Berwajah Naif Satu Kelebihan?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans! Naif bermaksud kiasan lurus, tidak matang (pemikiran dan lain - lain) atau keanak - anakan dan kisah naif ini berlaku pada aku di waktu petang tadi dimana lokasi kejadian ialah di kantin pejabat. Waktu duduk beramai - ramai semeja dimana cuma aku dan seorang lagi rakan aku yang dikategorikan sebagai remaja manakala selebihnya adalah warga emas atau pun sudah tua.

Seperti biasa lah jika mereka ini berkumpul maka mahu tidak mahu mesti banyak lah ayat - ayat yang terlampau dewasa dan tidak sesuai untuk di letakkan di dalam entri ini menemani perbualan mereka. Aku mendengar dan mahu tidak mahu aku pasti tersenyum serta kadang - kadang ketawa sendiri kerana ia sememangnya kelakar dan aku memahami maksud mereka. Tiba - tiba salah seorang yang memang baik dengan aku berkata kepada mereka semua,"Korang seronok cerita benda - benda nih. Budak nih baik nih!(aku lah tu!) Tengok muka pun tahu! Naif jer! Dia tak faham korang cerita apa! Yang sebelah sana tu(budak lagi sorang) tu faham lah!"

Erkkk!! Terkejut pula aku dibuatnya! Sebenarnya aku faham jer pun apa mereka cakap dan aku kadang - kadang ketawa pun boleh tahan kuat juga. Cuma bila dah dikata begitu maka aku terfikir balik dengan kisah - kisah sebelum ini. Baiklah! Aku mengaku muka aku muka budak - budak baik(aku rasa macam tu lah kut)!! Hahahahaha! Sebab ia mengingatkan aku pada banyak kes dimana bila aku kantoi buat jahat dan cikgu, warden atau pensyarah yang dapat tahu macam terkejut melihat si pelakunya adalah aku kerana mereka seboleh - bolehnya tidak dapat mempercayai wajah aku yang kelihatan naif pada pandangan mereka tu telah membuat kesalahan besar.

Antara peristiawa yang aku ingat ialah waktu aku tingkatan 2 dimana aku naik tangki air sekolah yang tinggi gedabak tu. Tangki tu memang sesiapa pun tak boleh naik melainkan orang - orang tertentu jer! Waktu tu memang aku baik lagi lah ditambah skema terlampau - lampau. Hahaha! Aku naik tangki air dengan 2 orang lagi budak lain sebab seronok duduk atas tu. Angin kuat! Boleh nampak sawah padi yang luas! Alih - alih kantoi dengan pengetua dan cikgu disiplin. Budak - budak senior yang gangster semua terkejut tengok muka aku yang naik tangki tu! Kemudian waktu aku dah tingkatan 4 selepas kawan sekelas aku nasihat aku bahawa aku tak boleh 'baik' sangat dan selepas tu aku berubah sikit lah menjadi seorang yang jenis suka melawan! Tak biar dah orang membuli ker menindas tu bermahajarela! Hahaha!


Muka Dia Nampak Baik Kan? Hah! Lebih Kurang Macam Nih Lah! Hahaha!!


Masa tu ada seorang budak dalam dorm selalu cari pasal dan satu hari tu aku naik hantu dan hampir bertumbuk! Dalam hati masa tu fikir apa nak jadi pun jadi lah walaupun risau juga sebab kalau betul bertumbuk maka itu adalah yang pertama kali dalam sejarah! Hahahahaha!! Yang seronok tu lepas jer peristiwa yang memang ramai menenangkan aku tu akhirnya budak tu dah tak berani cari pasal sampai habis SPM dan dia dah jadi baik dengan aku! Aneh kan? Bila kes tu tersebar pun ramai juga tak percaya yang naik hantu tu aku! Selepas tu masa tingkatan 5 pula aku bosan betul lah nak prep malam. Bilik prep tu atas dorm aku jer! Dah pula ada 2-3 orang budak dorm aku ajak pergi tidur! Aku pun ikut jer lah! Dah kantoi! Tak apa lah kan!

Esoknya tu aku ponteng prep lagi dan buat kali kedua kantoi! Aku memang ditakdirkan tak boleh buat jahat beramai - ramai kut! Kalau seorang diri tak pula kantoi! Hahaha!!Jadi, pagi tu warden suruh semua budak - budak yang kantoi tak pergi prep malam tu beratur depan kawan - kawan lain sebab nak kena denda. Dalam 6-7 orang lah! 6 orang tu memang terkenal lah dengan sifat nakal dan ada 2-3 orang tu boleh kata gangster asrama lah juga! Tiba - tiba aku...diulangi aku....berdiri sama baris dengan mereka semua. Sudahnya seluruh budak dorm aku ketawakan aku sambil tak percaya muka aku muka ponteng prep! Jadah betul! Ingat aku budak baik sangat ker?? Adess!!

Dekat universiti pun ada ramai juga kawan kata muka aku nih muka budak baik atau naif. Hahahahaha! Kadang - kadang rasa seronok juga lah apabila orang selalu kata muka aku nih muka budak baik tetapi kadang - kadang tu rasa bosan juga! Bukannya bosan jadi baik tetapi ada benda - benda yang seperti contoh tepatnya pada hari ini dimana muka naif ini digambarkan seperti tersangatlah naif padahal gua rasa gua pun maju juga bab - bab 18 tahun ke atas tu. Hahahaha!! Hah! Untuk makluman entri nih bukannya nak cakap atau bagitahu yang aku nih baik ker atau jahat ker cuma aku cuma nak kongsi apa yang aku rasa bila selalu dikatakan berwajah baik sangat atau naif nih sebab aku sedar aku bukannya orang yang dikatakan terlampau baik tu! Adakah berwajah naif ini satu kelebihan? Aku tak pasti!


P/S : Bakal Mak Mertua Kalau Tengok Wajah Naif Nih Sah Terima Aku Sebagai Menantu Dengan Hati Terbuka! Kahkakahkah! (^_^)Y


15 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hai hans yang baik...

    selalu aku dinasihatkan supaya berhati2 dengan orang yang nampak baik. tapi sebenarnya aku lebih suka bersangka baik. ngeeee :D

    aku tau, hans baik orangnya..

    BalasPadam
  2. huhu..budak muka baik~ selamat malam...lalala..haha

    BalasPadam
  3. mcm sayalah.. naif je muka kan? ehem...

    BalasPadam
  4. izzad : hai bekas roomate...hahaha

    crayon : hai hai..hahaha

    cik pha : aku percaya 10% :-)

    asada : hahaha...amboi...komen ko macam ada unsur2 undi tak percaya jer nih...haha

    hamizan : selamat malam..haha

    hyz : erkk...percaya 20%...hahaha

    BalasPadam
  5. budak muka baik mmg ada kelebihan. kau boleh jadi mastermind utk buat benda jahat tapi x ramai akan blame kau..
    (kau di sini merujuk pada budak muka baik ye..)
    sebab aku ada kawan yg muka inesen (naif).. n dia plan nak prank kawan dia. pastu bila berjaya n lepas dah abis semua, diapon ngaku tu plan dia sebenarnya. tp semua org tak caye.

    * aku dah terajar jadi jahat lak. huhu..

    BalasPadam
  6. Ibnu : eh...aku teringat..masa aku dekat U aku ada prank 4-5 orang juga..sampai skrg diorang tak tau aku ketuanya...hahaha..betul2...aku setuju sangat komen ko tu...hahaha :-)

    BalasPadam
  7. selalu orang kata, orang muka baik tak leh caya hehehe...

    BalasPadam
  8. kita senasib la ni...haha

    Hans ditag

    http://hijauhazel.blogspot.com/2011/10/gimi-ditag-maka-blogger-seterusnya.html

    BalasPadam
  9. meh tengok muka kau mehh.. naif mana..


    heheheheheheh

    BalasPadam
  10. hahaha...

    samaler kita, telah dituduh skema sekali

    tak suka! :p

    BalasPadam
  11. Hai org naif hihihi
    ehh cane ea kalo org tu muka brutal abeh tapi hati naif gila?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama