Segmen Ramadhan Jejaka Terhangat : Makanan Buka Puasa Kegemaranku



Aku sebenarnya memang malas join apa - apa segmen atau jawab tag cuma mungkin di bulan Ramadhan aku rasa macam bersalah pula kalau tak join sebab rasa tak sampai hati nak mengecewakan Blogger Hazwan yang tag aku maka aku pun join lah. Ayat minta kaki jer kan? Hahahaha!




Aku sangat suka kepak ayam madu atau pun kepak ayam bakar atau pun apa - apa masakan yang ada kepak ayam di dalamnya! Mesti aku masukkan siap - siap kepak ayam tu dalam pinggan aku! Masa kecil - kecil siap bergaduh dengan abang dan kakak aku lagi berebutkan kepak ayam. Hahahahaha!




Kalau untuk kuih muih pula aku sangat sukakan kuih seri muka atau kami dekat utara nih panggil pulut sekaya! Kerana kecintaan aku pada kuih nih maka boleh aku katakan sekali aku pandang jer aku dah tahu kuih yang dijual penjual tu sedap atau tak! Kalau nak tahu sedap ke tak kena pandai tengok warna hijau kuih nih! Cari yang warna hijau yang ala - ala pudar tu! Insyaallah sedap!




Untuk air pula aku amat menggemari air kelapa muda atau kami orang utara panggil ayaq nyoq yang manis berkrim disukai ramai! Hahahaha! Kasi sejuk dalam peti ais lepas tu minum! Walaweh! Terangkat beb! Tak payah beli! Ambil jer dekat pokok depan rumah nih! Jimat dan segar! Tanpa pengawet!




Lepas dah minum air tu maka kita bantai makan cucur pula! Hah! Aku suka juga cucur udang! Celup pula dengan kuah kacang dia! Walaweh! Marvelous!! Hahahaha! Buat sendiri baru puas! Tolong mak aku gorengkan hari tu! Setiap biji pasti ada udang! Baru nikmat! Hehehehehehe!




Aku juga sangat sukakan yong tau foo. Walaweh! Kalau aku beli dekat bazaar mau yang bebola ketam, udang, sotong ke apa tu aku rembat banyak - banyak! Lepas tu tambah dengan sayur kangkung! Walaweh! Memang sedap sudah! Mahu tak kena resdung! Hahahaha! Tapi untuk puasa kali ini aku tak beli lagi makanan nih! Susah nak cari penjual yang pandai buat kuah yong tau foo nih!


Mak aihhh! Sampai 5 gambar dah nih! Ikut hati ada lagi 100 gambar nak letak tapi karang terbatal pula puasa korang yang membaca! Tu lah pasal aku dah kata jangan tag aku bab - bab makanan nih! Aku kan suka makan! Cita - cita nak ganti Maria Tunku Sabri pula!!! 5 gambar jer mana cukup! Hahahaha! Apa - apapun, ini antara makanan - makanan yang terlintas dalam fikiran aku buat masa sekarang yang aku suka sewaktu berbuka puasa! Jadi, aku nak tag siapa pula yer?


*Sumber Gambar Semua Ambil Dari Google*



23 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. fuhh, sedap sehingga menjilat jari

    BalasPadam
  2. byknya tayang makanan...kak pose ni, hehe

    BalasPadam
  3. oh hans.. pelisla di siang hari bulan ramadhan ni. xtahan nengoknye

    BalasPadam
  4. aduh brother. aku baca entri pukul 330 petang. rasa nak je cabut pegi bazar terus cari kuih seri muka. sabar sabar. ada 4 jam lagi sebelum berbuka. hehehe.

    BalasPadam
  5. kuih seri muka tu mak aku selalu buat.hehe.fav jugak tu..haha.aiq nyok fuh, memang sedap kalau tengah panas2 terik mentari....hehe

    BalasPadam
  6. amboi..sedap tol tengok makanan nie..hahaha

    BalasPadam
  7. dulu aku ingat air nyoq tu air ubat org tua nyanyuk, heh, samat b'puasa.

    bj raya dah beli?

    BalasPadam
  8. sedapnya...
    tergugat iman tgk mkanan kt atas tu..

    BalasPadam
  9. adeh,meleleh ayaq liuq hahaha

    wallaweh,yong tau foo mmg feveret ! ;D

    BalasPadam
  10. entry kamu buat org lapar! :D

    BalasPadam
  11. ya allah!!..seb baik dah nak dkt buka puasa...kalo tak...aduh terbatal..haha

    BalasPadam
  12. perghh...ayaq nyoq tu yg best tu...klo mse duk kt kedah tu, mmg sanggop pegi tupah singgah kdai tepi jalan yg jual ayaq nyoq... sodap!

    BalasPadam
  13. waaa..hans,seb bek aku bace pas berbuka..wakaka..kalu x..mahu je aku cari kepak ko kt bazar td..
    mak aih..promosi ramadhan betul ko ye..haha
    i like=)

    BalasPadam
  14. beshnya suma! sy suka ayam percik!

    BalasPadam
  15. same lar kite..suke sangat kepak ayam!..

    BalasPadam
  16. wahh, banyaknye. tak teragak. sumenya kecur2 belaka. yong tau foo mmg feberet. ade geng ni. hehe..

    Thanks hans sudi join segmen ni. senarai nama dah update. nnti check la kat blog JT yek..=) http://www.jejakaterhangat.com/2011/08/segmen-ramadhan-jejaka-terhangat.html

    BalasPadam
  17. mmg terbaik la kegemaran ni.. sis pn dalam byk2 isi ayam suka kepak.. tak byk isi dan x byk tulang.. :)

    duk kg senang kan nk minum air kelapa.. fresh..

    gud luck..

    BalasPadam
  18. pergh .. banyak pulak makanan ko letak .. haish .. dasat sangat ni

    BalasPadam
  19. singgah dr segmen ni jgk hehe


    perghh byknya hans..lapo la pulokk :P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama