Itu Aku Punya! Bukan Kau Punya! Nenek! Aku Nak Balik!

Assalammualaikum dan salam sejahtera gua ucapkan kepada semua pembaca blog Hans ini. Hah! Semalam kan gua gigih feeling - feeling gua wartawan hiburan kan sebab asyik update jer keputusan Anugerah Skrin 2011 yang berlangsung dalam keadaan cukup membosankan(gua rasa bosan tetapi mungkin anda sebaliknya). Gua dah cadang gua nak tidur lewat semalam sebab nak sambung tengok Master Chef Malaysia dengan balas komen blogger - blogger dekat blog gua nih.


 Mak Lampir Cun Tak?


Alih - alih semalam tengah gua seronok mengemas kini senarai pemenang tu tiba - tiba anak sepupu gua yang demam tu keluar dari bilik menangis - nangis! Gua dah fikir ini mesti dia mimpi Mak Lampir ker Kak Limah ker datang nak makan dia nih. Dia pergi dekat depan lepas tu menangis - nangis dekat sofa! Mak dengan ayah gua pun tanya lah kenapa menangis nih? Lepas tu dia menangis - nangis dan kemudian meracau - racau,"Itu Aku Punya! Bukan Kau Punya! Nenek! Aku Nak Balik!" Gua tiba - tiba dah cuak dah! Hahahahaha!


Sedih Kak Limah Kena Tengking! Heheheh!


Mahu tak cuak! Kalau dah besar gua tak kisah lah sebab kalau dia jadi agresif boleh juga gua lempang sesuka hati kan waktu tu tapi nih budak - budak risau lah gua! Hahahaha! Ayah gua pun dah geram sangat dia tengking la budak tu! Gila kuat! Gua pula yang terkejut macam nak terkencing jadinya! Lepas tu si budak nih pun masuk bilik balik sambil diikuti oleh ayah gua. Kiranya kalau ada Mak Lampir ker Kak Limah ker dalam badan budak tu waktu tu kira diorang takutlah kan kena tengking dengan ayah gua. Hahahaha! Ayah gua pun suruh la dia baca bismillah, al-fatihah, doa macam - macam lah! Nasib dia ingat dan baca! Lepas tu dah okay dah sikit! Kemudian, mak gua pula lah kena teman dia dengan adik dia yang takut tu tidur semalam.


Bersembur Kut!!!


Pagi nih bila ditanya dia sedar tak semalam dia berjalan - jalan meracau tu tapi dia kata dia tak ingat apa - apa. Fuh! Tak pernah - pernah rumah aku mengalami situasi macam nih. Kalau waktu aku dekat asrama dulu tu memang lah banyak! Hohoho! Apa - apapun, hari ini nampak demam si budak tu dah makin kebah dan aku pula sekarang bersin tak henti - henti. Adakah virus si budak kecik tu telah berpindah kepada aku? Adesss!!


P/S : Esok Raya! (^_^)Y


7 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ASK semalam memang bosan pon.

    pergh seram3. tak pernah lagi la tengok orang meracau depan mata. kat asrama ada racau, tapi Nia tengok masa dia dah sedar n dia cakap ada benda kecik2 kat kaki dia. adoi, dah la Nia ketua hostel waktu tu. cuak cuak XD

    BalasPadam
  2. dulu kt asrama slalu tgk kwn2 kena...
    yg diorang duk b'galok sgt sape suruh...tp kalo bdk2 kecik ni...laen pnye kes la kot.

    BalasPadam
  3. lempang-an ko sakit tak? nak rasa.. haha

    dia mimpi yg menyeramkan la tuh..

    BalasPadam
  4. nenek mana yang dia sebut.. nenek..ee..seram..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama