Pada zaman dahulu terdapat seorang kanak - kanak lelaki diberi nama sebagai Tanggang. Beliau hidup dalam keadaan penuh kemiskinan dan selalu dibuli oleh teman - teman sebayanya di kampung tersebut. Pada suatu hari dia bertekad untuk menjadi sebagai seorang yang berjaya dan kaya. Akhirnya, atas berkat usaha gigihnya selama ini nampaknya membuahkan hasil apabila si Tanggang berjaya di dalam kerjayanya dan menjadi kaya. Namun akibat kejayaan itu menjadikan si Tanggang yang dahulunya begitu baik dan murah hati berubah secara drastik menjadi tamak, sombong, angkuh dan lupa diri sehinggakan emaknya iaitu Makcik Leha sendiri pun tidak diendahkan langsung olehnya. Disebabkan kerinduan mendalam si emak terhadap anaknya itu membuatkan Makcik Leha pergi berjumpa si Tanggang di rumah besar anaknya itu namun emaknya dihalau dan dipukul tanpa ada rasa belas kasihan langsung. Emaknya yang begitu sedih dan kecewa dengan sikap si Tanggang akhirnya menyumpah anaknya tersebut menjadi ubi kayu yang begitu besar berbanding ubi kayu lain. Namun walaupun emaknya begitu marah pada si Tanggang namun tidak pula ubi kayu itu dimakan. Dia membawa balik ubi kayu tersebut ke kampung halamannya dan kini ubi kayu itu dipamerkan di sebuah karnival kepada pengunjung - pengunjung yang mengunjungi karnival itu.
Si Tanggang Sudah Menjadi Ubi Kayu
HAHAHAHA!(GELAK SORANG - SORANG TANPA AMBIL PEDULI KISAH DI ATAS LAWAK ATAU TIDAK!!) Sebenarnya gua tak tahu nak taip apa sebab matlamat asal gua nak kongsikan gambar ubi kayu nih jer sebab ubi kayu nih bapak besar gila gua cakap lu! Lagi besar dari paha gua kut! Tetapi, alang - alang tu baik gua merepek jer lah kan! Kehkehkeh! Gambar ubi kayu nih gua ambil dekat Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan yang kini berlangsung di Stadium Darul Aman bermula sejak 21 September 2011 sehingga 26 September 2011 ini. Banyak gambar juga gua ambil sebenarnya tetapi memandangkan laptop buruk gua nih tak ada Bluetooth jadi memang malas lah gua nak muat turun(asal baku ayat gua sejak akhir - akhir nih?) semua gambar - gambar tu. Apa -apapun, selamat mengunjungi Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan yang mempunyai lebih kurang 150 tapak pameran dan jualan khas untuk pengunjung - pengunjung yang datang kesana.
P/S : Macam - Macam Ada! (^_^)Y
uniknya ubi tu :)
BalasPadamdah pg semalam...
BalasPadamwany suka tengok bunga dan arnab ja kat situ..heheh
Fuyo fuyo ><
BalasPadamHaha, Tanggang moden ;D
besar gila..klu mkn zamn komunis mau tak abis berdekad..
BalasPadamhahahaha..hampeh punya cerita. tp besar betul ubi ni kan.
BalasPadamhaha..sengla lah!
BalasPadamayt2 kt ats tu mcm nk pcaye dh tp nsb baek bce abes cmpay bwh...=p
ubi dah besar gedabak camtu mmg leh makan.
BalasPadamkeras mcm batu.
aku suka ko tulis baku2.
senang n lancar aku nak baca.
=D
uish! besarnyer ubi kayu 2 ... unik2~~
BalasPadamubi ke kayu tu??hahaha
BalasPadamhahaha,,hans,,haishh
BalasPadamhahaha....hampesh! daku tertipu!!!
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com