Sekadar Ilustrasi Semata - Mata
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Walaweh! Dah lama gua tak mengemas kini blog kesayangan gua nih! Jadi, memandangkan esok adalah hari bersenang - lenang di rumah maka gua pun rajin lah membuka blog gua nih! Disebabkan selepas gua balik daripada kerja dan ternampak iklan pizza hut di rumah gua maka gua pun menghubungi lah syarikat pizza terbabit untuk memesan menu terbaru keluaran mereka iaitu Chunky Loaded Pizza - 10 Chunku Layers! Bigger Bites To Share. Gua memilih Hot Pair Deals dimana untuk pakej tersebut gua dapat lagi sebiji pizza bersaiz regular dan gua memilih untuk memesan Hawaii Chicken disamping mendapat pizza terbaru iaitu Chunky Loaded. Disamping itu juga memang tidak sah jika gua tidak memesan makanan sampingan kegemaran gua iaitu Coleslaw. Menanti seketika abang pizza hut datang dan akhirnya tiba jua pizza yang diimpikan selama - lama ini.
Wajah Chunky Loaded Pizza Gua Tadi
Biasalah seperti semua sedia maklum wajah apa - apa produk makanan di televisyen memang langsung tidak seiras dengan yang dihantar tetapi gua tak kisah lah kerana apa yang penting gua mahu tahu apakah rasanya Chunky Loaded Pizza ini. Jadi, pada pandangan gua yang baru merasa pizza ini sebentar tadi boleh lah dikatakan rasa pizza ini bagi gua biasa - biasa sahaja seperti pizza sebelum ini. Alhamdulillah gua suka makan tomato jadi ia secara tidak langsung membuatkan gua boleh makan pizza yang diletakkan tomato ini seperti biasa dan kepada sesiapa yang tidak meminati tomato mungkin kurang menggemari rasa pizza ini. Apa - apapun, lain orang lain citarasanya cuma bagi gua pizza ini biasa - biasa jer lah rasanya.
Wajah Hawaii Chicken Gua Sebentar Tadi
Apa - apapun, alhamdulillah perut pun sudah kenyang dan mata sedikit berat cuma mengenangkan waktu petang tidak baik untuk tidur maka terpaksa bersabar menunggu waktu malam. Hehehehe! Jadi, kepada penggemar pizza dan berhajat untuk mencuba rasa pizza terbaru ini boleh lah berbuat demikian dengan segera. Selamat menjamu selera!
P/S : Urusan Borang PTPTN Sudah Siap! Sabtu Nih Gua Pos! Yehaaaaaaaaaaaa!!!! (^_^)Y
sampai ati tak ajak sekali :"(
BalasPadamlain kali email la pizza tu ke sini:
http://azrijohan.blogspot.com
perghh.. sedapnya.. habis makan sorang ke? memanglah lain dari rupa yang di gembar gemburkan.. haha..
BalasPadamdah berbulan tak malan pizza..
BalasPadamthe best!!!!!!!!
BalasPadamlain benor piza sebenar dengan iklan...woohooo..baru nak beli..xpelah..batalkan niat tu..kih3
BalasPadamMacam sedap.. Meh hantar sikit kat aku... haha..
BalasPadamhans bila nk blanja ni, oh pizza, ak sempat beli sup kat pizza je takat ni -.-
BalasPadamwahh lapaq nihhhhh
BalasPadamalamak! yeke? tak bape minat tomato, naseb blom cube, hik3~~
BalasPadammmg xmakan la aku
BalasPadamnampak sedapp ! hehe. boleh try nanti . salam singgah :)
BalasPadammgoda betul la pizza ni. teringin nak mkn tp bz dgn clas.
BalasPadamtak mencabar lansung makan bende bende macam tu....biasanya indah khabar dari berita
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com