Hubungan Ramli Dan Manchester United



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Apa khabar korang semua yang sedang membaca? Diharap sihat senantiasa hendaknya! Walaweh! Gila formal bahasa gua! Hahahaha! Okaylah! Mesti korang semua dah tahu tentang kisah Ramli Manchenster United nih kan? Aku pun baru tahu hari Rabu hari tu tetapi hari nih baru aku ada masa nak memberi pendapat aku mengenai video nih.


 Seronok Lah Ramli! Hohoho!


Apa aku boleh cakap aku sukakan iklan ini sebab tidak mustahil suatu hari nanti akan ada pemain Malaysia yang beraksi bersama Manchester United atau mana - mana kelab yang hebat di EPL melihatkan kepada prestasi pemain - pemain Malaysia sekarang yang semakin mendapat perhatian kelab - kelab luar. Ada ramai juga yang memberi reaksi negatif atau berpandangan skeptikal dengan iklan ini dengan ayat - ayat seperti Angan - Angan Mat Jenin, Ukur Baju Di Badan Sendiri serta pelbagai lagi ayat yang langsung tidak membina.




Kemudian berlakulah pula peperangan dimana orang yang bersetuju mula menasihatkan si pemikir negatif ini supaya jangan terlalu merendah - rendahkan orang lain dan begitulah sebaliknya. Bagi aku abaikan sahaja manusia - manusia sebegitu kerana tiada gunanya mencurahkan air ke daun keladi. Biasalah tu manusia sekarang lebih suka menjatuhkan daripada membangunkan. Kadang - kadang tu di dalam satu - satu perkara terdapat 10 perkara positif dan 1 perkara negatif namun apa yang mereka nampak sangat ialah 1 perkara negatif itu namun mereka tutup mata dan hati mereka pada 10 perkara positif yang lain. Memang ramai manusia macam tu dan golongan ini sememangnya tidak perlu dilayan kerana sangat membuang masa. Daripada zaman yang wujudnya ayat seperti "Nak buat jarum pun tak tahu!" kemudian beralih pula kepada "Boleh kah buat kereta? Tayar guna apa? Guna kaki sendiri?" sehingga pelbagai lagi ayat - ayat yang wujud pada setiap era dan zaman yang langsung tidak membina namun akhirnya mereka sendiri akan duduk diam sambil dihimpit rasa malu apabila perkara yang sebelum ini mereka hina akhirnya terpaksa digunakan oleh mereka sendiri sepanjang kehidupan mereka.




Aku lebih suka bermain dengan angka di mana aku membayangkan video ini ditonton oleh 10 ribu kanak - kanak dan 50% daripada kanak - kanak itu tertarik untuk menonton video itu sehingga habis. Kemudian 1/2 daripada 50% kanak - kanak tersebut pula bersemangat untuk sama - sama mengikuti jejak langkah Ramli dan kemudian mulai berlatih bermain bola sepak setiap hari. Kemungkinan besar 1/10 daripada jumlah kanak - kanak tersebut akan kekal bermain bola sepak sehingga berjaya dan lihat sendiri berapa jumlah pemain yang berjaya dihasilkan? Jika diikutkan congakan rambang ini dalam 250 orang dan daripada 250 orang ini mungkin ada 50 orang yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemain bola sepak dan bukankah bagus jika semakin ramai pemain baru berkaliber berjaya dilahirkan untuk bermain dengan pasukan negara.


 Garang Betul Ayah Ramli!


Aku juga suka dengan permulaan iklan ini di mana bapa Ramli berkata,"Anak jiran sebelah skor 9A tau!" dalam keadaan marah - marah. Aku tak nafikan pelajaran memang penting cuma ia satu sindiran sinis yang bagus kepada ibu bapa sekarang yang terlampau mementingkan akademik semata - mata sedangkan bakat anak - anak mereka lebih ke arah bukan akademik. Apa - apapun, aku sangat menyukai iklan daripada pihak TM ini dan ini adalah salah satu iklan yang bagus sebagai pemberi semangat kepada kanak - kanak mahu pun remaja yang meminati bidang sukan. Majulah sukan untuk negara!


P/S : Ramli Dari Malaysia Menjaringkan Gol Pertama Manchester United! (^_^)Y




39 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. waaa..sy sokong..nasib baik sy pompuan, klu x, maunya jd pemain bola sepak..hoho

    BalasPadam
  2. sokong sangat...hujah2 han...walaweh.. dunia sekrang byk memilih bakat dari akademik...tgk bangsa cina sudah ...bukan puji tp kagum...

    BalasPadam
  3. satu peringatan untk ibu bapa yg sibuk mengejar A. 1PELAJAR, 1SUKAN 1MALAYSIA iklan yg terbaik untuk kempen tersebt

    BalasPadam
  4. ramli xjuai dah daging burger...
    dh maju....

    BalasPadam
  5. ramli better main utk chelsea.
    MU?
    nahhhhhhhhhhhhhhhhh..!

    BalasPadam
  6. drpd masuk Bintang Kecik then AF, baik main bola.. ;)

    BalasPadam
  7. dlu sy ada mmber,
    terer main bola, nk msuk skola sukan,
    tp mak die xbg.. skrg dia pun dah xmain sgt -.- syg kan ..
    kalo tak die pom leh main utk malaysia dah kot. hehe
    akademik hebat pun tadak kemahiran takleh nk wat apa jugak kn

    BalasPadam
  8. menurut pandangan mata aku yang semi-artistik ni... aku rasa iklan ni sarat dgn idea-idea hiperbola yang tidak realistik. #justsaying

    BalasPadam
  9. shandye : iklan mana yg tak hiperbola? bagi aku ia realistik cuma masanya sahaja belum tiba..tiada yang mustahil..nak berjaya kena ada angan2 yang tinggi dan usaha berterusan..itulah kunci kejayaan

    BalasPadam
  10. aku harap game friendly Australia vs Malaysia pada 7/10/2011 nanti.. k.rajagopal panggil ramli utk bertrio bersama Safee Sali dan NorShahrul Idlan talaha.. Malaysia boleh !!!

    BalasPadam
  11. yeah bersemngat budak nak jd pemain bola terkenal

    BalasPadam
  12. yess!
    ramli 1st gol for manchester united! yeah!

    hahaha.

    siyes, aku terharu giler tgk iklan ni..

    rasa bangga kalo ade anak mesia yg boleh main kat luar negara.

    gud luck safee sali! *tetiba..haha

    BalasPadam
  13. asal tengok iklan ni mesti gelak. nama ramli tuh kelakar. hehehe

    BalasPadam
  14. aku suka iklan ni sbb ia antara iklan yg escape reality.. :)

    BalasPadam
  15. suka gak tengok iklan ni. iklan yg sangat baik daripada TM

    BalasPadam
  16. impossible is nothing!
    yeah..Malaysia boleh!!!

    BalasPadam
  17. bersama kita naikkan rangking mesia ke 70 and above, baru layak main kat EPL
    come on!!

    BalasPadam
  18. kadang2 manusia ni terlalu merendah kebolehan org lain. nama pun manusia.

    BalasPadam
  19. malam esk mu vs stoke,ramli men sebagai 1st eleven..huhu

    BalasPadam
  20. Ramli.. Terbaiklah!.. hehe..

    yelah.. emak ayah dulu2.. suka je nak sekat hobi anak dia.. mana tau kan hobi tu yang membawa rezeki untuk anak tu.. =]

    BalasPadam
  21. kannn.. blh jadi pemangkin semangt anak2 muda..

    BalasPadam
  22. a'ah , suke sgt iklan nieyh !

    BalasPadam
  23. for me lah kan, angan2 mat jeninla penting.. tanpa angan2 mat jenin, camna nak berjaya.. betol x? ;)

    MySuaraBlog: Book Fair dalam Kapal Mewah

    BalasPadam
  24. best gile masa mula tgok iklan ni kat tv..

    rasa grand betul!

    bangga pun ada :)

    BalasPadam
  25. iklan ni boleh nyuntik angan2 dan keinginan ank2 muda/ank kecik main bola dgn bagus:)

    BalasPadam
  26. ayah...lan pasti akan buat ayah bangga 1 hari nnt

    BalasPadam
  27. baru tgk vdeo ny tadi . mklum lahh da lme x tgk tb . btw , iklan ny bagus utk membakar smgt sape2 yg nak jadi pemain bola sepak yg terulung di mata dunia :) usaha tangga kejayaan .

    BalasPadam
  28. iklan bola sepak paling best pernah aku tengok..haha.

    BalasPadam
  29. tetiba jerkk minat kat ramli..ahaaakkss...

    BalasPadam
  30. memang best iklan ni..akan terjadi..suatu hari nanti..hehe..

    BalasPadam
  31. Majulah sukan untuk negara.

    Suka iklan ni. Mula2 terkejut jugak, ingatkan betul la Ramli tu dapat peluang main kat MU. tapi fikir balik ada ke player Malaysia? Tak pernah kenal pula mamat nama Ramli dalam skuad kebangsaan. Rupa2nya iklan. Haha~ tertipu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama