Gua Gomantong Di Sandakan Sabah Merupakan Syurga Lipas

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang budiman. Sebentar tadi waktu gua membaca surat khabar Kosmo gua tertarik dengan pelbagai berita. Selain dari kisah pengeboman dan tembakan rambang di negara Norway ada satu lagi kisah yang begitu menarik perhatian gua yang bertajuk Lantai Lipas Bumbung Kelawar dimana artikel tersebut boleh dibaca DISINI.


Sumber Gambar : Kosmo


Walawehhhh!! Memang meremang sudah gua membaca kisah tentang Gua Gomantong di Sandakan, Sabah ini. Gua ini yang diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) merupakan salah satu tempat yang menjadi punca rezeki kepada pencari sarang burung berlesen untuk memungut sarang burung yang dibenarkan sebanyak dua kali setahun iaitu antara Februari dan April dan antara Julai dan September.




Tetapi, apa yang membuat gua meremang bulu roma itu ialah jumlah lipas gergasi yang bersaiz lebih kurang 10 sentimeter setiap ekor yang dianggarkan berjumlah berjuta - juta ekor yang menghuni lantai gua serta di tepi - tepi dinding gua dan yang membuatkan gua lebih seram itu apabila gua terbaca jika ada kelawar yang terjatuh ke atas lantai itu mesti akan dimakan hidup - hidup oleh lipas - lipas gergasi ini. Fuhhh!! Seram!!!


 Sumber Gambar : Kosmo


Mengikut apa yang gua baca, lipas - lipas ini memang penuh melata dekat bahagian bawah gua tu sebab lipas - lipas nih akan makan tahi kelawar - kelawar yang hidup di atas gua yang sentiasa berguguran setiap saat tu! Gua memang tak boleh bayang macam mana kalau manusia yang terjatuh dekat bawah tu! Memang tinggal rangka sudah! Hohohoho! Jadi, sebagai kesimpulannya gua tak berminat untuk pergi ke Gua Gomantong nih kerana keseraman yang bagi gua agak terlampau walaupun setiap tahun banyak pengunjung yang berkunjung ke sini.! Hehehehe!

P/S : Ada Sesiapa Pernah Pergi Ke Gua Gomantong Atau Teringin Mahu Pergi? Kongsikan Pengalaman Anda Di Ruangan Komen! (^_^)Y


33 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tak pernah pergi & tak teringin nak pergi. geli tengok lipas. sekor kalo tetiba masuk rumah pun dah geli. nie kan pulak yg lebih dr sekor... :P tak sanggup...

    BalasPadam
  2. menarik tp tetibe tringat cte X-files

    lipas masuk dalam badan..euwww..seram

    BalasPadam
  3. eei..geli.
    dulu ms kat asrama, paling takut dgn lipas terbang..hehe

    BalasPadam
  4. thanks hans.memang aku takkan pegi.eeeeee..lipas!geli geleman

    BalasPadam
  5. ok, entri ni berjaya menggelikan perasaan org pada pukul 5.00 ptg...haha (:

    BalasPadam
  6. haha..kalau dah banyak macam tu memang naik seram gak la bulu betis..

    BalasPadam
  7. geli! baru mkan ni! rasa nak terkeluar balik nasik :|

    BalasPadam
  8. kat rumah, aku mmg suka bunuh lipas...siap bunuh lipas guna dumbell lg..pijak2 kasi mati...tp kalo aku pergi Gua ni..konfirm2 semua lipas2 ni pakat nak bunuh aku...tak nak aku..haha

    BalasPadam
  9. tapi lipas lagi ok dr ciciak. bagi aku laa...kalau tmpt ni penuh dgn cicak, lagi muntah darah aku ;p

    BalasPadam
  10. tapi lipas lagi ok dr ciciak. bagi aku laa...kalau tmpt ni penuh dgn cicak, lagi muntah darah aku ;p

    BalasPadam
  11. urghq~ binatang yg plg owg geli, huhu!

    BalasPadam
  12. err....lipas tu jenis mutant ke yang besar sangat?? tak sanggup nak pergi walaupun dapat tiket free... :D

    BalasPadam
  13. Kalau nak masuk gua tu kena ready dengan HansECT lah nampaknya.. haha..

    BalasPadam
  14. tak leh lawan ngan gua musang ag muahahaha

    BalasPadam
  15. saya tak takut lipas..
    tp mulai takut dgn lipas gergasi ini.. hahaha

    BalasPadam
  16. hehehe..penah masok gua kelam jer

    BalasPadam
  17. tak pernah dan tak teringin...eee...gelinya, jumpa satu pun dah tak tahan nak jerit, kalau jumpa banyak tu, oooo....pengsan kut

    BalasPadam
  18. errkkk lipas..geli tu..(:

    BalasPadam
  19. ada jugak yg datang berkunjung ke?! errr..tak sanggop den..

    BalasPadam
  20. dah mcm cite hunt dah.. jom kita wat lawatan sambil memancing lipas.. buat lipas goreng sodap ni..hehe

    BalasPadam
  21. hahaha geli la wey..kat umah ada satu pun rase geram je..kat sane taktau la..

    BalasPadam
  22. teringin nak pergi..nak berkenalan dengan lili-lili tu..nak bagi nama satu2..ahhaa

    BalasPadam
  23. GELI GELEMANNNN!!!!! konfem xhingin nak g sana yeyekkk -_-

    BalasPadam
  24. tak suka lipas... nampak lipas kecik pun dah terus cabut lari dulu... apalagi lipas besar!

    BalasPadam
  25. erkkkkk.....x akan pergi... nampak sekor anak lipas pown...dah mengelupur lari.. haha..apatah lagi nengok byk2 tu...

    BalasPadam
  26. baru tgk pixas pun jue dah geli hans
    x dpt imagine kalau tgk real
    pengsan kot haha

    BalasPadam
  27. hai saya baru je masok gua ni 2 minggu lepas..xde la besar mane pon lipas ni..saya rase biase2 je..just mmg terlalu banyak la..bau sangat busuk..hancing kot..gua ni sangat gelap dan kene berhati2 takot jatuh sbb licin..lantai gua penuh dgn taik burung n taik kelawar..lipas pon merata je kene pijak..saya masok siap pakai payung sbb x nk kne air n taik..ape2 pon best la masok gua ni..pengalaman mcm ni bkn sng nk dpt..bg sape2 yg takot lipas x yah la masok..kompem menangis..ihihihihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama