Lemah Dari Segi Kesihatan Perut

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Dulu zaman aku baru masuk alam remaja iaitu lingkungan umur 13 tahun - 17 tahun tu aku memang suka baca horoskop dan ada satu tahap kadang - kadang aku agak terpengaruh juga pada benda - benda merepek dalam tu sebab tiba - tiba benda yang ditulis di dalam tu berlaku dalam hidup aku. Tetapi, selepas aku dapat tahu bahawa mempercayai atau membaca sekali pun dikira berdosa dan tidak elok diamalkan oleh orang Islam maka aku pun dah tak membaca lagi dah bahagian horoskop tu.




Tetapi, aku sangat tertarik dengan ciri - ciri orang yang lahir mengikut bulan yang datangnya daripada Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan aku rasa ini bukannya horoskop kerana horoskop lebih kepada meramalkan nasib manusia berbanding mengenali ciri - ciri orang yang lahir mengikut bulan. Salah satu perkara di dalam ciri - ciri orang yang lahir mengikut bulan kelahiran aku yang membuatkan aku tertarik ialah Lemah Dari Segi Kesihatan Perut.




Sepanjang waktu berpuasa untuk hari ke-6 iaitu semalam aku mengalami masalah pening dan sakit perut yang teramat sangat. Nak kata aku keracunan makanan sebab beli makanan dekat bazaar tak ada lah pula sebab tak ada pula makanan yang aku maka dibeli disitu. Nak kata masakan rumah tercemar pun tidak juga sebab keluarga aku pun makan benda yang sama macam aku makan dan mereka sihat dan segar bugar jer. Aku pula yang pucat sebab letih gara - gara pening dan membuang air besar dekat tandas.


 Bukan Perut Aku Nih Tetapi Bakal Jadi Perut Aku!! Hahaha!


Tiba - tiba aku teringat pula pengalaman aku dekat Shah Alam bersama budak rumah aku si Fizi. Aku dengan dia suka cuba makanan dekat macam - macam restoran atau kedai makan dekat sana. Dan kadang - kadang perut aku mesti meragam seperti aku kena keracunan makanan sedangkan budak aku si Si Fizi tu elok jer perut dia. Tak ada pula dia jadi macam aku! Nak kata makanan aku dan dia lain tak boleh juga sebab kami berdua pesan menu yang sama sewaktu aku ada masalah sakit perut tu. Hahahaha!




Jadi, secara tiba - tiba aku teringatkan ciri - ciri orang yang lahir pada bulan yang aku lahir dan bila terpandang ayat Lemah Dari Segi Kesihatan Perut tu buat aku tersenyum seorang diri. Selepas lebih 24 jam aku kepeningan dan sakit perut akhirnya kini aku dah pulih! Alhamdulillah! Syukur pada Allah sebab kembali memberikan kesihatan yang baik pada aku. Apa - apapun, aku harap tiada lah apa - apa halangan untuk aku kekal berpuasa penuh untuk Ramadhan kali ini. Doakan aku yer! Assalammualaikum!


P/S : Bibir Saya Kembali Kemerah - Merahan! (^_^)Y

40 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Perut ko tu stress sangat kot.. haha.. Nway, ko dah kena tag.. SIla terjah entry baru aku...

    BalasPadam
  2. semoga perut inche hans tidak meragam lagi ;)...puasa elok2 naaa....

    BalasPadam
  3. semoga perut inche hans tidak meragam lagi ;)...puasa elok2 naaa....

    BalasPadam
  4. ouh..bulan 7 camtu ea..btw..perut 2...mcm perut aku je..ahaha

    BalasPadam
  5. saya pun bulan julai jugak , hee.
    dan ya, saya pun ade msalah perut gakk -___- dr kecik lg gastrik la angin la amende la -_-
    moga inchek hans tak sakit2 perut dah ^^

    BalasPadam
  6. ak pun suke juga bce horoskop ni...
    sampai sekrg...
    bukan nak percaye 100%...
    just suke nak tahu je... hehe

    BalasPadam
  7. aku pon suka baca..tak berapa percaya tapi memang macam betul je...

    BalasPadam
  8. ketahuilah amende yg ko telan tu yg bikin perut ko meragam.

    ada org takleh minum susu awal pagi...

    huhu...

    BalasPadam
  9. aku bln 7 juga.haha tp aku mmg lemah
    dr segi perut.pas makan xsah xskt perut.
    bila d skt tu..ya allah.terasa nak
    carut.kdg sebelum makan. -.-

    pastu membuncit je.pehal?hahah

    BalasPadam
  10. kajian tu byk juga betul...tak dinafikan.hehe.beringat sebelum kena lagi.

    BalasPadam
  11. perut tu yg sensitif kot.. hehe.. ade la tu pape yg tak kene..

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum..
    Tertarik dgn entri anta kali ni..
    Horoskop ni dikira perkara lagha..yakni perkara yg sia2..yg x membawa2 apa2 kesan..
    bahkan klau percaya dgn ramalan ni..bermakna kita ni x redha dgn takdir yg Allah dah tetapkan pada kita semua..masyaAllah..nauzubillah..minx dijauhkan semua ni..
    SAhabat...amalkan membaca Bismmillah tika nak mkn(pesanan utk dri sndri jgak)...
    Allah itu Maha BESAR...kerana once kita baca basmalah..insyaAllah bacteria2 jahat xkan memngangu system GIT kita..
    Mengapa sedemikian? kerana...Bacteria telah berjanji dgn Allah,klau kita baca bismillah..dia akan mati dgn ayat tu..(sumber Al-islam)
    Subhanallah..maha suci Allah..
    p/s:
    yg baek kita amal-amalkan,yg buruk kita jauh-jauhkan..selamat beramal ^.^

    BalasPadam
  13. salam.. hans selamat berpuasa!

    kalau lemah drp kesihatan perut kena jaga makan la eh..

    BalasPadam
  14. perut tak kebal lah hans ni..

    BalasPadam
  15. HAri ke 2 perut saya sakit memulas dan terkena cirit birit tapi dapat berpuasa hingga berbuka. Bimbang juga hidrasi kerana kekurangan air

    BalasPadam
  16. maybe ada mknn yg perut hans sensitif kot..

    BalasPadam
  17. perut manje sgt la tuh, hehe~~

    BalasPadam
  18. perut nervous nak jadi six packs tu hehehe..

    BalasPadam
  19. moga bibir anda merah lagi..
    wow, bakal perut kau ke tu? HAHA

    BalasPadam
  20. hahaha..
    apapun tak mengapalah.. yg penting bibir merah.. kalau bibir merah selalunya nampak sihat dan bersih.

    BalasPadam
  21. ye la..tapi jangan buat alasan nak ponteng pose dah la.hehe
    selamat berpose

    BalasPadam
  22. wadi : yups...kenapa? bibir ekau hijau? ekekekekeek

    fathiah : saya tak ad gastri :-)

    Cik Paro : sila google :-)

    shandye : aku xminum susu :-)

    Lensa Daie : yups...tu la pasal dah xbaca horoskop dah..haih..den bukan setakat baca bismillah..siap doa makan lagi :-)

    faiz : tak pernah kena gastrik :-)

    akubiomed : sebab tu semalam aku lemah gila...rasa kering je badan

    BalasPadam
  23. hans ape kene mengena sakit perut dengan bibir kembali kemerah merahan?

    hahha.tak paham =)

    anyway goodluck untuk anda.perempuan biasa tak dapat puasa penuh.

    BalasPadam
  24. kemain ayat last. haha

    aku tak tau ciri2 orang lahir bulan 9 =___=

    BalasPadam
  25. Zety : maksudnya saya dah kembali sihat...kalau tidak bibir pucat la sebab sakit perut :-)

    syazwan : hahha..ko gi google..taip je fadzilah kamsah ciri2 bulan september..kekekeke

    BalasPadam
  26. ahaha..kemain perut tu eh hans..heee

    BalasPadam
  27. six pack hah..(:

    BalasPadam
  28. moga dpt menjalani ibadah puasa dgn jayanya! =D

    BalasPadam
  29. pergh! six pack tuu. kena pergi gym la kalau nk perut mcm tu. hehe :)

    BalasPadam
  30. to lar kena pejam mate lar membelek majalah y ada horoskp..mmg suke gak bce time2 sekolah dlu..nak2 bile sesuatu perkara tu terjdi lam hidup kite msti bertambah tambah pcyer kan,ermm..nampaknyer ramai y alaminyer..:)

    BalasPadam
  31. bukan ikut bulan kelahiran je ..

    aku pun sama je .. perut tak kuat .. banyak benda takleh masuk .. huhuh

    BalasPadam
  32. Sya pon blan julai tpi xlah steruk tu..tpi sya skit perut bhagian tepi..skit gile

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama