Memasak

Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog Hans. Tajuk entri kali ini ialah berkenaan memasak. Apa sebenarnya yang gua nak cakapkan berkenaan memasak nih? Sebenarnya gua nak cakap gua cukup kagum dengan sesiapa yang pandai memasak sebab bukan semua mempunyai kemahiran atau kreativiti macam nih. Sebenarnya sesiapa pun boleh memasak tetapi ia juga dipengaruhi oleh minat dan keberanian seseorang individu tersebut.




Ada juga sebenarnya yang tidak gemar memasak bukannya kerana mereka tidak minat tetapi hati mereka remuk(wow!ayat Sembilu sangat!) gara - gara masakan pertama mereka dikritik hebat oleh tukang rasa yang dipertanggungjawabkan untuk merasa masakan sulung mereka. Jika tidak tahan dengan kritikan maka cuma ada 2 perkara sahaja yang akan berlaku iaitu si tukang masak patah hati untuk meneruskan aktiviti itu atau tukang masak akan menghasilkan menu yang lebih baik pada masa akan datang.




Tidak kira sama ada lelaki mahu pun perempuan jika pandai memasak gua beranggapan mereka mempunyai kelebihan yang sangat bagus di dalam hidup. Jika zaman dahulu gua rasa tidak lah ada rasa terkejut jika melihat wanita pandai memasak namun di zaman kini gua rasa jika wanita pandai memasak ia adalah satu pakej yang sangat menarik. Seronoknya bila memasak ini ialah apabila makanan anda dipuji dan anda akan berasa segala penat lelah anda berada di dapur berbaloi dan terbayar. Jika tidak percaya sila memasak dan pastikan makanan anda itu sedap untuk mendengar pujian dari si tukang rasa. Insyaallah, anda akan rasa perasaan puas itu menyelinap ke dalam sanubari anda.




Okay lah! Gua rasa entri gua kali nih sangat skema penggunaan ayatnya. Jadi, apa gua nak cakap memasak adalah satu aktiviti atau hobi yang sangat menarik dan kepada sesiapa yang minat memasak teruskan lah minat anda itu! Gua nak pergi makan kejap! Lalalalalala~!


P/S : Gua Suka Buat Biskut Dan Kek Tetapi Gua Bukan Yaya Dalam Boboiboy! Hahahaha!! (^_^)Y


8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. pembuat biscuit kegemaran a...n?sapakah?~

    BalasPadam
  2. jom memasak! saya pon suka tengok cooking show ^^

    BalasPadam
  3. Kena betul2 minat baru boleh jadi..

    BalasPadam
  4. sis pun suka masak2 ni.. terutama lauk pauk.. kalau biskut atau kek kurang sikit.. betul kata hans, bila masakan kita dihargai ianya mendatangkan kepuasan yang paling bermakna.. bukan mengharapkan semua tu, tapi penting gak tuk meneruskan minat tu.. sifu sis dlm masakan mestilah bonda tercinta.. :)

    BalasPadam
  5. sku suker masak ikut mood...raser indah2 jer bila dapat masak untuk orang lain lebey2 orang2 yang kita sayang ;)

    BalasPadam
  6. bangga jap sbb bolehla kan bab2 masak nih. Nak hidup kenalah masak. Kalau tak kebulur jawabnya..hahaha

    BalasPadam
  7. hahahahhaa kenot go lah! siap pakai helmet tu =D

    BalasPadam
  8. tu dia..potong bawang dengan memakai helmet..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama