila yang berusia 32 tahun ini merupakan seorang manusia yang bukan sahaja anti pada Islam malahan juga anti pada yahudi serta imigran dan memperjuangkan negara satu bangsa iaitu bangsa Eropah.
Ada satu perkara menarik disini dimana walaupun aku langsung tidak menyokong apa yang telah dilakukan oleh Anders Behring Breivik yang boleh aku sifatkan sebagai manusia yang kekurangan kasih sayang ini namun perbuatannya ini secara tidak langsung telah memberi satu tamparan besar kepada masyarakat serta media seluruh dunia terutama yang suka menuduh atau menyebarkan berita yang tidak benar atau memburuk - burukkan Islam di mata masyarakat seluruh dunia seperti yang selalu dilakukan oleh BBC, CNN dan banyak lagi media luar yang langsung tanpa usul periksa dan dengan keyakinan yang begitu tinggi akan menuduh bahawa perkara terkutuk ini dilakukan oleh ekstremis Islam seperti kumpulan Al-Qaeda dan sebagainya.
Seperti juga kes letupan di Norway ini dimana mereka dengan ghairahnya terus menuduh bahawa semua ini sebenarnya telah dilakukan oleh pengganas Islam sedangkan mereka langsung tidak mempunyai sebarang bukti untuk mengaitkan hal ini dengan pengganas Islam yang selalu mereka canang - canangkan selama ini. Tetapi, apabila secara tiba - tiba perancang dan pengganas sebenar yang bertanggungjawab di dalam hal ini dan berjaya ditangkap ialah orang tempatan yang bukannya beragama Islam dan merupakan seorang yang anti yahudi maka terus media - media luar yang sebelum ini dengan lantangnya menuduh militan Islam terlibat dalam hal ini menyepi dan membisu tanpa ada langsung ucapan maaf atau sebagainya kepada umat Islam.
Gara - gara perbuatan gila Anders Behring Breivik ini akhirnya secara tidak langsung berjaya memalukan media - media antarabangsa ini yang sememangnya bersifat berat sebelah terhadap Islam. Hakikatnya negara - negara di Eropah sendiri sebenarnya tidaklah seaman mana kerana pelbagai masalah telah melanda negara mereka terutamanya dari segi ekonomi dan ini sebenarnya secara tidak langsung telah menyebabkan sifat - sifat pengganas telah lahir di kalangan masyarakat mereka sendiri. Ada 2 peribahasa yang sesuai untuk ditujukan kepada media antarabangsa dan masyarakat yang prejudis terhadap Islam iaitu Kuman Diseberang Nampak Tetapi Gajah Di Depan Mata Tidak Nampak serta Meludah Ke Langit Terkena Muka Sendiri.
P/S : Setiap Sesuatu Yang Berlaku Ada Hikmahnya! (^_^)Y
Sia-sia je budak2 tuh mati, memang tak beperikemanusiaan langsung :'(
BalasPadamnama aje dah ganas...
BalasPadamtapi at least dapat menampar pd mereka yg asyik memburuk islam.
hee
uish ... muke nmpak suci je tapi hati mcm ape je .. huhu
BalasPadamadakah puak2 zionos mahupun US melihat ini sebagai keganasan?? tang depa tak nampak punya
BalasPadamAs Salam,
BalasPadambila kena muka sendiri..tau plak diam menyepi..kejam gila la..
mereka hnya tau menuduh tanpa usul priksa..
BalasPadammasa aku baca berita ni kat harian metro pon terkejut jugak..ish2 ...manusia bertopengkan syaitan betol!...
BalasPadamAku setuju lah nak mengatakan org nie gila... Fuhhh..
BalasPadammedia luar memang berat sebelah..kadang2 media malaysia same pun..senang2 takyah tengok tv sbb tv tu memang dari dulu memang menipu je..tapi kalau rancangan baik dan mengajak perkara makruf dikecualikan..wallahualam
BalasPadamhuishhh..kejamnyerr bunuh macm tu, org bukan Islam memang suka memburukkan nama Islam..
BalasPadamkesian org yg x berdosa tu mati camtu je..
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com