10 Situasi Aku Malu Gila Bila....



1. Hulurkan tangan untuk bersalam lebih dari sekali tetapi langsung tidak bersambut oleh orang yang ingin disalam.

2. Hampir terjatuh dari kerusi(kaki kerusi plastik yang lembik) sewaktu di cafe, kedai makan atau restoran!

3. Tersadung di tangga atau sewaktu sedang berjalan di atas jalan!

4. Kereta yang dipandu mati di depan lampu isyarat dan kemudian kedengaran hon kereta yang bertalu - talu dari arah belakang!

5. Bercerita atau menegakkan sesuatu fakta dengan penuh keyakinan tetapi akhirnya menyedari apa yang dikatakan 100% salah atau tersilap besar dalam memberi fakta!

6. Terjatuh di bulatan masa latihan motosikal untuk dapat lesen tu! Kehkehkeh!

7. Berbual dengan rakan sebelah tetapi akhirnya menyedari bahawa diri sedang berborak seorang diri sahaja kerana rakan disebelah sedang tidur atau khusyuk bermain game!

8. Dengan yakin dan beraninya menegur siap bertepuk bertampar bagai dengan manusia yang disangka rakan lama tetapi sebenarnya tersalah orang!

9. Berhari - hari menegur seseorang dengan panggilan nama yang salah dan kemudian tersedar sendiri bahawa nama orang yang ditegur itu tidak sama dengan nama orang yang kita sebutkan!

10. Membuat lawak supaya orang lain ketawa tetapi semua orang diam membisu kerana tidak memahami lawak kita!!


Apakah perkara yang memalukan anda? Silalah kongsi di ruangan komen entri ini yer!


P/S: Kadang - Kadang Benda Yang Memalukan Ini Amat Menggembirakan Hati!! (^_^)Y




P/S : Nak Minta Tolong Korang Semua Klik Gambar Di Atas Dan Kemudian:-

1) Like Entry Tersebut
2) Komen Entry Tersebut
3) Share Entry Tersebut


20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hehe,situasi tu semua pernah terjadi kat kita...

    BalasPadam
  2. Malu sendiri kalau kita senyum kat orang dengan niat untuk beramah mesra tapi tidak berbalas. :)

    BalasPadam
  3. pernah terjadi yg no.8 tu.

    em..
    ada kedai buku nama 'oversea'. bila ada kawan sekerja kata nak gi oversea. dengan selamba kata, "haha..pandai u buat joke." padahal oversea tu merujuk pada kedai buku.

    baru kat tempat tu. mana nak tau. jenuh diketawakan org lain.

    BalasPadam
  4. ah kna kat ak..y slu tu no5 ==' malu amt

    BalasPadam
  5. penat buat lawak, tapi orang gelak...


    kita eksaited, tp org len xrasa pape.. sgt lah... phuuu ~

    BalasPadam
  6. yg no 1 tu penah jadik sbab .. pakcik ngok ngek kenekan kite..waaaaaaaa

    BalasPadam
  7. terkeluar loghat trg mse wat perbntngn lam kuliah. yg xde "g" tambah "g".. yg ade "g" buang "g".. lps 2 rase dh xnk dh masuk kls 2.. malu gile. hehe

    BalasPadam
  8. pernah tersalah pronouce perkataan lam english walopun seorang teacher.arghh! memalukan~

    BalasPadam
  9. masuk kereta yang sebijik cm kereta bapak aku dengan selambanye. lepas tu tgok aje auntie kt drebar seat tu. kbai. ><

    BalasPadam
  10. part yg jatuh moto kt laluan bulatan tu malu kot..hahah..klu aku ada kt situ mesti aku gelak kt hg..ngeheheh*sengih jahat..

    BalasPadam
  11. Pernah terkena num 10.excited gelak sensorg,yang len sume blur je sbb tak faham.malu gilaaa.=.='

    BalasPadam
  12. dengan penuh yakin jawab soalan dari audience, tp rupanya, di tak bertanya pon.....hahah

    BalasPadam
  13. brapa kali terjadi kat aku no 8 tu...aku tersilap nampak dari belakang mcm member aku..siap kata wei wat gapo tu ...siap bagi terkejut dan tepuk blkng kuat2..sekali salah org..terpinga org tu...malu gile

    BalasPadam
  14. Tersalah masuk kereta orang lain.. haha...

    BalasPadam
  15. org dari jauh pandang dan angkat tangan ke arah kita... kita angkat tangan balik.. sekali baru perasan dia angkat tangan dekat org belakang kita.

    BalasPadam
  16. Setiap tahun, pada 7 Dis, akan wish befday kat sorang kwn, tp baru tahun ni dia ckp yg befday dia sebenarnya 6 Dis. Dem. Malu tapi buat-buat cool.

    BalasPadam
  17. teringat pulak, pernah bagi haribulan salah dekat anak murid. krn malu keesokan harinya, pagi2 cek buku latihan budak2 & ubah tarikh tu. (dgn harapan xda sapa yg perasan)

    BalasPadam
  18. aku rasa offended bila tang part senyum tu wei. bila aku senyum dia tak senyum balik..
    kuang hasam wei :(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama