Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis Part 5



1) Perasaan apabila mengalami kejadian hidung tersumbat ibarat sedang makan nasi putih bersama telur goreng tanpa kicap. Rasanya seperti ada yang tak kena sahaja!

2) Lelaki yang meminati filem Bollywood atau Tamil selalunya berjiwa penyayang dan sangat baik hati kepada wanita. Jadi, kepada gadis - gadis di luar sana mulakan misi anda mencari lelaki yang mempunyai ciri - ciri seperti ini.

3) Hidup ini memang penuh dengan warna - warni seperti mana pakaian penari - penari yang muncul secara tiba - tiba di dalam mana - mana lagu filem Bollywood namun setiap suka duka hidup ini bukan semuanya terjadi secara kebetulan seperti mana kemunculan penari - penari tersebut yang entah datang dari mana.

4) Walaupun mereka kelihatan mesra, rapat dan sepadan namun itu tidak bererti dan menjamin hubungan mereka akan berakhir dengan perkahwinan. Buktinya Shah Rukh Khan dan Kajol hanya sekadar kawan baik walaupun mereka kelihatan sangat serasi dan romantik sewaktu berlakon sebagai suami isteri di dalam filem.

5) Sejahat - jahat watak yang dipegang Amrish Puri namun masih mampu mengumpul peminat tersendiri yang menyokong lakonannya namun anda diluar sana yang membuang bayi, merompak, membunuh, berjudi dan sebagainya itu hanya akan diludah dan dihina kerana perbuatan anda yang membuktikan anda tidak menggunakan akal yang diberi dengan sebaik - baiknya.

6) Suka itu ada pelbagai jenis dan salah satunya ialah kesukaan kita mendengar lagu yang indah melodi serta liriknya dan kita nyanyikan pula lagu itu ketika kita gembira seperti lagu - lagu hindustan namun apa yang lucunya ialah kadang - kadang kita tidak faham pun makna disebalik lirik lagu tersebut dan sesuka hati sahaja menyanyikannya sedangkan maksud sebenar lagu tersebut lebih kepada rasa sedih dan kecewa.

7) Ramai orang bertanya antara ayam dan telur yang manakah wujud dahulu namun tidak pula ada yang bertanya dari mana munculnya muzik yang berkumandang di dalam filem Bollywood sewaktu adegan menyanyi dan menari berlangsung walaupun kelihatannya yang ramai cuma penari sedang kan tiada seorang pun bermain apa - apa alat muzik.

8) Adakalanya kita harus juga mengambil kira pandangan atau kritikan seseorang terhadap kita supaya kita ada inisiatif untuk berubah ke arah yang lebih positif. Jangan lah jadi seperti Yaya dalam Boboiboy yang tidak dapat menerima kritikan rakan - rakan terhadap rasa biskutnya yang tidak sesedap mana itu.

9) Apa gunanya berebutkan sebiji telur ayam di dalam reban yang belum pasti elok isi dalamnya sedangkan masih terdapat beratus lagi telur ayam yang lebih bagus kualitinya di dalam reban yang sama. (inspirasi dari pelajar sekolah berjantina perempuan yang pendek akal bergaduh berebutkan pelajar berjantina lelaki yang mana seluar dalamnya pun masih ditaja oleh keluarganya)

10) Seseorang yang memilih untuk menonton sesebuah filem mempunyai pelbagai sebab untuk melakukannya. Mereka menonton mungkin kerana jalan ceritanya. Mereka menonton mungkin juga kerana pelakonnya. Mereka menonton juga mungkin kerana terpaksa atas sebab - sebab tertentu. Begitu juga dari segi berkawan kerana masing - masing punya sebab dan alasan tersendiri untuk berkawan dengan anda. Ikhlas atau tidak cuma mereka sahaja yang tahu.

P/S : Menaip Sambil Melayan Koleksi Lagu Hindustan Yang Wujud Di Dalam Laptop! Kuikuikui! (^_^)Y

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. no.8 tu.. yaya tu xrase ke biskut dia tu...kucing mkn pun boleh jadi smpai keras...sbb xsedap...dia buat tp tak rasa...bila kata xsedap. marah...

    BalasPadam
  2. suke no 8 jgk sbb kte minat kartun boboiboy...heeee~

    BalasPadam
  3. aku rasa llaki yg suka tgk hindustan jiwa dia lembut dn beremosi kot haha

    BalasPadam
  4. hehehehehe... nice... mai laa join blog saya sekali...

    BalasPadam
  5. yep, no 8 paling best, yg lain pon best

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama