Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans! Sekarang kita berada di dalam suasana berpuasa dan semestinya setiap orang mempunyai pilihan untuk berbuka dengan menu atau tempat yang diimpikan. Jadi, dibawah ini terdapat 5 jenis pilihan menu berbuka merangkumi tempat yang menjadi pilihan setiap orang. Mari kita lihat antara pilihan - pilihannya.
1) Makanan Orang Rumah
Alhamdulillah! Setelah beberapa tahun asyik berbuka puasa bersama rakan - rakan di hostel serta di rumah sewa maka tahun ini dapatlah juga gua berbuka puasa bersama keluarga tercinta. Makanan orang rumah ini bermaksud masakan yang dimasak oleh emak, isteri atau orang rumah kita. Memang seronok dapat makan masakan daripada air tangan mereka ini. Sedap! Bersih! Jimat! Berkat! Alhamdulillah! Paling seronok tu kita boleh makan lebih tanpa dikenakan cas tambahan. Tak ada cukai! Hehehehe! Memang ramai orang menjadikan makanan orang rumah sebagai pilihan utama untuk mereka berbuka puasa.
2) Makanan Bazaar
Ada juga orang yang suka menjadikan makanan - makanan di bazaar ramadhan sebagai juadah untuk mereka berbuka. Macam contoh teringin nak makan kuih - muih jadi beli lah dalam 2-3 keping. Jimat lah kan daripada buat setalam tetapi tak ada orang nak makan! Hehehe! Kadang - kadang dekat bazaar nih juga ada makanan - makanan unik atau 'eksotik' yang memang kita sukar nak jumpa atau tak pernah jumpa tetapi apabila tibanya bulan Ramadhan maka menjelma lah ia di bazaar ini. Memang ramai suka membeli juadah di sini kerana banyak pilihan.
3) Makanan Masjid
Berbuka di masjid juga menjadi pilihan kepada ramai orang sekarang. Selepas berbuka terus solat maghrib, isyak dan tarawih sekali! Ada juga pelajar yang mengambil kesempatan berbuka di masjid untuk menjimatkan wang perbelanjaan. Apa - apapun, memang seronok berbuka beramai - ramai di sini cuma gua tidak pernah mengalami atau berpeluang berbuka di masjid lagi.
4) Buffet Ramadhan Di Hotel
Ini pun gua masih tak berpeluang lagi lah nak merasa! Sebab selalunya sekepala pihak hotel cas harga sampai berpuluh - puluh ringgit! Sebagai contoh satu kepala perlu bayar RM50 untuk berbuka! Memang makanan yang disediakan banyak tetapi bagi gua berapa banyak sangat lah boleh makan kan! Lepas makan kurma dan minum air jer dah rasa kenyang! RM50 boleh beli stok makanan untuk seminggu owh bagi sesiapa yang masak di rumah! Apa - apapun, gua memang teringin juga lah nak cuba! Tunggu ada orang belanja gua lah! Hahahahaha!
5) Makanan Jiran
Makanan jiran disini bukannya bermaksud korang pergi rumah jiran sebelah dan berbuka dengan mereka tetapi bermaksud korang lebih suka makanan yang jiran korang hantar dekat rumah korang untuk dijadikan makanan berbuka! Hahahaha! Aku tak tahu lah ada ker tidak insan kategori ini tetapi aku tak rasa ia mustahil. Mesti ada punya kan! Mana tak nya kalau jiran sebelah rumah korang tu tiba - tiba Chef Wan mesti lah korang macam semangat jer nak rasa masakan dia kan! Hehehehe!
P/S : Yang Mana Satukah Pilihan Anda Antara 1 Hingga 5?
makanan bazaar besttt...
BalasPadamtapi xleh lawan makanan rumah.
:D
no 6 makanan dibelanje oleh hans
BalasPadamofkos la 1st tu....tp yg brbuke kt msjid pon yok whoa....lagi2 ble mkn dlm talam....mmg rse best sgt!
BalasPadamumah2.! and aku cam tersokong komen kawan kau, makanan yg dibelanja ko :P
BalasPadammakanan orang rumah yang the bestt! aummmmm! sedap sungguh masakan air tangan ibu:) tak leh dibeli di mana-mana~ heee=)
BalasPadamaku mencari makanan jiwa..haha...aku suka yg 1st dgn last!!..nomnomnom..haha
BalasPadamno 1..paling selamt n tahu yg dibubuh...n lagi satu bersih..
BalasPadamyg luar tu x jamin ar kecuali hotel..
bab kata ko, mkn sikit je, mmg x bebaloi ar mkn kat hotel..
selamat berbuka!
betul3.. 6 thn buka puasa di hostel, thn ni special sbb dgn family. nak sahur pun dh x terlajak
BalasPadamsejak dok kat egypt ni, makanan nomb 3 tu la jadi hidangan bebuka. hehe. sebab diorang buat khas untuk student msia. jimat juga duit bulan puasa ni~ hehe.
BalasPadamnasib baek aku bukak lepas berbukak kalu tak memang AAAA HAHAHHAHA
BalasPadamTapi serius yg no 4 tu memang membazir..Walaupun dia bukak harga Rm30 je utk seorang..
BalasPadamApapun yang no 1 tu memang best..kenyang pun kenyang..murah..sedap lagi..hehe
pernah buka puasa ala bufet di hotel dulu.
BalasPadammasa tu j.w. marriot buat majlis buka puasa utk semua staff F&B dia so aku yg kerja part-time jd waiter dapat la g mkn buffet ramadhan diorang.
mmg best...
hehe mestilah pilih no 1..(:
BalasPadamhaha,chef wan pun buzy buat show dkt overseas. ngeh3..
BalasPadammakanan mak masak lah yg best! tp kdg2 kalau jiran masak lagi best pun boleh jadi best! ;p
aku suka makan masakan umah bro....lebih selesa..hehe
BalasPadamdah 9 hari puasa, den style makanan umah je. simple dan tak membazir. Alhamdulillah.
BalasPadamsuka makan kat masjid. free and meriah. huhu
BalasPadamohh , bertukar2 mknn dgn jiran. 2x sehari. haha
BalasPadamsemuo pon jadik pilihan, asal ado..haha
BalasPadambazaar food yg paling sodap
BalasPadamselain berbuka kat rumah, berbuka kat masjid dalam dulang best gak :)
BalasPadamaku pon teringin nak cube buffet dekat hotel..tapi same la mcm ko..nak tunggu org belanje...hehe
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com