Petai dikatakan mempunyai jumlah protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain selain mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Biji petai pula dipercayai mampu merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang dan juga dikatakan mujarab untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang mengalami masalah cacing di dalam badan.
Sewaktu aku kanak - kanak ribena dulu memang aku tak suka makan petai. Mungkin sebab bila orang kata makan petai nanti kentut kita akan berbau busuk, mulut pun berbau kuat dan air kencing kita pun boleh tahan lah aromanya. Aku pun pernah cuba makan tetapi memang masa kecil - kecil tak suka! Tekak tak boleh telan!
Entah macam mana bila dah jadi remaja yang kacak lagi baik hati nih tiba - tiba pula aku boleh jadi suka untuk makan petai. Tetapi, aku hanya makan sambal udang petai jer lah setakat nih! Kalau petai mentah tu tak pernah pula aku cuba! Hehehehe! Jadi, bila dah suka makan tu aku tengok lah mak aku membersihkan dan memotong petai nih.
Hans : Aik! Awat biji petai nih warna oren?
Mak : Ini petai dah masak sangat nih! Kena buang yang oren dengan selaput dia!
Hans : Owh! Mai lah nak cuba buang tengok!
Gambar Hiasan
Patut lah mak aku pakai pisau kecil tu untuk buang selaput oren nih! Liat dan melekat! Aku pakai jari jer! Hahaha! Dah macam main plastisin plak! Gigih nih buang selaput oren tu! Seronok jer aku buat! Alih - alih sepapan jer yang biji petai terlampau masak tu! Yang lain tak ada dah yang ada selaput oren tu! Semua hijau - hijau suci murni jer!
Lepas tu tengok pula mak aku potong jadi halus - halus! Owhhh!! Macam nih rupanya nak masak petai! Selama nih tahu makan jer! Buatnya tak tahu! Hahahaha! Lepas nih nak cuba belajar masak sambal petai lah! Sedap kan sambal petai! Rasa nikmat gila makan dengan nasi!
P/S : LOVE PETAI! (^_^)Y
PETAI??...aku tak makan petai..haha..
BalasPadamteringat kalau kat kampung, sampai bercari petai utk makan masa kenduri.. hahaha..!!
BalasPadamteringat mcm mana abah saya beli seratus papan petai dengan harga rm10 kat orang asli.. huhuh
agak2 braper bapak saya untung lepas tu bila jual balik.. hahaha
Hahahaha, ckp psl petai ni smlm Mak Lang kte msk smbal udang petai ;D
BalasPadamPastu eden ahh yg kene kopek dia --'
Aigo, melekit gila. Last2 pkai gunting, lntak hncur ke tak XD
hee betol2. time kecik2 x suke. besar2 pon xdela suke. tp boleh la kalo nk makan walaupun dah lame x makan ni. hehe :D
BalasPadamPetai?? sedap..cicak budu or buat sambal petai...nyum2..sedapnye! ;)
BalasPadamx leh duduk dekat dgn hans lah pas ni..bau petai, hihi
BalasPadamkakak tak suka makan petai eee.tapi biasalah mask untuk arwah ibu dulu, orang tua memang sukakan? masak sambal bilis+petai nampak macam sedap jeeee...
BalasPadamPetai sedap gilewsss..semalam baru makan..fulamak! tambah nasi okey:)
BalasPadamperghhhhh! sedap:))
lau buat petai dengan udang masak merah...fuh! kecur air liur dah nie..petai muda lah best.yg tua dah tak best;) bau kuat sangat..he
perrrhhh!!! terliur aku tgk smbal petai ni...
BalasPadamtak suka makan petai yang dimasak dalam apa-apa masakan, tak sedap nak kunyah, suka yang fresh je sebab ranggup tapi yang kecik-kecik je la. yang bosa2 eh den tak makan doh.
BalasPadamaku suke sambal udang petai. lagi sedap kalau orang lain yang tolong masak. agagagaa
BalasPadamemm fvrt saya kalo petai nih,...
BalasPadamslm...sedapnya sambal petai tu...teringin plak nak makan...:)
BalasPadamwoi petai bestnya buat sambal kecurrrr air lir den.
BalasPadamdah berapa tahun entah aku tak makan petai :D
BalasPadamI love petai, can eat everyday although my hubby tak boleh tahan the smell.
BalasPadamterbaek bro.....feberet gua nieyh der.....hahahaha...rindu masakan mak *sambaL petai terbaek....
BalasPadam*puasa tahun lepas ada orang masakan gua sambaL petai kt KL nieyh...but tahun nieyh dah takde plak dah....sedih pon ade....petai terbaek....
Salam Ramadhan Karim…selamat berpuasa, moga dirahmati-NYA =)
BalasPadamBaru kejap tadi makan tghari petai.hehe
pergh. ada khasiat rupanya petai ni. tak penah dengar. haha. ermmm. still tak suka jugak :P
BalasPadamBaca entri macam ni time puasa nanti memang boleh bikin kecur air liur woo.
BalasPadamBelum pernah makan petai lagi nie..walaupun dah tahu yang petai ade khasiatnya juga..(:
BalasPadamhmm...nmpk mcm sedap..
BalasPadamp xmint petai la..hee..:)
aaa...sedap gila sambal tu..
BalasPadamaku baru pas mkn petai td..klu petai rebus cicah sambal belacan lg kaw..ce try..haha..
mmg faverat petai gak..
I follow....
BalasPadamnice blog=)
Ko Tak habis habis ngn petai ko. BAHAHAH XD
BalasPadamaku xsuka petai sebab tu xpernah mkn..
BalasPadamowh, mknn kegemaran en. hans, petai (:
BalasPadamkans?? petai ni banyak khasiat tambah2 kalau makan tak dimasak..uhuk
BalasPadamhui .. gambar tuh bahaya ok .. esok kalau tengok, kurang pahala .. hahaha
BalasPadamaku tak suka petai .. kalau masak dgn sambal pun, sikit pun aku tak usik petai2 tuh .. hehhe
haha , tak makan la =='
BalasPadampetai??? errk? tak makan laa. bau dia, pergh!!
BalasPadamlepas makan petai..cepat2 gosok gigi..haha
BalasPadamErk x kisah la banyak mana khasiat dia sy tetap x suka mkn :p hehe.
BalasPadamSama gak mcm peria. Pahit lah...huuhuu...
tak makan petai.. pernah cuba. tapi tak leh nak telan..terkeluar balik. dah mcm makan ubat dah.haha
BalasPadambau syudah makan syambal petai tadi...huhuhu...
BalasPadaminsyaAllah bro...huhuhuhu
BalasPadamRAJIN TOLONG MAK KAT DAPUR EK... ERRR Queen x mkn petai... xpnh pun nak cuba mkn petai.. hehehehe
BalasPadamsedang menunggu lahirnya aiskrim petai
BalasPadammasak tumis ikan bilis + petai ummpphhhh
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com