Review Novel : Tunas



Tajuk:
[tunas]


Pengarang:
Hlovate


Bilangan Muka Surat:
539


Harga:
RM21.00


Cetakan Pertama:
2008


Terbitan:
Jemari Seni Publishing


Sinopsis Belakang Buku:


“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung.

“Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan.

“Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?”

Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.

“Tulip ada?”

“Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?”

A-Cid berpaling ke belakang.

“Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza."

Dia memetik jari. “Pink ribbon.”

Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca.

“The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah. Addin jatuh rahang bawah. The-what???

“A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....”

“I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.

Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?

Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.


 
Penilaian Hans:
Wajib Baca


Ulasan Hans:

Novel nih memang santai dan gila - gila habis! Novel nih sebenarnya kesinambungan masa silam Addin, Benz dan Magnificient 7 masa zaman persekolahan mereka disebuah sekolah elit yang dipenuhi anak - anak orang kaya dan berpengaruh. Memang seronok membaca novel nih sebab dialog dan situasi - situasi yang berlaku di dalam novel pasti banyak dialami oleh sesiapa yang pernah tinggal di hostel.

Macam aku pula sememangnya novel nih membuatkan aku mengimbau banyak kenangan sebab aku sendiri pun tinggal di hostel dari tingkatan 1 hinggan tingkatan 5 dan pernah melakukan atau mengalami peristiwa - peristiwa di dalam novel ini seperti keluar malam atau orang kata fly di asrama, ditolak markah demerit, belajar bagai nak gila untuk skor A SPM, ketakutan apabila tiba kelas yang melibatkan cikgu yang garang dan macam - macam lagi.

Ditambah dengan beberapa watak di dalam novel ini seperti kumpulan MSC(Minah Salih Celup) yang mengingatkan aku tentang kumpulan yang hampir serupa aku pernah temui sewaktu aku belajar dahulu juga sememangnya membuatkan aku tidak kering gusi membaca karya Hlovate ini. Jadi, kepada sesiapa yang belum berkesempatan membaca maka aku sarankan agar menjadikan novel ini sebagai bahan bacaan anda. Jangan risau kerana novel ini tidak terdapat unsur - unsur jiwang yang melampau kerana 99% lebih kepada kisah nakal dan kehidupan remaja di alam persekolahan serta di alam asrama. Selamat membaca!


P/S : Selepas Nih Nak Melayan Novel Versus Pula! (^_^)Y


27 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. xpenah bace buku Hlovate, so nanti la aku try one day :)

    BalasPadam
  2. mmg best sesangt..berulang ulang bc..hihi..jgn lupa dptkn yg latest dari hlovate..contengan jalanan..

    BalasPadam
  3. I know about the latest novel Contengan Jalanan but I dun hve enough money to buy it
    hahahaaha

    BalasPadam
  4. Hans....!! I DO LOVE HLOVATE!!! huhu baca banyak kali pun thrill gitew..haha

    BalasPadam
  5. terbaekk tunas! novel2 hlovate sumenye best2! aku dh bc sume..tp yg bli ade bpe jep..haahaha..

    BalasPadam
  6. Izzad : aku beli novel nih tahun lepas tapi minggu lepas baru buka plastik...menyesal tak baca awal2 :-)

    BalasPadam
  7. hlovate ni orang malaysia ke tulis?

    BalasPadam
  8. skrg ni sy nak try baca novel-novel hlovate dan fixi, anjakan paradigma...haha

    BalasPadam
  9. as salam..
    ah! mengimbau sejarah..
    yup! gaya penceritaan dan percakapan yang pernah digunakan oleh pakcik juga dulu2.

    haha..
    lama dah novel ni tak baca..

    by : fadzli-rt

    BalasPadam
  10. nak try cari lah novel ni, hehe~

    BalasPadam
  11. yup !!
    novel ni memang terbaik sangat sangat !! tak rugi baca. seyes :)

    BalasPadam
  12. novel versus best. kalu nak bace kisah lanjut lg. bace ked's story dlm pelangi..

    sye syorkan bace semua novel hlovate. memang terbaik ah.tak rugi beli novel dia. novel terbaru hlovate, contengan jalanan.

    BalasPadam
  13. tahniah sebab dah bace hans :)
    novel hlovate sume best. hope lepas ni bace sume ye. sebab banyak yg kita boleh dpt dr situ.

    BalasPadam
  14. novel ni falshback dari novel Aa+Bb ..

    dah baca Aa+Bb tak?

    BalasPadam
  15. sejak bila baca Jemari Seni? terkejut den! HAHA. Good. kayakan company aku! beli semua koleksi dia nah? Ngaaaaaaaaaaaaaaa! :D

    BalasPadam
  16. 1st Hlovate novel yg saya baca :)
    try la semua novel die , mmg syiok sangat . muhasabah diri pun lepas . hihi

    BalasPadam
  17. aku baru baca Versus.. adik aku ada tunas ni tapi aku tak baca2 lagi...ramai kata HLOVATE best.. buat la apa2 tajuk pun

    BalasPadam
  18. hans, hlovate the best! :D

    dia stay cool and anonymous, jalan cerita dia penuh mesej, tak pernah menghampakan. VERSUS bakal buat every readers rasa insaf. jatuh cinta gila gila dengan novel2 dia. :)

    BalasPadam
  19. kenapa aku rasa mcm pernah dgr nama Hlovate ni ekk...

    btw, nnti carik novel ni hehe

    BalasPadam
  20. hlovate... sangat santai penulisan dia... ada novel tunas ni... dah baca Aa+Bb, kira macam ada kaitan dengan tunas tapi versi depa dah besar...

    BalasPadam
  21. kalau buat drama lagi best !!! Sambung dngn novel aa+bb

    BalasPadam
  22. Mmng pun terbaik sbb menceritakan psl frienship....Aku suka gila watak ADDIN and MAGNIFICENT 7

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama