Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans! Walaweh! Serius hari nih aku malas gila nak pergi kerja! Malas tu disebabkan mimpi aku lah! Boleh pula semalam aku mimpi aku tengah buat banyak gila kerja. Memang penat betul rasanya dan babak akhir mimpi aku tu aku tengah menjerit seronok sebab esok dan lusa aku cuti(ikut hari dalam mimpi aku tu lah). Bila mana aku menjerit cuti tu tiba - tiba terus aku terjaga! Adess!! Apa punya mimpi lah! Hahaha!
Seronoknya hari nih sebab ada beberapa orang yang minggu lepas pergi Pulau Langkawi datang ke pejabat! Jadi, pagi tadi diorang masuk pejabat dan macam biasa lah kan bila orang balik dari Langkawi nih mesti salah satu benda yang mereka bawa ialah coklat! Hahahaha! Memang indah hidup aku mengunyah coklat memanjang waktu dekat pejabat tadi! Kehkehkehkeh! Nak dijadikan cerita sebelum aku nak balik tadi bos suruh fotostat kertas pula! Depan belakang pula tu! Dalam 10 helai! Adoi! Aku bab - bab fotostat nih memang lemah gila! Ini kali keempat aku guna mesin fotostat tu sepanjang aku delat pejabat! Hahaha!
Jadi, walaupun aku dah tak berapa ingat cara yang betul nak fotostat depan belakang tetapi aku redah saja lah pergi bilik fotostat! Adoiiii!! Jumpa pula dah si 'Internet Bergerak' dalam bilik tu! Asal lah makcik nih tak balik - balik rumah lagi! Haih! Walaupun perasaan menyampah tu memang gila punya kuat memancar - mancar dalam hati tetapi nasib aku nih jenis muka yang tak berapa nak nampak sangat perasaan sebenar jadi memang lah si 'Ratu Gosip' tu tak perasan yang aku nih meluat dengan dia bermula aku dengar sendiri dia mengumpat aku dalam tandas pada entri yang ada aku coretkan sebelum ini.
Tetapi, meluat tak meluat pun aku buat - buat lah tanya sebab dia tegur aku dulu kan! Kang kalau tak jawab lagi lah macam - macam perkara dia nak burukkan aku! Haihhh!! Gila plastik betul aku melayan 'Unifi Bergerak' nih! Alang - alang dia tanya aku fotostat apa aku pun tanya lah dia mana suis nak hidupkan mesin tu! Dah si 'Ahli Mesyuarat Tingkap' nih buat - buat terkejut sebab aku tak tanya dia mana suis! Cis! Drama sangat kau makcik oiiiiii!! Selepas tu dah lah dia bagi aku ajaran yang salah tentang bagaimana nak fotostat kertas! Nasib dia tak lama dalam bilik tu sebab dia dah nak balik dah! Lepas dia balik jer aku fotostat ikut susunan kertas yang betul baru lah jadi seperti apa yang aku mahukan! Kalau ikut ajaran 'Internet Bergerak' tu memanjang jer senget! Habis masa aku semata - mata nak fotostat 10 helai kertas tu jer.
Adoi! Serius aku cukup meluat dengan orang yang cakap belit - belit, menyampai - nyampai perkara yang tak sepatutnya disampaikan, menjatuh atau memburuk kan orang lain nih! Selepas nih ada lah pula kut berita pasal budak praktikal tak pandai guna mesin fotostat berlegar - legar dalam pejabat nih nanti! Hahahaha! Apa - apa jer lah makcik oiii!!! Janji aku dah tahu hari ini yang si 'Internet Bergerak' nih pun tak mahir guna mesin fotostat! Cakap jer lebih tapi apa pun tarak makcik noh! Shame On You!
P/S : Jika Anda Mahu Diri Anda Dihormati Maka Tunjukkan Kelakuan Yang Membuatkan Anda Akan Dihormati Oleh Orang Lain! (^_^)Y
Klik Gambar Contest Dan Bantu Hans
Dimana Ini Malam Terakhir Contest Ini Berlangsung!
@_@ aku xsuke org mcm tu .. huhu. :( semua bende nak kecoh2. adeh.
BalasPadambeselah, diornag tengah shotting reality tv tue.kakaka
BalasPadamdan dan aku bace..ingatkan internet bergerak ape..T__T..kat opis aku pon byk yg macam "internet bergerak nih"..
BalasPadamhehe.sabar bro...biasala tu...bahana lidah...jom baca entri lidah...
BalasPadamHahaaa... Banyak jugak nama ko bagi kat makcik tu.. haha...
BalasPadamhaha. internet bergerak pun tak tau nak guna mesin fotostat rupanya.
BalasPadamowhhh, orang rupe nye internet bergerak tu. ingat kan ape, hehe ;)
BalasPadamcoklat daim @@ uhu
BalasPadampergh..mrh bebenor nie..sabau jela..
BalasPadamkt bilik aku pn byk lg coklat langkawi m.cik ak kasi..hehe..
wah.
BalasPadamcekelat.
sedap.
bak skit...
internet bergerak ni selalunya coverage tak pernah putus. kalau click video kat utube tu tak penah buffer.
kat mana-mana tempat kerja pun mesti ada orang-orang macam ni. :)
BalasPadamHahaha Hans, awk bkn tgh burukkn dia ke? :)
BalasPadamSabar ok sabarrrrrr, hihihi.
Nurnajwa KZ : mungkin nampak burukkan dia tetapi tak ada disebutkan nama atau diletakkan gambar atau dinyatakan lokasi kerja atau jawatannya...jadi, ini lebih kepada luahan hati yang tidak berpuas hati dengan manusia2 yang berperangai buruk dan keji seperti 'Internet Bergerak' itu.
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com