Penangan Lagu Cinta Muka Buku

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Wah! Melihat pada tajuk nampak macam gua anti dekat Najwa Latif pula kan. Hahaha! Jika anda berfikiran sedemikian maka anda salah kerana gua ini bukannya anti mahu pun meminati beliau. Senang cakap gua layan jer lagu tersebut tetapi nak kata gua minat sangat pun tak dan nak kata gua tak minat pun tak. Kira gua setakat dengar jer lah. Apa - apapun, tahniah pada beliau kerana layak ke peringkat akhir Juara Lagu yer.


Najwa Latif


Kisahnya macam nih! Sebelum nih kan gua ada bagitahu dua orang anak sepupu gua tinggal sekejap dekat rumah gua bersama dengan keluarga gua. Jadi, setiap hari dua - dua cinonet(budak kecik la maksudnya tu) nih asyik - asyik menyanyi lagu tu jer. Gua nih dah naik jemu dah dengar tambah - tambah budak - budak nih asyik dok ulang rangkap yang sama jer memanjang. Hahahaha! Jadi awal - awal pagi tadi kami sekeluarga bertolak lah ke Perak sebab ada kenduri keluarga abang ipar gua. Alih - alih radio Hot Fm memutarkan lagu Cinta Muka Buku pada ketika itu. Maka berlakulah dialog yang telah diubah agar kelihatan ganas dan brutal apabila dibaca.....

Mak Gua : Walawehhhh!! Gua tak boleh blah betul lah derrr!!! Gua cemuih sungguh lah! Cemuih!
(*Cemuih = Jemu)

Gua : Kenapa der? Tiba - tiba jer cemuih nih? Cuba cerita sama gua kenapa lu berperasaan sebegini rupa?

Mak Gua : Gua bukan apa lah derr!! Lu dengar sendiri lah radio nih! Lagu yang gua tak suka dengaq nih juga dipasangnya! Haihhh!! Nih gua panas nih!! Gua rasa macam nak hempuk jer deejay - deejay nih!

Gua : Walawehhh!! Relax derr! Cool beb! Jangan panas - panas maaa!! Cuba cerita sama gua kenapa lu rasa bengang sampai tahap nih?

Mak Gua : Sebabnya gua letih lah dengar lagu nih setiap masa. Budak 2 orang tu setiap jam asyik nyanyi lagu nih jer! Dari gua suka sampai gua tak suka bro! Cemuih! Mana boleh tahan setiap masa dengar lagu nih jer!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Gua : Muahahahahahaha!!

Tamat sudah dialog yang diolah menjadi sedikit ganas sebegitu. Bagi orang tua mungkin kelihatan ganas lah kan! Ekekeke! Kemudian, nak dijadikan cerita waktu nak balik pula sepanjang perjalanan tu jalan raya sesak sebanyak 3 kali. Kalau tak dalam sejam lebih jer dah boleh sampai tapi sebentar tadi nak dekat 3 jam lebih juga lah baru sampai rumah. Memang penat gila dan sewaktu dalam kesesakan tersebut tiba - tiba terdengar di corong radio.....

Radio : Kitaaaaa Berkenalannn Hanya Dalam Laman Muka Bukuu...

Mak Gua : .........(Geleng Kepala)

Gua : ..........(Tarik Nafas Dan Hembus Perlahan - Lahan)

Radio : Kau Hantar Pesan Dan Suruh Aku Terima Kamu....oooo...oohhhh....




#TAMAT#



P/S : Nak Minta Tolong Korang Semua Klik Gambar Di Atas Dan Kemudian:-

1) Like Entry Tersebut
2) Komen Entry Tersebut
3) Share Entry Tersebut


17 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahahaha.. layan dow lagu najwa latip. eh siapa?

    ganas la perbualan mak lu..

    ko tak tau lagi yang bulan lepas lagu tu jadi salah satu medium untuk mengajar bahasa melayu dalam kelas kat sekolah aku! haaa.. hebat tak hebat..

    BalasPadam
  2. tahniah la Najwa latif, tapi aku setuju ngan statement ko, ekeke

    BalasPadam
  3. Najwa mesti ade kabel besar sebb tu dpt masuk buat lagu kat studio.. fuuhh..bukan senang lagu nyanyi macm tu boleh masuk konsert..hehehe

    pess~~Best gak lagu nieww erk..time fisrt kuar, ramai nyanyi lagu niew..keh3..

    BalasPadam
  4. selamba heheh :D

    http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/hanya-mahu-kekal-dalam-pelukkanmu.html

    BalasPadam
  5. Najwa Letup bak kata kawanku.. haha..

    BalasPadam
  6. Najwa Letup bak kata kawanku.. haha..

    BalasPadam
  7. Haha.. memang radio tu untuk putar lagu tu je kot.. haha..

    BalasPadam
  8. Haha.. memang radio tu untuk putar lagu tu je kot.. haha..

    BalasPadam
  9. terbaik derrr!!! hahahaha..lagu ni aku suka dengar dari najwa latif secara langsung..hehe

    BalasPadam
  10. samelah.. gua pon setakat layan jer lagu tu..

    BalasPadam
  11. Senyummmm.......sambil membaca entri ini.

    BalasPadam
  12. aku pun mula2 nyampah gila lagu ni..tersgt la childish...but 1 day ada kwn aku ni asyik nyanyi ja lagu ni masa otw dlm reta..last2 aku pun mlekatr suka lagu ni..(-_-")

    BalasPadam
  13. cam la kat Malaysia ni tak da lagu lain...asyik2 lagu yg sama ja.huhu...

    BalasPadam
  14. sedap didengar la lagu nih...tapi nak kato layan tak la...

    BalasPadam
  15. oooooo ohh oooo.... cinta di muka buku~~~

    BalasPadam
  16. gile hebat . ko ngan mak ko gua lu.. hahah hebat seh.. pemess adik najwa kite ni kan.. hahah

    BalasPadam
  17. lagu najwa latip nih best, tapi sekadar dengar je la.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama