Assalammualaikum dan salam sejahtera! Kejadian ini berlaku juga pada hari Khamis yang lepas dan penyebab serta punca ia berlaku adalah kerana kelalaian gua sendiri dan semestinya tiada siapa pun yang tahu siapa punya angkara melainkan mereka membaca blog ini dan tahu gua adalah tuan empunya blog ini. Hehehehe!
Kisahnya begini! Bos dan orang - orang pejabat keluar ke bandar dan membeli beberapa barang serta kuih muih untuk acara yang bakal berlangsung dalam waktu terdekat. Jadinya, di dalam banyak - banyak barang tu terdapat lah beratus - ratus biji telur. Kesemua telur diletakkan di atas papan telur seperti mana gambar telur di atas ini kecuali terdapat 10 biji lagi telur yang diletakkan di dalam beg plastik dan cuma beralaskan sehelai kertas surat khabar. Bungkusan telur tu di letakkan di atas kotak yang berisi kuih muih.
Sewaktu gua leka mengangkat kotak - kotak tu untuk dimasukkan ke dalam pejabat maka gua terlihat lah bungkusan plastik di atas kotak tu. Jadi, gua dengan selamba seperti badak telah tanpa tersengaja mengangkat bungkusan berisi telur tu lalu gua lepaskan ke tepi kotak dan dalam waktu yang sama baru gua terperasan bahawa di dalam bungkusan itu ialah telur - telur yang tidak bersalah tu. Macam mana yer nak cakap! Kiranya masa gua angkat bungkusan tu gua dah tahu itu telur tetapi entah macam gua secara rakusnya melepaskan bungkusan itu kebawah.
Jadi, sememangnya bunyi telur - telur tak berdosa itu pecah dapat didengari dengan jelas oleh gegendang telinga gua dan secara neutral hati gua terus berasa cemas tetapi muka gua kan tidak bijak menunjukkan perasaan cemas yang sedang dihadapi. Jadi, gua terselamat daripada kantoi dengan mereka semua. Kalau tidak mungkin nama gua akan tercatat di dalam rekod sebagai budak pelatih pertama yang berjaya memecahkan telur yang dibeli oleh mereka untuk majlis yang bakal diadakan nanti. Kehkehkekehkeh! Gua terselamat cuma gua rasa sangat bersalah kepada telur - telur tersebut! Maafkan gua yer telur - telur sebab kerana gua kalian telah selamat dijadikan telur dadar dan bukannya telur rebus. Hehehehe!!
P/S : Cuak Muka Pemandu Sebab Ingatkan Telur Pecah Gara - Gara Dia Bawa Laju! Kehkehkehkeh!! (^_^)Y
Eeeee,pandai xover ey. Telur dadar pon sodap gak.
BalasPadamaku ingtkan telur kau yg pecah
BalasPadamhahaha
telur dadar lebih sedap dari telur rebus. sekian. he he he
BalasPadamhaha rasenye tak de hal lah nak ngaku awak pecahkan telor tue :) haha
BalasPadamHahahaaa.. Terbaik la cover!
BalasPadamLOL...byk maksud ni...hati2 nnt telo pecah ;P
BalasPadamhai
BalasPadamCuai ni. Kesian telur-telur tu. Isk isk isk. (:
BalasPadamha!tak tahu..telur dah pecah..nasib tak kantoi..hehehe..
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com