Tajuk :-
Snow White And The Seven Dwarfs
Genre :-
Fantasi
Episod :-
2
Watak - Watak Utama :-
...............................................................................................................................
Snow White
Ahli Sihir Jahat
Putera Raja
Orang Kerdil
Makhluk Dalam Cermin Ahli Sihir Jahat
...............................................................................................................................
Ahli sihir yang jahat itu mulai merancang rancangan jahatnya sendirian tanpa meminta bantuan sesiapa pun. Niatnya bukan sahaja mahu membunuh Snow White malahan dia juga merancang untuk menggoda Putera Raja iaitu waris tunggal kerajaan LINPA pimpinan Raja Linpazhingo yang semakin uzur untuk merampas takhta dan seterusnya menjadi pemerintah kepada kerajaan LINPA.
Raja Linpazhingo Sewaktu Era Kekacakan Beliau
Nama kerajaan LINPA ini asalnya ialah daripada gabungan nama 2 ekor haiwan penghisap darah iaitu lintah dan pacat. Kisah nama itu diberi bermula apabila pada suatu hari sewaktu Raja Linpazhingo pergi memburu bersama pengikut - pengikutnya di dalam hutan dan tiba - tiba beliau terasa kakinya gatal lalu apabila beliau memandang ke bawah didapatinya terdapat seekor haiwan yang sedang leka menghisap darah daripada kakinya.
Raja Linpazhingo 30 Tahun Selepas Itu
Apabila ditanya pada pengikut - pengikutnya tentang apakah nama sebenar haiwan tersebut maka ada yang berkata haiwan itu bernama lintah dan ada pula yang memberitahu haiwan itu bernama pacat. Jadi, Raja Linpazhingo mengambil keputusan untuk menggabungkan nama kedua - dua haiwan tersebut menjadi LINPA dan menamakan negara pimpinannya dengan nama tersebut kerana kagum dengan haiwan tersebut yang walaupun bersaiz kecil namun berani mengambil risiko menghisap darah beliau. Memandangkan beliau sudah tua dan kini semakin uzur maka pada suatu malam beliau memanggil anak beliau iaitu Putera Raja datang menghadap dan berlaku lah perbualan seperti dibawah ini
: Wahai anak ku!! Memandangkan kesihatan ayah kini semakin teruk maka ayah ada satu permintaan dan ayah harap kau dapatlah tunaikan hajat ayah mu ini wahai anak ku Putera Raja!!!
:Wahai ayah ku!! Apakah gerangannya hajat mu itu? Akan anakanda mu ini tunaikan selagi nyawa masih dikandung badan.
: Ayah lihat kau sudah besar!! Sudah menjadi seorang pemuda yang gagah pun dan bakal menggantikan tempat ayah di istana kelak. Jadi, memandangkan ayah pun sudah tua maka elok lah kau cari seorang gadis untuk...
: Ayah!! Sudah berapa kali anakanda beritahu bahawa belum tiba masanya lagi untuk anakanda berkahwin. Lagipun anakanda masih belum berjumpa dengan gadis yang mampu mencairkan hati anakanda ini!
: Sudah berapa kali ayah pesan jangan menyampuk sewaktu ayah sedang bercakap!!! Ayah bukannya suruh kau cari seorang gadis untuk dijadikan isteri kau tetapi untuk ayah!! Sudah lama ayah hidup keseorangan selepas pemergian ibunda kau pada 20 tahun yang lampau!!
: Ayah oh ayah!! Dalam saat ayah sakit begini pun ayah masih lagi berhajat untuk berkahwin? Insaf lah wahai ayahku!
: Cinta itu tidak mengenal usia wahai anak ku!! Kau tolonglah carikan calon isteri yang sesuai untuk ayah mu ini!! Ayah sudah tidak sanggup lagi hidup dalam kesunyian!! Jika ayah kesunyian pasti setiap malam ayah akan bermimpi hantu seperti pontianak mahu pun mak lampir datang mengurat ayah di dalam mimpi! Ayah takut!
: Baiklah ayah ku! Anakanda akan menyuruh orang istana pergi mencari gadis - gadis yang sesuai untuk dijadikan calon isteri ayahanda!!
Maka pada keesokan harinya hebohlah berita tentang perintah Raja Linpazhingo yang mahu berkahwin lagi. Maka bermulalah sesi pemilihan di setiap daerah yang berada di dalam jajahan Kerajaan Linpa tersebut. Akhirnya, Putera Raja telah bertemu dengan calon yang sesuai untuk dijodohkan dengan ayahanda beliau iaitu Raja Linpazhingo.
: Wahai anak ku!! Adakah kau telah menjumpai gadis yang sesuai untuk menjadi isteri ayahanda dan secara tidak langsung menjadi ibu tiri pada mu wahai anakanda ku!!!
: Jangan khuatir ayahanda! Anakanda telah berjumpa dengan seorang wanita yang pada hemat anakanda begitu padan sekali dengan ayahanda. Pengawal!! Jemput wanita itu masuk ke dalam untuk menghadap Raja Linpazhingo!!
Tidak berapa lama kemudian masuk lah dua orang pengawal bersama wanita tersebut untuk menghadap Raja Linpazhingo.
Bersambung.......
P/S : Layankan Jer Lah Kisah Merepek Aku Nih Yer!! Hehehehe! (^_^)Y
P/S : Layankan Jer Lah Kisah Merepek Aku Nih Yer!! Hehehehe! (^_^)Y
haha. tinggi betol imaginasi kau kan. boleh pulak nama negeri tu amik dari lintah dan pacat. macam cite parameswara pun ade jugak. hehe
BalasPadamperghh panjang betul akal kau ehh..
BalasPadambgus2..
kembangkan otak dengan cerita2 cam nie
linpa..hehe selalu konpius kan..termasuk ezay sekarang..adehh kenapakah dengan gadis itu?? tak sabar nak tunggu sambung nye ni
BalasPadamcpt2 sambung...x sabaw nak baca...
BalasPadammengapakah? mengapakah? katakan padaku.
BalasPadamsapekha gadis itu...??? =P
BalasPadamlaaa, bsambg? huhu . kami nk lagi! kami nk lg!! haha.. best plak baca ksah ni. trbaek ah!laaa, bsambg? huhu . kami nk lagi! kami nk lg!! haha.. best plak baca ksah ni. trbaek ah!
BalasPadamtak tau nak kata, tp gambo tuh mmg cantek la..leh lukiskan 1 tuk akak tak..terlalu suka, sanggup bayor kalau boleh..gambo akak dan ikha..aish..hehehe~~
BalasPadamspe gadis tu?? sape??
BalasPadamtrill la plak kan =.=
oit~! sungguh hensem putra itu..shggakn sy tgoda!!
BalasPadamhahahahaha hans hans..kaya imaginasi ko ni
BalasPadamni leh masuk slot lagenda tv3 ganti laila manje
penasaran ni, sipakah gadis itu? akukah? hahaha
BalasPadamwahhh...pandai buat cerita...best! terbaik lahhh
BalasPadamkahkahkah ! memang takleh blah kan ! pukk kang! ;p
BalasPadamhans. rajin nya ko cipta satu satu kat faceyourmanga. kreatif pulak tu.
BalasPadamalamak....sambung lak...huhuhu.
BalasPadamJangan lup ag tau kalau ada sambungan..tapi tak per..tiap2 hari aku msk check....cita best..,
seyesly kreatif dan comel...
BalasPadamaku SUKE
;D
kenapakah pitam? jumpa kekasih lama kah? cun sangat kah gadis tu?
BalasPadamhaha cara dapat name linpa tu dah macam citer parameswara daa..keh2
BalasPadamaku tau..gadiz tu msti snow white kan?hhhehehe
saspens jer..:D
BalasPadamtua2 miang keladi betoii haha
BalasPadamwahhh rajinnya buat cerita fairy tale! :D
BalasPadamsaspen ni. kreatif la. kenapa dia pengsann....
BalasPadamlintah dan pacat! LOL
BalasPadamtarbaek broooo...otak cayaq niii...hehe..aku folow citer ni slow2..hehe
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com