Gara - Gara MLM

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Melihat pada tajuk entri ini maka gua dengan sukacitanya ingin berterus terang bahawa gua langsung tidak mempercayai MLM tetapi gua percaya kalian akan kaya dengan menyertai MLM jika kalian antara 10 orang terawal yang menyertai sesuatu syarikat yang berteraskan sistem ini.


Sistem MLM


Gua tidak pernah lagi menyertai apa - apa perniagaan berteraskan sistem piramid ini walaupun sudah banyak kali gua dikhabarkan tentang janji - janji indah atau pun cuba ditaburkan dengan bukti - bukti kemewahan daripada rakan - rakan gua yang pernah menyertai MLM ini. Kisah lucu yang paling gua tak dapat lupakan masa gua belajar diploma dekat Melaka pada tahun akhir dimana waktu tu gua menyewa rumah dengan rakan - rakan gua. Pada suatu hari tu tiba - tiba ada seorang budak rumah gua nih yang boleh dikatakan paling tua(memang tua sangat pun) datang dekat gua dan rakan - rakan yang lain sewaktu kitaorang lepak - lepak dekat ruang tamu. Selepas itu keluar lah segala macam janji dan proses bagaimana nak sertai dan segala - galanya. Walaupun sistem kali ini tak ada lah sampai kena bagi beratus - ratus ringgit kerana tak silap gua pelaburan yang disyorkan tak lebih dari RM10 kut tetapi seperti biasa gua nih memang keras hati jadi tak silap gua memang gua seorang jer kut tak sertai atau mungkin ada seorang lagi rakan gua yang turut tidak berminat untuk menyertai MLM tu. Budak - budak lain semua terpengaruh untuk menjadi ahli dalam keadaan terpaksa barangkali. Hahaha!




Selepas tu dalam masa tiga atau empat hari tu pula rakan - rakan gua yang sertai tu punya lah dasyat melobi gua untuk jadi ahli bawah mereka pula. Gua terus terang jer cakap dekat mereka yang untuk menjadi kaya bukannya dengan cara mudah dan gua sekali lagi cakap gua tak akan sertai perkara sia - sia macam nih. Baik gua pergi beli makanan ker atau melancong ker yang jauh lebih berfaedah daripada membuang duit kepada perkara - perkara yang memang gua pasti tak berhasil langsung. Mulut gua waktu tu memang lancang sikit jadi kebanyakkan daripada mereka memang terasa hati juga lah dengan gua tetapi gua seperti biasa buat macam tak ada apa - apa yang terjadi.




Seminggu kemudian masing - masing mula meluahkan rasa kecewa gara - gara apa yang dijanjikan kepada mereka sebelum ini tidak menjadi kenyataan. Minggu seterusnya masing - masing dah berhenti daripada melobi dan mengakui bahawa sistem MLM ini sebenarnya merepek sahaja. Gua cuma tersenyum dan sesekali menyindir dengan gaya yang sarkastik. Berbulu juga lah mereka dengan gua. Hahahaha! Apa - apapun, terserah pada pembaca untuk tetap juga menyertai sistem perniagaan berteraskan MLM atau pun tidak. Sebenarnya sudah banyak penipuan dibongkarkan sama ada di media tradisional atau pun di blog - blog terutamanya blog yang gua suka baca berkenaan hal MLM ini iaitu di http://aididmuaddib.blogspot.com namun biasalah masyarakat kita nih selagi tak merasa sendiri penipuan tersebut maka selagi itulah tetap paksa hati untuk mempercayai dan paksa mulut untuk berkata,"Ini yang betul punya! Saya yakin ini benar!" Keputusan di tangan anda untuk biar diri anda ditipu atau tidak. Semoga anda bukannya salah seorang mangsa MLM! Hehehehe!


P/S : Dapat Wang Cara Mudah Maka Wang Akan Habis Pun Dengan Mudah! (^_^)Y


30 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. MLM -__- paling tak suka kalau aktif dalam kampus.. annoying kot

    BalasPadam
  2. lebih baik tumpu pada kerja yg betul2 mendatangkan hasil kan..MLM ni cm buang masa n buang duit jee

    BalasPadam
  3. ada kawan aku siap berhenti kerja untuk buat bisnes mlm fulltime.kerja dah best2 dah berhenti pulak.org lain punyala susah cari kerja.huhu.

    BalasPadam
  4. pernah dulu aku nyaris2 libatkan diri dari em el em ni..tapi nasib baik tak join..hoho

    BalasPadam
  5. blog aidid bagus..nasihat daripada tidak terjebak dgn bisnes yg mengkayakan yg telah kaya..itulah MLM

    BalasPadam
  6. adesss.. siswi xsuke MLM.. memaksa kuat sgt..

    BalasPadam
  7. setuju dgn pendapat kamu..mlm
    menjahanamkan orang melayu yang nak cepat kaya tanpa berusaha

    akak pun suka baca blog aidid tu..tapi dah lama dia tak update lah

    BalasPadam
  8. ade yg leh diterime, ade yg x jugak.. mcm kau ckp,kalau dy yg terawal, income okay la.. yg bwh2 tu mcm x aje >_<

    BalasPadam
  9. Cakap banyak tak guna,selagi tak terkena orang yang berminat mesti akan masuk juga..Tunggu je la bila dah terkena nanti,menyesal tak sudah..haha

    BalasPadam
  10. Azri : hahaha..tahu xper weh...so annoying :-)

    Izzat : hahaha...betul3

    Cik Nur : tu la pasal

    Cik Fara : wah..taksub bebenar kawan kamu tu...apa jadi dekat dia sekarang?

    Qarr : nasib baik...kalau tak sah dok promote dekat aku sekarang..keh4

    Faiz : yups...walaupun entri2 dia kasar tetapi sangat baik untuk renungan dan mengelakkan dari terjebak dengan skim2 macam tu

    Cinta Siswi : hahaha..tahu xper...rimas kut :-)

    Kak Ina KL : ar ar..dia busy kut skrg

    Mra Mastura : hahaha..tahu xper tapi aku still anggap semua ini menipu..yang atas menipu yang bawah dan begitulah proses seterusnya

    PKE : Hahahaha..macam perenggan akhir aku tu...diorang nih selagi tak terkena selagi tu lah memuja benda2 macam nih :-)

    BalasPadam
  11. xyah la masuk mlm nih. x approve by syarak pon

    BalasPadam
  12. leceh dan mnyusahkan....errmmm...

    BalasPadam
  13. ada 1 entry aku yg dpt byk komen pasal MLM


    http://www.matjoe.com/2011/06/hanis-haizi-penipu.html

    kalau rajin leh letak dlm entry ko ni url kat atas. biar org baca komen dan menilai. mcm apa yg ko tulis jgk

    BalasPadam
  14. Aku bile ade orang ajak je mesti aku pergi. Sebab ape? dapat teh tarik percume even aku x join..haha~

    BalasPadam
  15. dulu waktu kat uitm kedah dulu, siap ade penceramah mlm dtg mai bg taklimat.dem aku terkena..hahaha
    setakat bleh dgr je la..*bukamatabesar-besardanmenguap*

    BalasPadam
  16. ak bnde2 mcm ni mmg lgsung x mnat..
    HATE MLM !!

    BalasPadam
  17. Dulu pun hampir terpengaruh...tapi bila fikir-fikir balik....taknak lah. kehkehkeh

    BalasPadam
  18. dulu salah seorang daripada anti MLM...gile seyes x suke langsung... tapi ntah mcm mane terpedaya ...akhirnya termasuk juga..pas tu nyesal tak sudah...hahahaa..

    BalasPadam
  19. MLM mmg sampah kalau jenis yg sistem piramid n menindas org bwh tu.. lg2 yg produk pun takde.. giler hape..

    tp, rasanya tak semua MLM sampah.. ada jugak yg ok dan produknya terbukti berkesan..

    tp. aku pun mmg menyampah dgn MLM.. haha..

    BalasPadam
  20. MLM nie byk menipu dr betulnya pon -__-"

    BalasPadam
  21. aku pernah lebur 2k dlm MLM...aku masuk kerana paksaan..

    BalasPadam
  22. masih ada lg ker org peraya kt MLM nie..
    shark mmg dr dulu x gemor..
    org manis mulut jer boleh wat keje cmni..

    BalasPadam
  23. bagi aku MLM ke bukan MLM sama je.. cuba kau fikir betul2..

    kononnya kau kerja dengan company A ni sbgai promoter. bila kau dpt jual 1 produk kau dpt comisen.. then supervisor kau pun dpt gak comisen dia.. dan seterusnya akan jadi kat orang atas.. so faham kan?

    konklusinya, semua kerja ni MLM..

    BalasPadam
  24. Faridah Nazurah : nampak sama tetapi lain...ko kalau jadi promoter bukannya ko upah orang bawah ko jadi downline ko...ko kena faham konsep MLM yang aku tulis di dalam entri nih atau ko pergi je baca blog yang aku letak link tu...

    BalasPadam
  25. faridah:
    bangun2! jangan mimpi lagi.
    MLM dan bukan MLM sangat berbeza. jangan disamakan dgn cara konvensional.

    BalasPadam
  26. MLm ni karot jee..mnipu org je..perdaya org lebeh..kjarkn komisen dr pelaburan kte..pas2 kte plak nk kme ulang blek mcm mne upline bt kt kitw dulu..smpai laa bler2 pon cmtu la cara diee..hati2 laa..klu nmpk mcm beria2 sruh join 2..ade la 2 yg xkene...mmg ckp xpaksa..pdahaldoe pksa lte dngn cara laen..pundekk laa..haramm..hati2 dengan biz MLM Mc ocean..steady dynasty....2 lah taktik dorg..mau taw ape biz kita buat..mari opis..hbis kne brainwashh..hati2 semuaaa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama