Kadar Zakat Fitrah 2011 : Jom Bayar!



Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).


Syarat Zakat Fitrah

1.Islam

2.Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.

3.Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.


Kewajipan zakat fitrah

1.Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.

2.Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.



Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:


Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.


Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.


Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.


Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.


Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


P/S : Kalau Dulu Kita Asyik Ikut Ayah Masing - Masing Bayar Zakt Fitrah Tapi Apabila Dah Besar Dan Bekerja Ini Dah Tiba Masanya untuk Kita Pula Membayar Zakat Fitrah! Jadi, Jom Bayar Zakar Fitrah! (^_^)Y


27 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bayar, bayar hans. tuk aku sekali

    BalasPadam
  2. jom pakat pergi bayar.. kena prepare rm7 ni..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...byr awal2 hans, senang:)

    BalasPadam
  4. sejak abah aku meninggal
    aku tak tau sape umat yang baik banyar zakat fitrah tuk aku
    bila aku tanya nenek
    nenek kata dah ada org bayar
    aku nak tau sangat sapa org tu

    shahduuu betul aku

    BalasPadam
  5. hari tu entri aku tak tepat ler..apapun thanks hans (for info)..sok bayar..hari nie bayar kat worksop dulu..huhu

    BalasPadam
  6. insyaAllah tahun ni teringin nak bayar tuk diri sndiri dan family..

    BalasPadam
  7. sabah RM7... hehe

    paling byk pahalanye
    bile bayar pada hari raya...^^

    BalasPadam
  8. hahaha...
    ade la...
    search je nama ak... =P

    BalasPadam
  9. Okay..nanti aku bayar...huhu..surau depan rumah jer...lepas terawih leh bayar...mmm

    BalasPadam
  10. mungkin tahun ni tahun first aku bayar zakat fitrah sendiri..heheh

    BalasPadam
  11. cepat-cepat ingat kan baba pasal zakat

    BalasPadam
  12. jgn lupa tunaikan zakat! =)

    BalasPadam
  13. to lar terase nk byar sendri tahn ni tpi kurang thu la pasal zakt ftrh ni,huhu2..mybe nnti nk byr bru nk call abah tyer..:)

    BalasPadam
  14. aik .. dah bayar sendiri ke ? aku masih dalam tangungan .. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama