Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Walaweh! Tetengah malam buta macam nih tiba - tiba saja boleh pula gua melayan jiwa bernostalgia tentang kenangan gua tentang seorang member gua nih. Hari nih hari lahir beliau dan gua pertama kali kenal beliau sewaktu hari pendaftaran masa gua mendaftar sebagai pelajar diploma dekat Uitm Melaka dulu. Beliau juga merupakan member pertama gua yang berasal dari Sarawak.
Kenangan Indah 3 Tahun Disini
Walaweh! Bayangkan lah betapa terujanya gua waktu tu! Gua masa dulu sangat pemalu dan rendah diri! Tiba - tiba dia menegur gua dan dijadikan cerita lepas daftar tu gua tanyalah dapat hostel mana dan bilik nombor berapa? Walawehhhh!! Gua dah tahu ini roomate gua dan memang gua lega lah sebab awal - awal pengenalan kami berdua dah memang baik gila. Waktu tu gua fikir apa - apa hal gua lepak dengan mamat nih lah!
Bulatan Biru Tu Bilik Gua Masa Gua Part 1! Heheheh!
Gua orang kedua sampai dekat bilik gua. Apa lagi yang ditunggu! Wajiblah menempah katil bahagian bawah dan merembat loker kayu yang besar. Hahahahaha! Bayangkan dalam bilik tu ada 2 loker kayu besar dan 2 loker besi kecil. Tak adil betul bahagian pengurusan nih. Hohoho! Member gua dari Sarawak tu pula orang terakhir mendaftar dekat bilik tu jadi dia dapat lah loker besi yang kecil tu. Nak dijadikan cerita loker besi dia tak ada batang besi untuk gantung baju. Walawehhhh!! Gua rasa kesian gila! Bertambah kesian bila dia tanya gua boleh tak dia tumpang baju dekat loker gua! Gua kan dulu mudah lembut hati! Jadi, terjadilah sejarah gua berkongsi almari dengan kawan gua nih tetapi beliau memang baik sebab tak pernah berlaku apa - apa kecurian pun sama ada barang beliau atau barang gua! Kami berdua budak baik!
Rindu Cucur Udang Alor Gajah!!
Walaupun beliau bukan seorang Muslim tetapi beliau sangat baik dan kelakar! Memang seronok lah sepanjang 5 bulan gua sebilik dengan dia! Keluar pergi beli cucur udang Alor Gajah! Main game! Layan filem! Ambil tanda tangan senior! Pergi Dewan Makan! Bergaduh pun pernah! Makan maggi sekali! Mandi air sampah untuk hari pengiktirafan junior blok! Dengar ceramah roomate lagi sorang! Hahahahaha! Lepas tu walaupun dah tak sebilik sebab masing - masing dah pindah pergi bilik lain tapi masih berhubung dan masih lepak - lepak dekat luar. Sampai waktu sewa luar pun selamba jer gua lepak rumah sewa member gua nih. Siap lepak - lepak pergi Bandar Melaka naik Eye On Melaka lagi. Hehehehe!
Masa Buat Hakka Dulu! Kahkahkahkahkha!
Okay lah! Dah malas nak bernostalgia dah! Kali terakhir gua jumpa dia tak silap gua tahun nih tahun lepas entah! Dia datang rumah sewa gua dengan adik dan kawan gua. Datang melawat kejap jer! Sumpah gua terharu jugalah masa tu! Terharu campur segan dengan rumah sewa gua yang macam tongkang pecah tu! Apa - apapun, gua mengucapkan Selamat Hari Lahir pada member gua iaitu Joel Gregory Sili yang ke-24 dengan ucapan semoga umur kamu sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki. Ada rezeki gua jumpa lu lagi yer! :-)
Rindu Manusia - Manusia Dalam Gambar Nih!
P/S : Teringat Sambut Besday Member Gua Nih Dengan Roti Bakar Sebab Stok Maggi Dah Habis! Walaupun Makanan Tu Tak Mewah Tapi Keikhlasan Tu Buat Sambutan Hari Lahir Beliau Jadi Penuh Bermakna! (^_^)Y
awat pic hang hang tampal!ahhhaa
BalasPadamIzzad : wajib la tampal...muka zaman jahiliah aku tak sanggup nak letak sini...haahaha
BalasPadamwah, baik eh korang ??skill tulisan kali nih cam pompuan skit lar..hehe..tp x pe..bab kasih sayang nih mmg kena lembut sikit..=p
BalasPadamconfident itu penting!tanye tuter.hihi
BalasPadamNurasyiqin : pompuan lain kut....entry nh tak ada citer2 main2 rambut ker mekap2 ke tengok cermin ker...hohoho
BalasPadamizzad : hahaha...kalau aku tuter dah lama aku letak gambo zaman laman yang saiz A4 dkt entry nih...hahahha
ikhlas dlm berkawan.. insyallah kekal selama-lamanya..
BalasPadammandi air sampah...mesti wangi ko lps tu kan..heheh
BalasPadamla..
BalasPadamko budak blok N ker?
kenal bro? ayen? cinpeng? nahar? dolet?
hehehe
teringat gak masa zaman2 belaja di university dulu... errr rindu kawan2.. ermmmm
BalasPadamader tak belajar bahasa sarawak dgn dia..?kmk,ktk..hehe
BalasPadamteringat gak kt kwn2 masa dip kat uitm arau & degree kat uitm s.alam:)
BalasPadamJebat penderhaka, jebat penderhaka...ahaha..gurau bro..lame tak g mlake..
BalasPadamitulahkan, kita kalau baik dengan orang, yentu kita akan diingati selalu, tapi mertilah kerana kebaikan, bukan kerana kejahatan kita
BalasPadamHappy birthday juga buat Joel
besday aku bulan 8 taw.
BalasPadammotif nak cakap? entah lah.
haha okbai.
banyak memori bersama noo...happy birthday kat dia naa..
BalasPadamhappy birthday ke kawan tu eh. :)
BalasPadamala..awat tutup muke..
BalasPadamwahhh gamba part 1 pun ada lagi...
BalasPadammemori mg tetap jd kenangan indah =)
as salam..
BalasPadamwah! pengkisahan yang menarik! ;)
macam man ler boleh lupa ni dah tahun keberapa tak jumpa dia? dia kat sarawak ke? pakcik nak ke sarawak nanti ni. nak kirim apa2 ke untuk dia? hehe
uitm melaka rupanya..hehe
selamat belated birthday untuk beliau juga
=)
B: fadzli-rt
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com