Balik Kampung

Penyanyi:
Sudirman


Lagu:
Balik Kampung


Lirik Lagu Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung
Ho Ho Ho balik kampung
Ho Ho Ho balik kampung
Hati girang
 
Ho Ho Ho balik kampung
Ho Ho Ho balik kampung
Ho Ho Ho balik kampung 
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti




Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Bagaimana dengan status puasa anda bagi pembaca Hans yang beragama Islam? Masih penuh atau rekod anda sudah lebur? Hehehehe! Apa - apapun, kepada yang boleh berpuasa itu maka teruskanlah berpuasa. Lirik di atas ialah lirik lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman. Asalnya lagu ini bukanlah dicipta sebagai lagu Hari Raya tetapi kerana apabila kita sebagai masyarakat mengambil kesempatan cuti raya dengan pulang ke kampung halaman masing - masing jadi ia membuatkan lagu ini bersifat begitu simbiosis dengan suasana hari raya.


 Macam Senget Jer Bas Nih!!


Memandangkan tahun ini aku sedang bercuti sejak awal Ramadhan sehingga tibanya Hari Raya Aidilfitiri nanti maka aku terlepas untuk merasai debaran membeli tiket bas untuk pulang ke kampung atau pun merasa begitu takut apabila mendengar khabar tiket bas sudah habis dijual. Jadi, aku nak berkongsi pengalaman aku berada di perantauan(perantauan ker?) sewaktu bersekolah dahulu dan cabaran - cabaran membeli tiket bas untuk pulang berhari raya di kampung halaman ku pada ketika itu.


 Tempat Kejadian! Hahahaha!


Masa bersekolah di Kangar, Perlis memang agak menakutkan usai tibanya waktu untuk aku pulang berhari raya. Memandangkan tiket bas yang dibeli tidak boleh ditempah awal sebab bukannya nak balik ke Kuala Lumpur pun tetapi Kedah dan jarak antara kedua - dua negeri ini tidak lah jauh mana pun jadi terpaksa lah berebut - rebut dengan kawan - kawan lain untuk naik bas yang hanya berkapasiti 40 tempat duduk dalam satu - satu masa. Apa yang lebih menyedihkan tu selain berebut - rebut dengan budak sekolah sendiri aku juga perlu bersaing dengan budak sekolah lain seperti Teknik Arau, Agama Perempuan Kangar, Sains Tuanku Syed Putra dan banyak lagi. Beli tiket tu tak ada apa lagi sebab budaya pakcik atau makcik di kaunter tu asalkan dekat tangan dia masih ada buku tiket tu maka dia akan jual tanpa fikir bagaimana keadaan atau jumlah manusia dalam bas tu.




Lepas tu satu hal pula nak berebut naik bas! Yang lawaknya ialah aku dengan kawan - kawan akan berdiri dekat tempat - tempat tertentu atau lebih tepat lagi kami semua sedang berkira - kira tentang kedudukan pintu bas apabila bas tu berhenti. Inilah gunanya Matematik dan Fizik Education! Semua benda seperti momentum bas, kelajuan, dan macam - macam lagi menjadi ukuran kami ketika itu. Hahahaha! Memang seronok kalau bila bas tu berhenti dan pintu bas tu betul - betul depan aku. Jadi, kebarangkalian untuk masuk ke dalam bas dan mendapatkan tempat duduk adalah 80%. Kenapa 80% sahaja? Hahaha! Ini kerana manusia - manusia yang berada di pintu bas tu harus lah bersifat agresif untuk masuk atau mereka secara tiba - tiba akan ditarik ke belakang dan akhirnya tidak dapat masuk ke dalam bas! Hahahaha!




Tetapi, apa yang membuatkan aku dan kawan - kawan menyumpah pada ketika itu ialah pakcik bas dengan sengajanya akan melajakkan bas ke depan untuk melihat kami semua berlari - lari untuk menjadi orang pertama terpacak di depan pintu bas. Sudah lah beg baju aku yang besar ibarat nak pergi buat haji tu berat dan dengan fizikal aku yang gemuk jadi memang berhempas pulas lah berlari semata - mata tak mahu ketinggalan bas. Waktu berebut - rebut tu pula memang dasyat! Bukan lelaki sahaja tetapi perempuan pun sama naik! Aku rasa dah macam Rikishi lawan dengan The Rock pula waktu tu! Situasinya lebih kurang macam nih :-


Aku : Weh! Cepat lah naikkk!! Hang dok tunggu atas tangga dari tadi pasai apa?

Kawan Aku : Bagi lah awek - awek nih naik dulu!!!

Aku : Hang tak payah nak tunjuk hero lah jebonnnn!!! Tahu lah mat bunga pun! Tak payah nak merla sangat lah! Cepat lah naikkk!!! Aku nak chup tempat duduk lah setannnn!!!!

Orang Belakang : Woiiiii!!! Naik lah cepatttt!!!! Poyooooo haihhhhhhhh!!!!

Kawan Aku : Yer lahhhh!! Yer lahhhh!!! Aku naikkkkkkkkkkk!!!

Orang Belakang : Booooooooooooo!!!

Aku : Boooooooooooooooo!!!!

Kawan Aku : Aik! Hang pun booooo aku jugaaa!!!

Aku : Sebab hang budget hang baguih sangat lah aku boooo!!!!

Kawan Aku : Sob Sob Sob!!!

Perempuan : Eh!! Ahhhh!!! Sakit - sakitt!! Janganlah tolak!!!

Aku : .......(lantak kau lah!! Naik terkemut - kemut!! Dah makhluk belakang nih menolak - nolak)

Orang Belakang : Tolakkkkk!!!! Tolakkkk!!!! Tolakkk!!!! (menjerit - jerit bersemangat)


Korang tengok lah! Semangat nak balik kampung untuk mengelak tertinggal bas sangat tinggi sampai nilai - nilai bersabar di bulan Ramadhan hilang entah kemana ketika itu! Mahu tak cuak kan! Bas sejam sekali jer datang! Bas terakhir pukul 7.00 petang! Masa berebut tu dah pukul 4.00 petang! Nak bersaing dengan budak - budak sekolah yang lain lagi! Hahahahaha! Itu baru kisah perebutan untuk masuk ke dalam bas! Aku nak cerita pula perebutan tempat duduk yang terhad di dalam bas tu! Hahahaha!


 Berebut Tempat Duduk Bas!!


Memandangkan bas ada dua pintu masuk iaitu di depan dan tengah maka perebutan untuk mendapatkan tempat duduk yang berkapasiti 40 tempat tu memang terhad dengan penumpang yang masuk melebihi 50 orang. Paling seronok tu bila ada penumpang yang masuk di pintu belakang dan depan berebutkan tempat duduk di tengah bas! Walawehhh! Waktu ini terdapat 4 faktor yang membuatkan seseorang itu berjaya mendapatkan tempat duduk tersebut iaitu :-


1) Saiz dan kuantiti beg baju yang dibawa pulang
2) Kelajuan larian
3) Kelasakan badan untuk bertolak jika kelajuan larian adalah sama
4) Tuah


Alhamdulillah aku dapat tempat duduk tanpa perlu melalui peristiwa perebutan tempat yang sangat epik tu! Hahaha! Kemudian, cabaran seterusnya apabila bas mula bergerak! Memandangkan jumlah manusia di dalam bas adalah sangat padat dan banyak juga yang terpaksa berdiri sambil memegang kerusi dan pemegang yang disediakan terutama pelajar lelaki jadi macam biasalah kan! Lelaki kan kuat berpeluh tambah - tambah perjalanan dari sekolah ke stesen bas bukannya dekat maka bau yang terhasil dari sesetengah orang adakalanya sangat memualkan! Belum ditambah lagi dengan aroma kentut versi diam yang entah siapa pemiliknya yang berbau maha dasyat serta memberi aroma tambahan di dalam bas membuatkan pelajar - pelajar perempuan banyak yang pening kepala dan terasa mahu muntah! Hahahahaha!


 Busukkkkkkkkkkknyaaaaaaaaa!!


Disebabkan bas yang aku dan kawan - kawan naik ialah bas henti - henti jadi semakin lama semakin berkurang manusia di dalam bas dan akhirnya alhamdulillah kami semua sampai juga ke kampung halaman masing - masing! Inilah antara salah satu pengalaman aku sewaktu balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga.


P/S : Bagaimana Dengan Anda? Kongsikan Pengalaman Anda Pulang Berhari Raya Di Ruang Komen Entry Ini! (^_^)Y 

27 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. dulu kat sg petani..tak pnh berebut..tapi kalau nak blik..bleh naik banyak bas..sbb bas tu akan lalu ke tg malim gak..kalau takde bas..naik tren ..:D

    BalasPadam
  2. dahsyatnya berebut mcm tu? smpai kuar rikishi n the rock pulak...haha

    dulu masa student mmg blk naik bas lah..tp bas ekspress...xpnh lg naik bas henti2 mcm ni...azab kot....

    skg naik kete dh.. =)

    slmt la blk kmpg ye!

    BalasPadam
  3. Auuwwww...memang rasa lawak bila fikirkan pasal pengalaman dengan bas bila diperantauan...hari2 pergi check kat stesen bas kotkot tiket dah dijual..abg yg jual tiket,siap kenal lagi muka nie haaa...tak senang duduk bila tiket tak dapat ditangan ni haa..sapa yang tak nak balik kampung.ye dakkk..hehee..=D

    BalasPadam
  4. kampung aku jln kaki je. 5 mnt dah sampai

    BalasPadam
  5. haha XD lau yg brdiri n berharap pintu bas betol2 depan muke tu maseh buat gk tu!!! XD

    BalasPadam
  6. pengalaman naik baslah pengalaman paling menraik time balik raya...syiokkk oooo~~

    BalasPadam
  7. HAHA rindu plak nak naik bas pegi balik kampung jauh-jauh *bajet kampung jauh* sekarang Zida tak main bas, kitorang main flight terus. HAHAHA

    BalasPadam
  8. kadang2 bnyk pendtang sing lgi orng malaysi.macam mane 2?kekeke

    BalasPadam
  9. hebat gile pengalaman balik ke kampung...aku setakat ni tak pernah mcm tu lagi..haha..tp serius pengalaman mcm ni la yg akan di kenang smpi bila2...

    BalasPadam
  10. pengalaman yg tak dpt dilupakan masa study di kedah.. kena tipu dgn pengusaha bas.. smp masa nk balik beraya bas yang patut sya naik x muncul tiba.. mcm2 alasan diberi kononnya bas rosak dan bas gantian sedang dlm perjalanan... padahal xde pun.. terpaksalah beli tiket bas lain dan nasib baik ada.. kalo tak ada??? menangis!!

    BalasPadam
  11. hahaha..
    boleh buat buku nih...mujur je kau dapat tempat duduk..

    BalasPadam
  12. selamat la tak pnah lg berebut2 smpai mcm tuh

    BalasPadam
  13. wah panjang entry kali ni...
    ini bikin aku semngt nak balik kg..aku dah siap awal beli tiket kapal balik sabah..

    BalasPadam
  14. pergh..usaha yang berbaloi...aku dok jauh dulu sekolah...pedalaman...balik raya memang ada bas khas dari sekolah sapmai ke daerah yang ditinggal..hehe.

    BalasPadam
  15. xde pengalaman balek raya naik bus :B

    BalasPadam
  16. shahab perdana kan.. rindunya.. ni yg tak sabar nk blk kg ni.. seb baik tiket dah bli.. tu pn 10 terakhir..

    BalasPadam
  17. HAHAHA bro tercinta (what a gay statement!!) hehehe
    panjang entry bro,
    well u get ready bro, we gonna sing that song together..
    3,2.1 perjalanan jauh tak ku rasa kerna hati ku melonjak sama..
    ~nananananaananaana~

    BalasPadam
  18. berpuasa sebulan dirumah + raya sekali...

    xyah tanggung azab naek bas..hahah XD

    hepi XD

    BalasPadam
  19. Takder pengalaman naik bas pulang kampung.. Kalau berebut naik bas pulang skolah jer pernah buat sampai cermin mata pecah kena pijak.. Great experience...

    BalasPadam
  20. aku tak prnah ad pengalaman naik bas balik kg. even dduk hostel dr form 1 smpai sekrg, mesti ayah aku jugak yg dtg ambik. kdang2 jeles jugak dgn org yg ad pngalaman balik kg naik bas ni. :B

    BalasPadam
  21. nk blik kg ade tiket
    tp nk dtg kolej tiket xder.
    cmner ni

    BalasPadam
  22. Banyak part yang boleh buat aku gelak,mana hang dok dapat ide the rock dgn rikishi pun tak tau..haha

    Tak boleh bla siap kira momentum bus bagai,aku syak hang budak bijak lah..

    Tp aku sokong part pemandu bus saja dok kasi lajak depan sikit br berhenti,suka nak tgk hangpa lari-lari anak. Bukan apaa,depa pun duk pening tgk hangpa semua tak reti nak sabaq. Sama la macam aku time sekolah dulu,waktu nak balik masing-masing dok tolak-tolak..

    BalasPadam
  23. rindu nak balik beraya dgn busss

    BalasPadam
  24. haha. aku salah seorg perebut tmpt duduk yg hebatt dlu. :)

    BalasPadam
  25. bas kangar - aloq staq memang sentiasa penuh sampai la...dulu pnjang la nie makin pendek...

    1hari 3wanita kongsi duduk utk 2 seat...nasib la kurus2..klu x mmng xmuat

    BalasPadam
  26. SERIUS entry ne best + lawakk!! :DDD

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama