Assalammualaikum dan salam sejahtera! Entri ini ditaip khas untuk rakan - rakan universiti aku yang bercadang untuk bercuti bersama - sama selepas tamat semester terakhir pertengahan Januari tahun depan. Jadi, ada yang bertanya tentang Pulau Pinang maka aku pun gigih lah google cari tempat menarik di Pulau Pinang nih. Jadi, ini adalah tempat - tempat yang berpotensi untuk menghabiskan duit dan memenuhkan memori telefon dan kamera masing - masing dengan gambar sebagai kenangan di hari tua kita semua nanti. Kahkahkah!
Feri Pulau Pinang
Kepada rakan - rakan ku yang berkenaan! Kalau korang semua feeling - feeling nak mendepakan tangan macam dalam filem Titanic tu maka boleh lah cuba buat benda nih waktu naik atas feri nih nanti! Tetapi, kalau ditakdirkan korang jatuh ke dalam laut lah kan waktu korang depa tangan tu maka aku minta halal makan, minum dan hutang(kalau ada) siap - siap la noh! Hohoho!! Kalau ada antara korang semua yang tak pernah merasa lagi naik feri maka ini lah peluang korang untuk menikmati tiupan angin laut yang mendamaikan!
Bukit Bendera
Pemandangan dari atas bukit dan panorama sekitarnya yang amat menarik dan indah sekali. Jadual waktu keretapi bergerak adalah seperti berikut :-
Waktu keretapi bertolak dari bawah : 6.30 am (cuti) 7.00am hari biasa dan setiap setengah jam hingga jam 9.00 pm.
Sabtu : 6.30am, 6.45am, 7.00am dan setiap setengah jam hingga jam 11.00pm
Tiket untuk dewasa RM4 (pergi balik / return) manakala untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah RM2 (pergi balik / return).
P/S : Guna kad matrik UiTM rasa - rasa boleh dapat murah lagi tak? Haha!
P/S : Guna kad matrik UiTM rasa - rasa boleh dapat murah lagi tak? Haha!
Kepada rakan - rakanku yang rasa macam nak feeling dating dengan brad pit ker Johnny Depp bagi perempuan dan dating dengan Taylor Swift ker Oprah Winfrey ke bagi lelaki boleh lah kita ramai - ramai berkunjung ke sini yer nanti!
Taman Rama - Rama
Kepada rakan - rakanku yang terasa nak feeling - feeling macam hidup di zaman dahulu kala ala - ala Snow White atau Cinderella tu boleh lah kita ramai - ramai berkunjung ke sini untuk menikmati keindahan dan kecantikan flora dan fauna yang terdapat disini. Tiket untuk masuk ialah RM18 dengan mykad untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak(tertakluk pada perubahan harga minyak semasa dunia! Lol!). Kepada rakan - rakanku yang boleh menyamar menjadi kanak - kanak tu boleh lah mencuba nasib nanti yer. Kuikuikui!
Jambatan Pulau Pinang
Jambatan Pulau Pinang ini merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara setakat ini kalau tak salah aku lah. Kerja pembinaan jambatan ini bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985 iaitu memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan dan dengan kos sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar di semenanjung. Kepada rakan - rakanku yang ingin melihat jambatan ini dengan lebih dekat maka boleh lah melihatnya nanti sewaktu kereta kita bergerak di atas jambatan ini.
Menara Komtar
Menara Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Menara Komtar merupakan bangunan tertinggi di Pulau Pinang. Bangunan ini berbentuk segi 12. Bangunan yang menempatkan ruang pejabat ini mempunyai ketinggian 232m atau 760 kaki dan mempunyai 65 tingkat kesemuanya. Walaupun kemeriahan di Komtar nih tak sama macam dulu - dulu tetapi bagi kawan - kawanku sekalian untuk memuaskan hati kalian maka kalian kena juga datang ke sini. Hehehehe!!
Batu Feringgi
Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa dan merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang. Tahap kebersihannya tidak dapat dikenal pasti kerana terdapat laporan negatif di akhbar - akhbar tetapi jika usaha - usaha yang dijalankan selama ini untuk membersihkan kawasan pantai tersebut maka cantik lah pantai. Kepada rakan - rakanku mungkin kita boleh mencuba untuk bermain belon terbang(apa nama lah aku nak sebut) disini jika korang ada membawa duit yang banyak untuk dibelanjakan. Hahahaha!
Rumah P.Ramlee
Pasar Chowrasta
Rumah ini asalnya dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee bersama bapa saudaranya, Rejab Hussain. Rumah ini diperbaiki oleh bapa saudaranya pada zaman pendudukan Jepun dan dibaiki sekali lagi pada 1948. Memandangkan rumah tersebut tempat tumpah darah Allahyarham P. Ramlee, maka Jabatan Arkib Negara Malaysia telah mengambil alih dan membaikinya. Walau bagaimanapun bentuk asal rumah itu masih dipertahankan. Projek membaik pulih dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang mulai November 1990 dan siap pada penghujung Oktober 1991. Paling penting disini ialah bayaran masuk adalah percuma! Jadi, rakan - rakan sekalian kita boleh berjimat cermat sambil bergambar sakan dan menambah pengetahuan kita tentang seniman tersohor negara ini.
Pasar Chowrasta
Pasar Chowrasta nih berdekatan sangat dengan Padang Kota Lama jadi sebelum singgah makan di sana baik kita semua singgah dulu di Pasar Chowrasta nih. Dekat Pasar Chowrasta nih selain daripada korang semua boleh melihat syurga jeruk buah - buahan sebab ada pelbagai jenis jeruk dekat sini serta kain baju ada satu lagi keistimewaan yang menguntungkan kepada sesiapa yang suka membaca sebab dekat tingkat 2 ada dijual buku - buku lama dengan harga yang cukup murah dan macam - macam jenis buku yang korang boleh jumpa dekat sini. Jadi, ini adalah salah satu tempat yang seronok untuk korang semua membeli - belah.
Padang Kota Lama
Hah! Selepas kita semua dah penat berjalan - jalan membeli belah tu maka kita singgah la dekat Padang Kota Lama. Waktu macam nih lah rakan - rakanku terutama yang gadis - gadis tu terpaksa buang jauh - jauh rasa korang yang konon nak diet tu dengan mencuba macam - macam makanan terkenal yang ada dekat sini seperti pasembor, mee udang, laksa penang dan macam - macam lagi lah! Amacam? Rasa lapar tak? Hohoho!
Ada banyak lagi sebenarnya tempat pelancongan yang menarik di Pulau Pinang seperti Pulau Jerejak, Muzium, tempat - tempat makan dan macam - macam lagi lah yang boleh diterokai. Kalau bertuah mungkin boleh naik beca mengelilingi kawasan - kawasan bersejarah di Pulau Pinang tersebut. Jadi, bagaimana kawan - kawan ku sekalian! Adakah Pulau Pinang destinasi percutian kita? Nilaikan sendiri!
P/S : Kalut Nak Pi Cuti Tapi Report Pun Tak Sentuh Lagi! Kehkehkeh! (^_^)Y
P/S : Nak Minta Tolong Korang Semua Klik Gambar Di Atas Dan Kemudian:-
1) Like Entry Tersebut
1) Like Entry Tersebut
2) Komen Entry Tersebut
3) Share Entry Tersebut
wooo..byk gak tempat menarik kat sana kan..xpernah lg jejakkan kaki kat sana =)
BalasPadamouhh,banyak lagi tempat aku tak pergi.. yang pernah,jambatan n padang kota lama je.. sadis.haha
BalasPadam1 lagi... roadwalk~~~
BalasPadamdah pindah kedah nanti leh la gi komtar..dekat ja kan..hekhek
BalasPadamAlmost all kte dh pg tp haritu holiday kt Kedah pastu singgah Penang sempat naik feri dgn jmbtn =.= pastu lunch dekat Queensbay je.
BalasPadamTak puas tak puas XD
syok2...alangkah best dapat jalan2 kat negeri org...
BalasPadamwar muzium pun menarik jugak. ce google.
BalasPadamNak cuba pasembor...
BalasPadamdulu2 penah duduk penang... bila tengok padang kota, teringat pasemboq! rindu makanan itu!
BalasPadampenang mmg best pi jalan... bandar dia sendiri dah memang best..
BalasPadamrasa nak pergi lagi
jom pakat2 mai penang...saya bangga jadi org penang...heheheh
BalasPadamaku baru naik bukit bendera beberapa hari lepas. train punya tiket pergi balik rm 8/sorang(dewasa) laaa hans :)
BalasPadamtengah dlm proses cari tempat menarik kat penang. hehe.. tpi kawan cik tikah kata taman rama-rama dh tutup. btol ke?
BalasPadammacaam sedap je pasembor..nak try
BalasPadampasembor memang sedap terliur bila cakap!
Padam@Intan Suhaila..mmg RM8 seorg tp utk warga emas n kalau ada kad pelajar RM4 ja
BalasPadam@Cik tikah...rasanya tmn rama-rama bukak lg.
:)
additional info,,, muzium perang (southbay)... toy museum (tg bunga)...
BalasPadamaq dk kt pnang....mai la...
BalasPadamTerbaek.... keep it up...
BalasPadamToy museum pun best!!
BalasPadammmg best..nk return pi cuti sek ni..x puas jalan..nak try canopy walk..
BalasPadammmg best..nk pi lg cuti sek bulan 3 ni....
BalasPadamkorang ni comel sangatt (macam comel je macam cantik je)
Padamblog yg terbaik!!
BalasPadamboring da aq at penang neyh...xda laen lg ka tmpt mnarik....
BalasPadamtq info nya..bulan 12 nak pie penang...bnyk jga tmpt yg menarik ni
BalasPadampergi malam malam lagi best
BalasPadamPenang mmg menarik terutama kalau kita ni kaki kamera.
BalasPadam
BalasPadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
saya tak berminat ke indonesia tapi nak pi korea
Padamtq 4 your info.. i tgh tgu...
BalasPadamcuti skolah ni nk p penang bw anak4.
bestnya tak sabar nak pergi peneng
BalasPadambila nak mai sini naik feri tau
PadamPENANG tempat pelancongan no 1
BalasPadamkalau ada peluang nak pergi bukit bendera nak naik train .boleh anda semua kongsi tempat yang lagi menarik.
BalasPadamsaya orang penang memang duduk dekat sini best tak perlu pergi jauh -jauh
BalasPadamsiapa ni ek duduk dekat bagitau nama
Padamkorang memang suka melancong ye
Padamsiapa gi pulau pinang kena pi toy museum
BalasPadamsiapa gi pulau pinang kena gi toy museum
BalasPadamkalau datang sini kena pi escape park memang best
BalasPadamescape park harga murah blh dapat banyak pengalaman
BalasPadamhai semua saya budak penang kalau mai sini jangan lupa pi war museum memang best bayaran masuk hanya rm2 sahaja murah kan
BalasPadamToy museum ada ape erk...
BalasPadamCatat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com